Skip to main content

Denggi: Tiga maut dan jumlah kes meningkat kepada 14

KUALA LUMPUR 4 Feb. – Tiga kematian akibat demam denggi dilaporkan pada minggu lepas, menjadikan jumlah kematian tahun ini meningkat kepada 14 orang, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican.

Beliau berkata, kes demam denggi turut dilaporkan meningkat kepada 1,101 kes pada tempoh sama, peningkatan sebanyak tiga peratus, berbanding 1,065 kes pada 17 hingga 23 Januari lepas dan empat negeri iaitu Sarawak, Sabah, Negeri Sembilan dan Labuan menunjukkan peningkatan ketara.

Beliau berkata, tiga kes itu membabitkan seorang jururawat, 45, yang meninggal dunia pada 16 Januari lepas setelah mengalami ruam dan sakit tekak dua hari sebelum itu.

Jururawat yang menghidap talasemia dari Baling, Kedah itu pada mulanya dimasukkan ke Unit Kecemasan Hospital Baling sebelum dipindahkan ke Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani, kata Dr. Mohd Ismail.

Beliau berkata, kes kedua melibatkan pembantu kedai makan di Shah Alam, Selangor yang mengalami demam, sakit kepala dan badan semasa bercuti di kampungnya di Kulim, Kedah pada 17 Januari.

Lelaki berumur 25 tahun itu pada mulanya mendapat rawatan di klinik kerajaan di Baling sebelum dirujuk ke Hospital Kulim dan meninggal dunia pada 24 Januari akibat komplikasi demam denggi iaitu “Dengue Shock Syndrome”, katanya.

Dr. Mohd. Ismail berkata, kes ketiga melibatkan pemandu lelaki yang menghidap penyakit “diabetis dan hipertensi” yang mengalami demam dan sakit badan pada 24 Januari.

Lelaki dari Suai, Miri, Sarawak berumur 46 tahun itu meninggal dunia kerana demam denggi berdarah pada 29 Januari di Hospital Miri. – Utusan

Comments

Popular posts from this blog

Risiko ikat peranakan

KEADAAN mengikat peranakan (dari kiri) dilecuhkan, ikat, potong dan klip. Peluang wanita hamil semula amat tipis biarpun jalani prosedur buka semula salur fallopian dan IVF APAKAH pilihan yang ada sekiranya selepas mengikat salur peranakan secara Bilateral Tubal Ligation (BTL), anda mengubah fikiran untuk hamil semula? Pertama melakukan prosedur Reversal of Tubal Ligation (RTL) iaitu membuka semula tiub fallopian yang diikat atau teknik Permanian Berhadas yang lebih dikenali sebagai In-Vitro Fertilization (IVF). Apapun pilihan anda, dilemanya tetap ada. Pelbagai faktor harus diambil kira termasuk emosi, mental, fizikal, peratusan kejayaan kedua-dua teknik ini yang masih rendah selain kosnya yang agak tinggi. Isu berkaitan zuriat memang cukup menyentuh emosi kerana zuriat bukan saja mampu mengukuhkan ikatan perkahwinan malah berkemungkinan menjadi penyebab keruntuhan rumah tangga. Pakar Perunding Obstetrik, Ginekologi dan Perubatan Reproduktif, Pusat Perubatan Darul Ehsa...

Cat Mesra Alam, Rendah Bau, Baik Untuk Kesihatan

Oleh Rohana Mustaffa KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Bagi mereka yang gemar menghidu bau dinding baru disapu cat, mereka tidak menyedari aroma yang agak 'mengasyikkan' ini ialah wap cat yang sebenarnya antara bahan alergi yang biasa didapati di rumah selain hama debu, bulu binatang peliharaan dan kulat. Walaupun sapuan cat baru cara paling mudah memberikan kesegaran pada suasana bilik, wap atau gas dikeluarkan dari dinding yang baru disapu cat, sebenarnya membawa risiko kepada kesihatan. Memang ada yang rasa teruja bila berada di dalam bilik yang baru menerima sapuan lapisan cat. Tetapi bagi yang lain termasuk mereka yang melakukan kerja mengecat itu sendiri, boleh mengalami pedih mata, sakit kepala selain semput nafas. Kajian menunjukkan pendedahan berlebihan terhadap 'wap' yang dihasilkan dari cat boleh menyebabkan iritasi mata dan juga masalah pernafasan. Ada juga laporan tentang risiko keguguran yang lebih tinggi, peningkatan risiko asma kanak-kanak serta ...

Hidung berdarah

Oleh Hafizah Iszahanid Masalah kerap berlaku ketika cuaca panas akibat alahan atau disebabkan sinus HIDUNG berdarah adalah masalah yang biasa dan kerap ditemui khususnya ketika cuaca kering seperti yang berlaku sekarang. Bagaimanapun, ia turut berkait rapat dengan sifat hidung itu sendiri yang memiliki banyak salur darah kecil yang menyebabkannya mudah berdarah. Udara yang keluar masuk dari dan melalui hidung pula berpotensi mengeringkan atau menjejaskan membran dalam hidung yang menyebabkannya berkeruping. Keruping ini boleh berdarah apabila digosok atau ditarik. Hidung berdarah disebabkan salur darah kecil pecah. Ada dua jenis pendarahan pada hidung, pendarahan di bahagian atas hidung atau bahagian bawah hidung. Kedudukan hidung juga mendedahkannya kepada trauma jika berlaku kecederaan pada wajah. Walaupun ada kala pendarahan itu sedikit atau hanya komplikasi kecil ada juga kes hidung berdarah sebenarnya simptom kepada masalah kesihatan lain. Pakar...