Skip to main content

IJN terima sumbangan Bakti RM50,000

KUALA LUMPUR: Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri (Bakti) menyerahkan sumbangan RM50,000 kepada Yayasan Institut Jantung Negara (IJN) bagi membiayai kos penyelidikan pemindahan sel stem untuk memberi manfaat kepada rakyat mengenai kepentingannya dalam bidang perubatan.

Isteri Perdana Menteri yang juga Yang Dipertua Bakti, Datin Seri Rosmah Mansor, berkata sumbangan itu adalah sebahagian kecil sumbangan badan itu bagi membantu IJN menjalankan penyelidikan berterusan bagi membolehkan semua pihak mendapat kebaikan daripada teknologi sel stem bagi membantu menyembuhkan pelbagai penyakit serius.
 
“Sebelum ini, Bakti tidak mempunyai dana atau geran untuk disalurkan dalam bidang penyelidikan, namun saya sendiri menggunakan baki wang yang diberikan kerajaan Arab Saudi iaitu sebanyak RM2.9 juta untuk disalurkan kepada Bakti bagi tujuan kebajikan.

“Dari RM2.9juta itu, sebanyak RM50,000 disalurkan kepada IJN bagi permulaan pembiayaan penyelidikan ini. Saya berharap syarikat korporat lain juga akan mengikut jejak langkah untuk menghulur bantuan mereka melalui program tanggungjawab sosial syarikat,” katanya selepas menyerahkan cek kepada Yayasan IJN di sini, semalam.

Pada majlis itu juga, beliau turut meluangkan masa melawat pesakit pemindahan jantung, Tan Geek Koon, 41 yang menjalani pembedahan pada 8 Disember lalu selepas menerima organ seorang remaja lelaki yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di Ipoh, Perak.
Hadir sama, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai; Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Mohamed Ismail Merican dan Pengerusi Yayasan IJN Toh Puan Dr Aishah Ong.

Sementara itu, Rosmah berkata beliau akan menghubungi isteri Presiden Mesir, Suzanne Mubarak untuk merayu bagi membantu memastikan konvoi kemanusiaan Viva Palestina yang dalam perjalanan untuk menghantar bekalan ubat ke negara yang diserang rejim Zionis itu dapat tiba ke Semenanjung Gaza.

“Kita baru menerima berita bahawa lebih 10 anggota konvoi Viva Palestina cedera, empat daripadanya parah, dan tujuh ditahan polis Mesir dalam kejadian tunjuk perasaan dan saya akan cuba menghubungi Suzanne bagi membolehkan konvoi itu dapat meneruskan perjalanan mereka dengan selamat,” katanya.

Beliau dijadualkan menghubungi Suzanne pada jam 6.30 petang semalam. - Berita Harian

Comments

Popular posts from this blog

Risiko ikat peranakan

KEADAAN mengikat peranakan (dari kiri) dilecuhkan, ikat, potong dan klip. Peluang wanita hamil semula amat tipis biarpun jalani prosedur buka semula salur fallopian dan IVF APAKAH pilihan yang ada sekiranya selepas mengikat salur peranakan secara Bilateral Tubal Ligation (BTL), anda mengubah fikiran untuk hamil semula? Pertama melakukan prosedur Reversal of Tubal Ligation (RTL) iaitu membuka semula tiub fallopian yang diikat atau teknik Permanian Berhadas yang lebih dikenali sebagai In-Vitro Fertilization (IVF). Apapun pilihan anda, dilemanya tetap ada. Pelbagai faktor harus diambil kira termasuk emosi, mental, fizikal, peratusan kejayaan kedua-dua teknik ini yang masih rendah selain kosnya yang agak tinggi. Isu berkaitan zuriat memang cukup menyentuh emosi kerana zuriat bukan saja mampu mengukuhkan ikatan perkahwinan malah berkemungkinan menjadi penyebab keruntuhan rumah tangga. Pakar Perunding Obstetrik, Ginekologi dan Perubatan Reproduktif, Pusat Perubatan Darul Ehsa...

Cat Mesra Alam, Rendah Bau, Baik Untuk Kesihatan

Oleh Rohana Mustaffa KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Bagi mereka yang gemar menghidu bau dinding baru disapu cat, mereka tidak menyedari aroma yang agak 'mengasyikkan' ini ialah wap cat yang sebenarnya antara bahan alergi yang biasa didapati di rumah selain hama debu, bulu binatang peliharaan dan kulat. Walaupun sapuan cat baru cara paling mudah memberikan kesegaran pada suasana bilik, wap atau gas dikeluarkan dari dinding yang baru disapu cat, sebenarnya membawa risiko kepada kesihatan. Memang ada yang rasa teruja bila berada di dalam bilik yang baru menerima sapuan lapisan cat. Tetapi bagi yang lain termasuk mereka yang melakukan kerja mengecat itu sendiri, boleh mengalami pedih mata, sakit kepala selain semput nafas. Kajian menunjukkan pendedahan berlebihan terhadap 'wap' yang dihasilkan dari cat boleh menyebabkan iritasi mata dan juga masalah pernafasan. Ada juga laporan tentang risiko keguguran yang lebih tinggi, peningkatan risiko asma kanak-kanak serta ...

Hidung berdarah

Oleh Hafizah Iszahanid Masalah kerap berlaku ketika cuaca panas akibat alahan atau disebabkan sinus HIDUNG berdarah adalah masalah yang biasa dan kerap ditemui khususnya ketika cuaca kering seperti yang berlaku sekarang. Bagaimanapun, ia turut berkait rapat dengan sifat hidung itu sendiri yang memiliki banyak salur darah kecil yang menyebabkannya mudah berdarah. Udara yang keluar masuk dari dan melalui hidung pula berpotensi mengeringkan atau menjejaskan membran dalam hidung yang menyebabkannya berkeruping. Keruping ini boleh berdarah apabila digosok atau ditarik. Hidung berdarah disebabkan salur darah kecil pecah. Ada dua jenis pendarahan pada hidung, pendarahan di bahagian atas hidung atau bahagian bawah hidung. Kedudukan hidung juga mendedahkannya kepada trauma jika berlaku kecederaan pada wajah. Walaupun ada kala pendarahan itu sedikit atau hanya komplikasi kecil ada juga kes hidung berdarah sebenarnya simptom kepada masalah kesihatan lain. Pakar...