Skip to main content

20 Pesakit Sehari Dirawat Di Klinik 1Malaysia


PETALING JAYA, 7 Jan (Bernama) -- Pembukaan Klinik 1Malaysia di Lembah Subang mendapat reaksi positif penduduk setempat apabila sekurang-kurangnya 20 pesakit mendapatkan rawatan di klinik berkenaan setiap hari.

Sejak dibuka Isnin lepas, penduduk tanpa mengira bangsa dan usia tidak putus-putus mengunjungi klinik itu untuk mendapatkan rawatan terutamanya untuk penyakit ringan seperti demam, selesema dan batuk.

Jururawat Terlatih Rasmah Talib berkata sejak dibuka, klinik itu juga telah melakukan rawatan mencuci luka dan mencuci mata.

Bercakap kepada Bernama selepas majlis pelancaran Klinik 1Malaysia Lembah Subang oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di sini hari Khamis, Rasmah berkata operasi di klinik itu turut dibantu penolong pembantu perubatan dan pembantu perawatan kesihatan.

"Syif pertama bermula pada 10 pagi hingga 6 petang, manakala syif kedua mulai 6 petang hingga 10 malam akan diambil alih oleh kakitangan Klinik Kesihatan (KK) Kelana Jaya," katanya.

Menurutnya operasi klinik itu turut dipantau doktor dari KK Kelana Jaya yang akan melawat klinik berkenaan setiap minggu, selain akan turut dikunjungi pakar perubatan keluarga dan pakar kaunseling pemakanan.

Beliau juga berharap supaya petugas di klinik berkenaan akan ditambah pada masa akan datang memandangkan ramai penduduk yang mendapatkan rawatan di situ.

Sementara itu, kebanyakan penduduk yang ditemui menyifatkan penubuhan klinik itu memudahkan mereka kerana tidak perlu ke KK Kelana Jaya yang agak jauh dari kawasan perumahan berkenaan.

G.Rajeshwari, 30, berkata sebelum ini beliau dan keluarga terpaksa menaiki teksi kira-kira RM15 sehala untuk ke KK Kelana Jaya untuk mendapatkan rawatan.

Pendapat itu disokong Zaleha Yunos, 38, yang perlu membayar tambang teksi yang agak mahal untuk ke klinik kerajaan terdekat kerana kurang berkemampuan untuk mendapatkan rawatan di klinik swasta.

Menurut Hasny Hashim, 47, kewujudan klinik 1Malaysia di Lembah Subang itu dijangka mengurangkan kesesakan di KK Kelana Jaya kerana sebelum ini kebanyakan penduduk hanya akan berkunjung ke klinik berkenaan.

Mohamad Mansor, 68, yang menghidap sakit tua, berterima kasih kepada kerajaan kerana menubuhkan klinik itu dan memudahkannya untuk mendapatkan rawatan sekiranya tidak sihat.

Sementara itu kunjungan di Klinik 1Malaysia Kerinchi yang turut dirasmikan Perdana Menteri hari ini juga mendapati klinik itu sesak dengan penduduk sekitar yang ingin mendapatkan rawatan.

Penduduk di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pantai Permai, Samsiah Jaafar, 50, berkata klinik itu akan memudahkan penduduk yang tidak mempunyai kenderaan untuk mendapatkan rawatan kesihatan.

"Senang nak bawa anak ke sini kalau suami bekerja. Jalan kaki sahaja. Sebelum ini kami perlu ke klinik kerajaan Kerinchi," katanya yang juga surirumah sepenuh masa.

Sabarani Daud, 46, yang tinggal di PPR Kerinchi pula berkata klinik itu akan memudahkan penduduk setempat untuk mendapatkan rawatan terutamanya mereka yang tiada kenderaan serta warga tua.

Sehingga kini sebanyak 44 Klinik 1Malaysia telah mula beroperasi di seluruh negara mulai pukul 10 pagi hingga 10 malam termasuk pada cuti umum, dengan bayaran minimum RM1.

Antara perkhidmatan yang ditawarkan adalah rawatan ringan seperti batuk, demam dan selesema, rawatan susulan kes penyakit kronik yang stabil dan terkawal seperti diabetes, darah tinggi dan asma, prosedur rawatan ringan seperti mencuci luka dan membuka jahitan serta khidmat nasihat kesihatan. -- BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

Risiko ikat peranakan

KEADAAN mengikat peranakan (dari kiri) dilecuhkan, ikat, potong dan klip. Peluang wanita hamil semula amat tipis biarpun jalani prosedur buka semula salur fallopian dan IVF APAKAH pilihan yang ada sekiranya selepas mengikat salur peranakan secara Bilateral Tubal Ligation (BTL), anda mengubah fikiran untuk hamil semula? Pertama melakukan prosedur Reversal of Tubal Ligation (RTL) iaitu membuka semula tiub fallopian yang diikat atau teknik Permanian Berhadas yang lebih dikenali sebagai In-Vitro Fertilization (IVF). Apapun pilihan anda, dilemanya tetap ada. Pelbagai faktor harus diambil kira termasuk emosi, mental, fizikal, peratusan kejayaan kedua-dua teknik ini yang masih rendah selain kosnya yang agak tinggi. Isu berkaitan zuriat memang cukup menyentuh emosi kerana zuriat bukan saja mampu mengukuhkan ikatan perkahwinan malah berkemungkinan menjadi penyebab keruntuhan rumah tangga. Pakar Perunding Obstetrik, Ginekologi dan Perubatan Reproduktif, Pusat Perubatan Darul Ehsa...

Cat Mesra Alam, Rendah Bau, Baik Untuk Kesihatan

Oleh Rohana Mustaffa KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Bagi mereka yang gemar menghidu bau dinding baru disapu cat, mereka tidak menyedari aroma yang agak 'mengasyikkan' ini ialah wap cat yang sebenarnya antara bahan alergi yang biasa didapati di rumah selain hama debu, bulu binatang peliharaan dan kulat. Walaupun sapuan cat baru cara paling mudah memberikan kesegaran pada suasana bilik, wap atau gas dikeluarkan dari dinding yang baru disapu cat, sebenarnya membawa risiko kepada kesihatan. Memang ada yang rasa teruja bila berada di dalam bilik yang baru menerima sapuan lapisan cat. Tetapi bagi yang lain termasuk mereka yang melakukan kerja mengecat itu sendiri, boleh mengalami pedih mata, sakit kepala selain semput nafas. Kajian menunjukkan pendedahan berlebihan terhadap 'wap' yang dihasilkan dari cat boleh menyebabkan iritasi mata dan juga masalah pernafasan. Ada juga laporan tentang risiko keguguran yang lebih tinggi, peningkatan risiko asma kanak-kanak serta ...

Hidung berdarah

Oleh Hafizah Iszahanid Masalah kerap berlaku ketika cuaca panas akibat alahan atau disebabkan sinus HIDUNG berdarah adalah masalah yang biasa dan kerap ditemui khususnya ketika cuaca kering seperti yang berlaku sekarang. Bagaimanapun, ia turut berkait rapat dengan sifat hidung itu sendiri yang memiliki banyak salur darah kecil yang menyebabkannya mudah berdarah. Udara yang keluar masuk dari dan melalui hidung pula berpotensi mengeringkan atau menjejaskan membran dalam hidung yang menyebabkannya berkeruping. Keruping ini boleh berdarah apabila digosok atau ditarik. Hidung berdarah disebabkan salur darah kecil pecah. Ada dua jenis pendarahan pada hidung, pendarahan di bahagian atas hidung atau bahagian bawah hidung. Kedudukan hidung juga mendedahkannya kepada trauma jika berlaku kecederaan pada wajah. Walaupun ada kala pendarahan itu sedikit atau hanya komplikasi kecil ada juga kes hidung berdarah sebenarnya simptom kepada masalah kesihatan lain. Pakar...