Skip to main content

88 Korban Deman Denggi Tahun Lepas

KUALA LUMPUR, 7 Jan (Bernama) -- Dua suri rumah dari Selangor dan seorang pekerja warga Bangladesh merupakan korban terbaru deman denggi bagi tempoh sepanjang minggu lepas iaitu dari 27 Dis hingga 2 Jan lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, berkata berikutan kes korban terbaru itu, jumlah kematian akibat penyakit itu di negara ini pada tahun lepas adalah 88 orang.

Bagi tempoh minggu lepas, mangsa pertama seorang suri rumah berusia 68 tahun dari Banting, Selangor, disahkan mengidap deman denggi oleh sebuah hospital swasta pada 19 Dis lalu, katanya.

"Bagaimanapun, beliau meninggal dunia pada 24 Dis lalu kerana kegagalan fungsi organ yang disebabkan deman denggi berdarah," katanya dalam kenyataan di sini hari Khamis.

Dr Mohd Ismail berkata mangsa kedua seorang suri rumah berusia 64 tahun dari Batu Caves, Selangor, yang meninggal dunia pada 23 Dis lepas kerana kegagalan fungsi organ yang disebabkan oleh Sindrom Kejutan Denggi.

Katanya kes kematian ketiga membabitkan seorang buruh binaan warga Bangladesh berusia 33 tahun, di Jalan Duta, di sini, yang mengidap penyakit itu pada 20 Dis lalu dan meninggal dunia pada 29 Dis lalu.

"Pekerja itu mengalami kegagalan fungsi organ akibat Sindrom Kejutan Denggi," katanya.

Menurutnya, jumlah kes terkumpul sejak Januarai 2009 hingga 2 Jan 2010 adalah sebanyak 41,486 kes, yang menurun 16 peratus berbanding tempoh sama tahun sebelumnya iaitu 49,335 kes dengan 112 kematian.

Bagi kes Chikungunya, Dr Mohd Ismail berkata sebanyak 42 kes dilaporkan pada minggu lepas, penurunan sejumlah enam kes (13 peratus) berbanding minggu sebelumnya.

Beliau berkata jumlah terkumpul kes Chikungunya yang dilaporkan dari Januari 2009 sehingga 2 Jan lalu ialah 5,430 kes dengan 2,505 kes atau 46 peratus dicatatkan di Sarawak dan tiada kematian dilaporkan.

Beliau mengingatkan orang ramai supaya menghapuskan tempat pembiakan Aedes di sekitar rumah masing-masing dengan hanya meluangkan masa 10 minit seminggu untuk kerja-kerja pembersihan secara berterusan terutamanya ketika musim hujan ketika ini. -- BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

Risiko ikat peranakan

KEADAAN mengikat peranakan (dari kiri) dilecuhkan, ikat, potong dan klip. Peluang wanita hamil semula amat tipis biarpun jalani prosedur buka semula salur fallopian dan IVF APAKAH pilihan yang ada sekiranya selepas mengikat salur peranakan secara Bilateral Tubal Ligation (BTL), anda mengubah fikiran untuk hamil semula? Pertama melakukan prosedur Reversal of Tubal Ligation (RTL) iaitu membuka semula tiub fallopian yang diikat atau teknik Permanian Berhadas yang lebih dikenali sebagai In-Vitro Fertilization (IVF). Apapun pilihan anda, dilemanya tetap ada. Pelbagai faktor harus diambil kira termasuk emosi, mental, fizikal, peratusan kejayaan kedua-dua teknik ini yang masih rendah selain kosnya yang agak tinggi. Isu berkaitan zuriat memang cukup menyentuh emosi kerana zuriat bukan saja mampu mengukuhkan ikatan perkahwinan malah berkemungkinan menjadi penyebab keruntuhan rumah tangga. Pakar Perunding Obstetrik, Ginekologi dan Perubatan Reproduktif, Pusat Perubatan Darul Ehsa...

Cat Mesra Alam, Rendah Bau, Baik Untuk Kesihatan

Oleh Rohana Mustaffa KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Bagi mereka yang gemar menghidu bau dinding baru disapu cat, mereka tidak menyedari aroma yang agak 'mengasyikkan' ini ialah wap cat yang sebenarnya antara bahan alergi yang biasa didapati di rumah selain hama debu, bulu binatang peliharaan dan kulat. Walaupun sapuan cat baru cara paling mudah memberikan kesegaran pada suasana bilik, wap atau gas dikeluarkan dari dinding yang baru disapu cat, sebenarnya membawa risiko kepada kesihatan. Memang ada yang rasa teruja bila berada di dalam bilik yang baru menerima sapuan lapisan cat. Tetapi bagi yang lain termasuk mereka yang melakukan kerja mengecat itu sendiri, boleh mengalami pedih mata, sakit kepala selain semput nafas. Kajian menunjukkan pendedahan berlebihan terhadap 'wap' yang dihasilkan dari cat boleh menyebabkan iritasi mata dan juga masalah pernafasan. Ada juga laporan tentang risiko keguguran yang lebih tinggi, peningkatan risiko asma kanak-kanak serta ...

Hidung berdarah

Oleh Hafizah Iszahanid Masalah kerap berlaku ketika cuaca panas akibat alahan atau disebabkan sinus HIDUNG berdarah adalah masalah yang biasa dan kerap ditemui khususnya ketika cuaca kering seperti yang berlaku sekarang. Bagaimanapun, ia turut berkait rapat dengan sifat hidung itu sendiri yang memiliki banyak salur darah kecil yang menyebabkannya mudah berdarah. Udara yang keluar masuk dari dan melalui hidung pula berpotensi mengeringkan atau menjejaskan membran dalam hidung yang menyebabkannya berkeruping. Keruping ini boleh berdarah apabila digosok atau ditarik. Hidung berdarah disebabkan salur darah kecil pecah. Ada dua jenis pendarahan pada hidung, pendarahan di bahagian atas hidung atau bahagian bawah hidung. Kedudukan hidung juga mendedahkannya kepada trauma jika berlaku kecederaan pada wajah. Walaupun ada kala pendarahan itu sedikit atau hanya komplikasi kecil ada juga kes hidung berdarah sebenarnya simptom kepada masalah kesihatan lain. Pakar...