Thursday, February 4, 2010

234 pelatih PLKN hidap gejala ILI

PERMAISURI: Seramai 234 pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Kem Suria Merang, di sini, dikesan mempunyai gejala penyakit seperti Influenza (ILI).

Daripada jumlah berkenaan 117 dibenarkan pulang manakala bakinya dikuarantin di kem berkenaan sejak kelmarin. Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara, Datuk Abdul Hadi Awang Kechil, berkata 234 daripada 434 pelatih di kem itu sudah dikuarantin kerana mempunyai gejala ILI selepas mengadu demam, selesema dan batuk selepas dua pelatih mula dikesan dengan ILI pada 31 Januari lalu. “Sehingga tengah hari tadi (semalam) saya dimaklumkan seramai 117 pelatih mempunyai simptom ILI selepas ujian saringan dilakukan di situ sejak Selasa lalu dan mereka dibenarkan pulang manakala selebihnya masih berada di kem berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya tidak akan menutup kem berkenaan walaupun ada pelatih mendapat kebenaran untuk bercuti sehingga 11 Februari selepas menjalani pemeriksaan saringan.

“Namun, dari semasa ke semasa kita akan mendapatkan khidmat serta kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri bagi memastikan Kem PLKN berkenaan bebas daripada virus itu,” katanya. Sementara itu, tinjauan di luar kem berkenaan semalam mendapati, beberapa kakitangan Jabatan Kesihatan Daerah dilihat berada di dalam kem untuk membuat saringan berkaitan H1N1. - Harian Metro

No comments:

Post a Comment