Skip to main content

Posts

Harapan baru buat pesakit ginjal

Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH adawiyah.koh@utusan.com.my AWBTAR banyak mendapat sokongan daripada isterinya yang sentiasa berada di sisi ketika suka dan duka. SETIAP kali membaca mengenai rawatan dialisis yang terpaksa dilalui pesakit buah pinggang ytimbul persoalan, adakah mereka selesa menerima rawatan tersebut? Lebih-lebih lagi, setelah sekian lama memiliki buah pinggang yang sihat, menjalani dialisis pasti menimbulkan suasana berbeza. Pesakit terpaksa bergantung pada mesin hemodialisis atau menggunakan rawatan dialisis dialisis peritoneal (PD) dengan menukar cecair dalam badan setiap empat jam. Ketika ini sokongan ahli keluarga diperlukan. Di Malaysia, ada lebih 3,500 pesakit buah pinggang peringkat akhir (ESRD) setiap tahun dan angka ini bertambah dari tahun ke tahun. Walaupun dianggap masalah biasa, tetapi ia boleh dirawat dengan adanya terapi selamat dan berkesan yang boleh disesuaikan dengan keperluan dan gaya hidup. PD adalah terapi ESRD yang boleh digun...

Penyakit psikologi perlu rawatan pakar

KUALA LUMPUR: Beberapa kejadian bunuh membabitkan anggota keluarga yang didakwa dilakukan di luar kawalan dan pemikiran waras antara contoh penyakit psikologi yang dibiarkan berlarutan tanpa rawatan pakar. Ini berikutan penyakit itu atau popular sebagai sakit mental menyamai penyakit fizikal yang memerlukan rawatan berterusan dan perlu dikesan awal bagi mengelak parah termasuk kemungkinan gagal dipulihkan. Pensyarah yang juga Penyelaras Program Kaunseling dan Psikologi, Universiti Malaya (UM), Prof Dr Suradi Salim, berkata tiada bezanya penyakit mental dengan fizikal kerana kedua-duanya perlu rawatan awal sebagai langkah pencegahan. “Cuma penyakit mental tidak memperlihatkan kesakitan secara luaran seperti penyakit fizikal, tapi keperitannya hanya dirasai pesakit sendiri secara sendirian... orang lain mahupun keluarga rapat sekalipun takkan tahu. “Tapi jika pesakit sudah menampakkan tanda seperti tertekan, murung, menjauhkan diri dan tiba-tiba menjadi lain, bukan perwatakan asal ...

IJN perkenal alat rawatan jantung pertama di Asia Tenggara

KUALA LUMPUR - Dengan kos sekitar RM4,000 seorang pesakit jantung sekarang boleh mendapatkan resolusi tepat dan takrifan morfologi jantung, struktur dan fungsi, hasil ciptaan terbaru Imbasan Magnetik Resonan (MRI). Alat yang diberi nama, ‘Magnetom Avanto’, khusus untuk rawatan sistem jantung kini terdapat di Institut Jantung Negara (IJN) di sini, iaitu yang pertama di Asia Tenggara. Ketua Pegawai Eksekutif IJN, Datuk Seri Dr Robayaah Zambahari menjelaskan alat yang berharga RM7 juta itu adalah satu revolusi baru, teknologi terbaru ini adalah sebuah alat diagnosis tidak invasif tanpa radiasi. Katanya, ia mampu menghasilkan imej berkualiti tinggi, memberi visual lebih baik bagi morfologi, struktur dan fungsi sistem kardiovaskular. Antara enam hingga lapan pesakit jantung boleh menggunakan kemudahan ‘Magnetom Avanto’ setiap hari, katanya dan menambah sehingga kini 50 pesakit telah memperoleh faedah daripada alat tersebut sejak dilancarkan pertengahan bulan lepas. “Dengan penila...

234 pelatih PLKN hidap gejala ILI

PERMAISURI: Seramai 234 pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Kem Suria Merang, di sini, dikesan mempunyai gejala penyakit seperti Influenza (ILI). Daripada jumlah berkenaan 117 dibenarkan pulang manakala bakinya dikuarantin di kem berkenaan sejak kelmarin. Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara, Datuk Abdul Hadi Awang Kechil, berkata 234 daripada 434 pelatih di kem itu sudah dikuarantin kerana mempunyai gejala ILI selepas mengadu demam, selesema dan batuk selepas dua pelatih mula dikesan dengan ILI pada 31 Januari lalu. “Sehingga tengah hari tadi (semalam) saya dimaklumkan seramai 117 pelatih mempunyai simptom ILI selepas ujian saringan dilakukan di situ sejak Selasa lalu dan mereka dibenarkan pulang manakala selebihnya masih berada di kem berkenaan,” katanya. Beliau berkata, pihaknya tidak akan menutup kem berkenaan walaupun ada pelatih mendapat kebenaran untuk bercuti sehingga 11 Februari selepas menjalani pemeriksaan saringan. “Namun, dari semasa ke semasa kita...

Denggi: Tiga maut dan jumlah kes meningkat kepada 14

KUALA LUMPUR 4 Feb. – Tiga kematian akibat demam denggi dilaporkan pada minggu lepas, menjadikan jumlah kematian tahun ini meningkat kepada 14 orang, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican. Beliau berkata, kes demam denggi turut dilaporkan meningkat kepada 1,101 kes pada tempoh sama, peningkatan sebanyak tiga peratus, berbanding 1,065 kes pada 17 hingga 23 Januari lepas dan empat negeri iaitu Sarawak, Sabah, Negeri Sembilan dan Labuan menunjukkan peningkatan ketara. Beliau berkata, tiga kes itu membabitkan seorang jururawat, 45, yang meninggal dunia pada 16 Januari lepas setelah mengalami ruam dan sakit tekak dua hari sebelum itu. Jururawat yang menghidap talasemia dari Baling, Kedah itu pada mulanya dimasukkan ke Unit Kecemasan Hospital Baling sebelum dipindahkan ke Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani, kata Dr. Mohd Ismail. Beliau berkata, kes kedua melibatkan pembantu kedai makan di Shah Alam, Selangor yang mengalami demam, sakit kepala dan bada...

Bekas buruh rayu bantuan rawat kanser hidung

MARAN 3 Feb. - Seorang bekas buruh tidak menyangka bonjol yang disangka bisul di hidungnya sejak lapan bulan lalu, rupa-rupanya penyakit kanser. Wan Paridulatras Wan Ahmad, 46, dari Felda Jengka 3 di sini pada mulanya menyangka benjol itu ada kaitan dengan penyakit resdung yang dialaminya beberapa tahun lalu. Akibat kelalaiannya mengesan lebih awal, kanser hidung yang dihidapinya kini telah mencapai tahap serius dan memerlukan rawatan segera bagi memastikan penyakit itu tidak merebak ke anggota lain. Wan Paridulatras ketika ditemui berkata, selama ini dia hanya mendapatkan rawatan di klinik kerajaan dan swasta merawat resdung yang dialaminya. ''Namun benjol itu semakin membesar hingga merebak ke bahagian mata lalu saya mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas), Temerloh sebelum dirujuk ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan kerana keadaan semakin serius. ''Pihak hospital mengesahkan saya menghidap penyakit kanser yang seri...

H1N1 belum reda : Kanak-Kanak Bawah Umur 5 Tahun Kes Terbaru H1N1

KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) -- Seorang kanak-kanak berumur kurang daripada lima tahun dilaporkan menjadi mangsa terbaru Influenza A(H1N1) dan kini sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata sehingga 30 Jan lepas, jumlah terkumpul kes positif Influenza A(H1N1) adalah sebanyak 12,389 kes dan tiada kematian baru kes H1N1 dengan jumlah terkumpul kekal 77 kematian sehingga kini. Secara keseluruhannya, beliau berkata seramai 357 pesakit baru dengan simptom Penyakit Seperti influenza (ILI) telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan sementara manakala 337 kes pula telah discaj keluar dalam tempoh seminggu yang lepas iaitu dari tarikh 24 hingga 30 Jan. "Baki kes ILI yang masih dirawat di seluruh negara pada hari terakhir dalam tempoh tersebut adalah sebanyak 345 kes di 42 buah hospital kerajaan," katanya dalam kenyataan di sini pada hari Rabu. Beliau berkata daripada jumlah tersebut, hanya empat pesakit atau 1.2...