KUALA LUMPUR: Beberapa kejadian bunuh membabitkan anggota keluarga yang didakwa dilakukan di luar kawalan dan pemikiran waras antara contoh penyakit psikologi yang dibiarkan berlarutan tanpa rawatan pakar.
Ini berikutan penyakit itu atau popular sebagai sakit mental menyamai penyakit fizikal yang memerlukan rawatan berterusan dan perlu dikesan awal bagi mengelak parah termasuk kemungkinan gagal dipulihkan. Pensyarah yang juga Penyelaras Program Kaunseling dan Psikologi, Universiti Malaya (UM), Prof Dr Suradi Salim, berkata tiada bezanya penyakit mental dengan fizikal kerana kedua-duanya perlu rawatan awal sebagai langkah pencegahan.
“Cuma penyakit mental tidak memperlihatkan kesakitan secara luaran seperti penyakit fizikal, tapi keperitannya hanya dirasai pesakit sendiri secara sendirian... orang lain mahupun keluarga rapat sekalipun takkan tahu.
“Tapi jika pesakit sudah menampakkan tanda seperti tertekan, murung, menjauhkan diri dan tiba-tiba menjadi lain, bukan perwatakan asal dirinya, lebih baiklah dibawa berjumpa pakar supaya dia mendapat pemeriksaan sewajarnya.
“Namun, malangnya masyarakat kita masih pesimis mengenai rawatan pakar psikologi yang kononnya untuk orang gila. Kalau di negara maju, pakar psikologi sama pentingnya dengan doktor penyakit fizikal,” katanya.
Beliau mengulas mengenai tindakan seorang remaja di Kuala Terengganu didakwa menikam mati ayahnya berusia 51 tahun selain menyebabkan abang sulungnya parah dan masih tidak sedarkan diri selepas ditikam di dada.
Remaja berusia 21 tahun itu didakwa ibunya, Zainun Hassan, 50, seperti dirasuk berikutan dia dilihat bangun tidur secara tiba-tiba dan naik ke tingkat atas lalu memasuki bilik abangnya dan menikam mangsa sebelum cuba ditenangkan bapa. - Harian Metro

Comments
Post a Comment