Skip to main content

Posts

Terapi Ketawa Boleh Atasi Kanser

PETALING JAYA, 27 Feb (Bernama) -- Pesakit barah kini digalakkan melakukan terapi ketawa untuk mengurangkan tekanan akibat kesengsaraan menghidapi penyakit itu, kata pakar perubatan Dr Alvin Chong pada Sabtu. Beliau berkata beberapa kajian mendapati terapi ketawa mampu mengubati penderitaan pesakit kanser kerana ketawa dapat menghalang pertumbuhan sel kanser dalam badan penghidapnya. "Bila anda membuat seseorang gembira, ia seperti mekanisme semulajadi di dalam badan. Sistem imun akan meningkat. "Sekarang ini ada banyak teori mengatakan, sebab mengapa orang tertentu mengidap jenis kanser tertentu kerana sistem imun tubuh mereka yang lemah akibat hidup tertekan," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran sambutan Jubli Perak Yayasan Cancerlink oleh bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi di sini. Dr Chong, yang juga doktor sukarela di Yayasan Cancerlink, berkata terapi itu dilakukan oleh pakar bidang ketawa dalam usaha memulihkan pesakit kanser. ...

Bebaskan diri daripada tekanan

Oleh ZUHAYATI YAZID Jangan biarkan hidup sentiasa diselubungi tekanan. TEKANAN atau stres berpunca daripada sifat semula jadi yang tidak stabil seperti terlalu inginkan kemenangan, bersikap terlalu mementingkan kesempurnaan, suka mendesak, risau keterlaluan, tidak mahu menerima teguran, berprasangka buruk dan berdendam. Bagi menghindarkan diri daripada keadaan ini, kita perlu menanganinya dengan bijak. Jika tidak boleh dihilangkan sepenuhnya, sekurang-kurangnya kita dapat mengawal perasaan tersebut agar tidak terus mengganggu kehidupan seharian. Cabaran hidup sekarang mendedahkan setiap individu kepada pelbagai bentuk tekanan dan cara menghadapinya banyak bergantung kepada ketahanan diri. Mereka yang berjaya menangani tekanan akan berjaya menguruskan diri dengan baik. Hakikatnya, tekanan adalah perkara lumrah selagi kita bergelar manusia. Ujian yang mendatang sama ada dalam bentuk yang kita suka atau sebaliknya ada kalanya menjadikan seseorang itu lebih kuat. Namun,...

Khidmat hantar ubat ke rumah

KUALA LUMPUR: Pesakit memerlukan ubat secara berkala tidak perlu lagi menunggu lama di hospital untuk mendapatkan bekalan ubat masing-masing apabila Pos Malaysia melancarkan khidmat penghantaran ubat terus ke pintu rumah tidak lama lagi. Pengerusi Pos Malaysia, Tan Sri Aseh Che Mat, berkata sistem penghantaran ubat ke rumah pesakit itu bakal menjimatkan masa pengguna seperti pesakit kencing manis dan darah tinggi, yang pada masa ini terpaksa menanti lama di hospital semata-mata untuk mendapatkan bekalan ubat. “Dua hari lalu kita sudah jalankan projek perintis di sekitar Putrajaya dengan kerjasama Kementerian Kesihatan menghantar ubat terus ke rumah pesakit. Jika didapati berkesan, ia akan dijalankan di seluruh negara. “Menerusi perkhidmatan ini, pesakit boleh memohon bekalan ubat daripada hospital menerusi sistem pesanan ringkas, telefon atau e-mel kepada pihak hospital. Pihak Pos Malaysia akan menghantar ubat yang ditempah ke rumah pesakit dengan caj bayaran hanya RM5 bagi Semen...

Denggi: Dua wanita mengandung maut, jumlah kes menurun

KUALA LUMPUR 25 Feb. – Dua kematian akibat demam denggi, melibatkan wanita mengandung, dilaporkan dalam tempoh 14 hingga 20 Februari, menjadikan jumlah kematian tahun ini meningkat kepada 25 orang, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd, Ismail Merican. Beliau berkata, kes demam denggi bagaimanapun dilaporkan menurun kepada 935 kes berbanding 1,059 kes minggu sebelumnya. Katanya, jumlah terkumpul kes yang dilaporkan tahun ini adalah 7,228 kes, berbanding 8,920 kes bagi tempoh yang sama tahun lalu. "Walaupun terdapat penurunan kes sebanyak 19 peratus, jumlah kematian yang dilaporkan pada tahun ini lebih tinggi daripada tempoh yang sama tahun lepas dan keadaan ini amat membimbangkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Beliau berkata, dua kes itu membabitkan seorang suri rumah berusia 28 tahun, yang meninggal dunia pada 15 Februari lepas setelah mengalami demam, sakit tekak dan muntah tujuh hari sebelum itu. Suri rumah tersebut berasal dari Petaling Jaya, Sela...

379 Kes ILI Dikesan Dari 14-20 Feb

KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- Seramai 379 pesakit baru dengan simptom Penyakit Serupa Influenza (ILI) dimasukkan ke hospital sepanjang tempoh dari 14 hingga 20 Feb lepas, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican. Beliau berkata dalam tempoh yang sama juga 383 kes telah discaj keluar. "Jumlah kes ILI yang masih dirawat di seluruh negara sehingga 20 Feb lepas adalah sebanyak 343 kes di 38 buah hospital kerajaan dan dua buah hospital swasta. "Daripada jumlah tersebut hanya tiga pesakit atau 0.9 peratus merupakan kes Influenza A (H1N1) yang disahkan melalui ujian makmal," katanya dalam satu kenyataan di sini Rabu. Beliau berkata sehingga 20 Feb lepas jumlah terkumpul kes positif H1N1 adalah 12,442 dan dua kes H1N1 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Tiada kematian baru membabitkan kes H1N1 dan jumlah kematian terkumpul kekal 77 sehingga kini, katanya. Katanya terdapat dua kejadian kluster ILI dilaporkan berlaku di Sekolah Maahad Muh...

Mengurus risiko hipertensi

Oleh DIYANA ROSE KAMALLUDEEN Gambar AZRUL EDHAM MOHD. AMINUDDIN Dr. Mohd. Ismail Merican (kanan) dan Dr. Azani Mohd. Daud selepas melancarkan buku panduan mengendalikan hipertensi di Kuala Lumpur baru-baru ini. PEMBUNUH senyap, tekanan darah tinggi atau hipertensi kini menjejaskan kehidupan dan kesihatan fizikal lebih satu bilion pesakit di seluruh dunia. Di Malaysia, dianggarkan lebih 4.8 juta rakyat menghidap hipertensi yang disifatkan sebagai penyakit gaya hidup paling kronik dan 'giat' menyerang negara-negara membangun. Secara tempatan, hipertensi merupakan faktor risiko utama bagi penyakit kardiovaskular (jantung) termasuk merokok, aktiviti fizikal tidak bersesuaian dan keadaan klinikal seperti diabetes, kolesterol tinggi dan obesiti. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican berkata, risiko komplikasinya masih boleh dielakkan. Ia hanya memerlukan disiplin dalam kawalan diet terutama pengambilan garam selain rejim senaman bagi mengekalkan ...

11 kawasan panas baru denggi

KUALA LUMPUR: Sekurang-kurangnya 1,101 kes demam denggi dicatat di seluruh negara membabitkan kawasan di Baling, Kedah, Shah Alam, Selangor dan Miri, Sarawak, dengan tiga kematian dilaporkan antara 24 hingga 30 Januari lalu. Selain itu, empat negeri Sarawak, Sabah, Negeri Sembilan dan Labuan menunjukkan peningkatan kes ketara. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, (gambar), berkata jumlah kes terkumpul dilaporkan sehingga kini 4,132 kes dengan 14 kematian berbanding 5,534 kes dengan 14 kematian bagi tempoh sama tahun lalu. “Walaupun kes tahun ini lebih rendah berbanding 2009, namun terdapat petunjuk peningkatan membimbangkan jika ia berterusan,” katanya dalam satu kenyataan semalam. Beliau berkata, 12 ‘kawasan panas’ sudah bebas, tetapi terdapat 11 ‘kawasan panas’ baru dikenal pasti sehingga hujung Januari menjadikan jumlah keseluruhan kepada 30 membabitkan beberapa daerah di Selangor, Johor dan Sarawak. “Hanya enam daripada 30 kawasan panas itu melaksanakan a...