Skip to main content

Dua suri rumah antara tiga korban denggi

KUALA LUMPUR: Dua suri rumah dari Selangor dan seorang pekerja warga Bangladesh adalah korban terbaru deman denggi bagi tempoh sepanjang minggu lalu iaitu dari 27 Disember hingga 2 Januari lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, berkata berikutan kes korban terbaru itu, jumlah kematian akibat penyakit itu di negara ini pada tahun lalu adalah 88 orang.

“Bagi tempoh minggu lalu, mangsa pertama seorang suri rumah berusia 68 tahun dari Banting, Selangor, disahkan mengidap deman denggi oleh sebuah hospital swasta pada 19 Disember lalu.

“Bagaimanapun, beliau meninggal dunia pada 24 Disember lalu kerana kegagalan fungsi organ yang disebabkan deman denggi berdarah,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Dr Mohd Ismail berkata, mangsa kedua seorang suri rumah berusia 64 tahun dari Batu Caves, Selangor, yang meninggal dunia pada 23 Dis lepas kerana kegagalan fungsi organ yang disebabkan oleh sindrom kejutan denggi.

Katanya, kes kematian ketiga membabitkan seorang buruh binaan warga Bangladesh berusia 33 tahun, di Jalan Duta, di sini, yang menghidap penyakit itu pada 20 Disember lalu dan meninggal dunia pada 29 Disember lalu.

“Pekerja itu mengalami kegagalan fungsi organ akibat sindrom kejutan denggi,” katanya.

Menurutnya, jumlah kes terkumpul sejak Januari 2009 hingga 2 Januari 2010 adalah sebanyak 41,486 kes, yang menurun 16 peratus berbanding tempoh sama tahun sebelumnya iaitu 49,335 kes dengan 112 kematian.

Bagi kes Chikungunya, Dr Mohd Ismail berkata, sebanyak 42 kes dilaporkan pada minggu lalu, penurunan sejumlah enam kes (13 peratus) berbanding minggu sebelumnya.

Beliau berkata, jumlah terkumpul kes Chikungunya yang dilaporkan dari Januari 2009 sehingga 2 Januari lalu ialah 5,430 kes dengan 2,505 kes atau 46 peratus dicatatkan di Sarawak dan tiada kematian dilaporkan. - Harian Metro

Comments

Popular posts from this blog

Risiko ikat peranakan

KEADAAN mengikat peranakan (dari kiri) dilecuhkan, ikat, potong dan klip. Peluang wanita hamil semula amat tipis biarpun jalani prosedur buka semula salur fallopian dan IVF APAKAH pilihan yang ada sekiranya selepas mengikat salur peranakan secara Bilateral Tubal Ligation (BTL), anda mengubah fikiran untuk hamil semula? Pertama melakukan prosedur Reversal of Tubal Ligation (RTL) iaitu membuka semula tiub fallopian yang diikat atau teknik Permanian Berhadas yang lebih dikenali sebagai In-Vitro Fertilization (IVF). Apapun pilihan anda, dilemanya tetap ada. Pelbagai faktor harus diambil kira termasuk emosi, mental, fizikal, peratusan kejayaan kedua-dua teknik ini yang masih rendah selain kosnya yang agak tinggi. Isu berkaitan zuriat memang cukup menyentuh emosi kerana zuriat bukan saja mampu mengukuhkan ikatan perkahwinan malah berkemungkinan menjadi penyebab keruntuhan rumah tangga. Pakar Perunding Obstetrik, Ginekologi dan Perubatan Reproduktif, Pusat Perubatan Darul Ehsa...

Hidung berdarah

Oleh Hafizah Iszahanid Masalah kerap berlaku ketika cuaca panas akibat alahan atau disebabkan sinus HIDUNG berdarah adalah masalah yang biasa dan kerap ditemui khususnya ketika cuaca kering seperti yang berlaku sekarang. Bagaimanapun, ia turut berkait rapat dengan sifat hidung itu sendiri yang memiliki banyak salur darah kecil yang menyebabkannya mudah berdarah. Udara yang keluar masuk dari dan melalui hidung pula berpotensi mengeringkan atau menjejaskan membran dalam hidung yang menyebabkannya berkeruping. Keruping ini boleh berdarah apabila digosok atau ditarik. Hidung berdarah disebabkan salur darah kecil pecah. Ada dua jenis pendarahan pada hidung, pendarahan di bahagian atas hidung atau bahagian bawah hidung. Kedudukan hidung juga mendedahkannya kepada trauma jika berlaku kecederaan pada wajah. Walaupun ada kala pendarahan itu sedikit atau hanya komplikasi kecil ada juga kes hidung berdarah sebenarnya simptom kepada masalah kesihatan lain. Pakar...

Is depression curable?

  Having depression can be tough. It’s easy to feel hopeless and wonder if you’ll feel this way forever . Wouldn’t it be great if it could just… go away? Sadly, it doesn’t really work that way—but that doesn’t mean you’ll always feel the way you do now. Treatment vs. cure When someone is cured from an illness, it means it’s gone forever. Some illnesses can’t be cured—like diabetes. Once a person gets diabetes, they’ll have it for the rest of their life. But even a lifelong illness like diabetes can be treated . People who take their medications regularly and make some lifestyle changes can live long and healthy lives. These medications and lifestyle changes are treatments for diabetes. Depression is the same way. There’s no cure for depression, but there are lots of effective treatments . People can recover from depression and live long and healthy lives. What now? Treatments for depression   include lifestyle changes, support groups , medications, and the...