Skip to main content

Denggi: Dua wanita mengandung maut, jumlah kes menurun

KUALA LUMPUR 25 Feb. – Dua kematian akibat demam denggi, melibatkan wanita mengandung, dilaporkan dalam tempoh 14 hingga 20 Februari, menjadikan jumlah kematian tahun ini meningkat kepada 25 orang, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd, Ismail Merican.

Beliau berkata, kes demam denggi bagaimanapun dilaporkan menurun kepada 935 kes berbanding 1,059 kes minggu sebelumnya.

Katanya, jumlah terkumpul kes yang dilaporkan tahun ini adalah 7,228 kes, berbanding 8,920 kes bagi tempoh yang sama tahun lalu.

"Walaupun terdapat penurunan kes sebanyak 19 peratus, jumlah kematian yang dilaporkan pada tahun ini lebih tinggi daripada tempoh yang sama tahun lepas dan keadaan ini amat membimbangkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, dua kes itu membabitkan seorang suri rumah berusia 28 tahun, yang meninggal dunia pada 15 Februari lepas setelah mengalami demam, sakit tekak dan muntah tujuh hari sebelum itu.

Suri rumah tersebut berasal dari Petaling Jaya, Selangor pada mulanya mendapatkan rawatan di Jabatan Kecemasan Hospital Sungai Buloh pada 11 Februari sebelum dipindahkan ke Hospital Sungai Buloh keesokan harinya.

Beliau berkata, kes kedua pula, melibatkan seorang suri rumah yang berusia 37 tahun berasal dari Teluk Sepanggar, Kota Kinabalu, Sabah.

Pesakit yang mulanya mengalami demam dan ruam pada 28 Januari, telah mendapatkan rawatan di Hospital Likas dan terus dimasukkan ke wad pada hari yang sama.

Bagaimana pun pesakit meninggal dunia pada 20 Februari disebabkan kegagalan fungsi organ akibat demam denggi berdarah. - Utusan

Comments

Popular posts from this blog

Risiko ikat peranakan

KEADAAN mengikat peranakan (dari kiri) dilecuhkan, ikat, potong dan klip. Peluang wanita hamil semula amat tipis biarpun jalani prosedur buka semula salur fallopian dan IVF APAKAH pilihan yang ada sekiranya selepas mengikat salur peranakan secara Bilateral Tubal Ligation (BTL), anda mengubah fikiran untuk hamil semula? Pertama melakukan prosedur Reversal of Tubal Ligation (RTL) iaitu membuka semula tiub fallopian yang diikat atau teknik Permanian Berhadas yang lebih dikenali sebagai In-Vitro Fertilization (IVF). Apapun pilihan anda, dilemanya tetap ada. Pelbagai faktor harus diambil kira termasuk emosi, mental, fizikal, peratusan kejayaan kedua-dua teknik ini yang masih rendah selain kosnya yang agak tinggi. Isu berkaitan zuriat memang cukup menyentuh emosi kerana zuriat bukan saja mampu mengukuhkan ikatan perkahwinan malah berkemungkinan menjadi penyebab keruntuhan rumah tangga. Pakar Perunding Obstetrik, Ginekologi dan Perubatan Reproduktif, Pusat Perubatan Darul Ehsa...

Cat Mesra Alam, Rendah Bau, Baik Untuk Kesihatan

Oleh Rohana Mustaffa KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Bagi mereka yang gemar menghidu bau dinding baru disapu cat, mereka tidak menyedari aroma yang agak 'mengasyikkan' ini ialah wap cat yang sebenarnya antara bahan alergi yang biasa didapati di rumah selain hama debu, bulu binatang peliharaan dan kulat. Walaupun sapuan cat baru cara paling mudah memberikan kesegaran pada suasana bilik, wap atau gas dikeluarkan dari dinding yang baru disapu cat, sebenarnya membawa risiko kepada kesihatan. Memang ada yang rasa teruja bila berada di dalam bilik yang baru menerima sapuan lapisan cat. Tetapi bagi yang lain termasuk mereka yang melakukan kerja mengecat itu sendiri, boleh mengalami pedih mata, sakit kepala selain semput nafas. Kajian menunjukkan pendedahan berlebihan terhadap 'wap' yang dihasilkan dari cat boleh menyebabkan iritasi mata dan juga masalah pernafasan. Ada juga laporan tentang risiko keguguran yang lebih tinggi, peningkatan risiko asma kanak-kanak serta ...

Hidung berdarah

Oleh Hafizah Iszahanid Masalah kerap berlaku ketika cuaca panas akibat alahan atau disebabkan sinus HIDUNG berdarah adalah masalah yang biasa dan kerap ditemui khususnya ketika cuaca kering seperti yang berlaku sekarang. Bagaimanapun, ia turut berkait rapat dengan sifat hidung itu sendiri yang memiliki banyak salur darah kecil yang menyebabkannya mudah berdarah. Udara yang keluar masuk dari dan melalui hidung pula berpotensi mengeringkan atau menjejaskan membran dalam hidung yang menyebabkannya berkeruping. Keruping ini boleh berdarah apabila digosok atau ditarik. Hidung berdarah disebabkan salur darah kecil pecah. Ada dua jenis pendarahan pada hidung, pendarahan di bahagian atas hidung atau bahagian bawah hidung. Kedudukan hidung juga mendedahkannya kepada trauma jika berlaku kecederaan pada wajah. Walaupun ada kala pendarahan itu sedikit atau hanya komplikasi kecil ada juga kes hidung berdarah sebenarnya simptom kepada masalah kesihatan lain. Pakar...