Skip to main content

379 Kes ILI Dikesan Dari 14-20 Feb

KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- Seramai 379 pesakit baru dengan simptom Penyakit Serupa Influenza (ILI) dimasukkan ke hospital sepanjang tempoh dari 14 hingga 20 Feb lepas, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican.

Beliau berkata dalam tempoh yang sama juga 383 kes telah discaj keluar.

"Jumlah kes ILI yang masih dirawat di seluruh negara sehingga 20 Feb lepas adalah sebanyak 343 kes di 38 buah hospital kerajaan dan dua buah hospital swasta.

"Daripada jumlah tersebut hanya tiga pesakit atau 0.9 peratus merupakan kes Influenza A (H1N1) yang disahkan melalui ujian makmal," katanya dalam satu kenyataan di sini Rabu.

Beliau berkata sehingga 20 Feb lepas jumlah terkumpul kes positif H1N1 adalah 12,442 dan dua kes H1N1 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Tiada kematian baru membabitkan kes H1N1 dan jumlah kematian terkumpul kekal 77 sehingga kini, katanya.

Katanya terdapat dua kejadian kluster ILI dilaporkan berlaku di Sekolah Maahad Muhammadi Perempuan, Jalan Merbau, Kota Baharu yang melibatkan seramai lapan orang pelajar dan Sekolah Maahad Muhammadi Lelaki, Jalan Pengkalan Chepa, Kota Baharu pula melibatkan tiga orang pelajar.

Dr Mohd Ismail berkata kedua-dua kejadian kluster tersebut adalah positif untuk H1N1.

"Penularan jangkitan H1N1 masih lagi aktif khususnya di negara-negara yang berada di zon iklim sederhana seperti di Eropah Timur dan Selatan, Asia Selatan dan Timur serta di Afrika Utara.

"Sehingga 14 Feb lepas, jumlah kematian akibat H1N1 di seluruh dunia mencatatkan jumlah melebihi 15,921 kes, meningkat sebanyak 4.1 peratus berbanding pada minggu sebelumnya," katanya. Sehubungan itu, beliau menasihati orang ramai agar terus berwaspada dan sentiasa mengamalkan langkah-langkah pencegahan dan kawalan jangkitan H1N1 yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan, katanya. -- BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

Risiko ikat peranakan

KEADAAN mengikat peranakan (dari kiri) dilecuhkan, ikat, potong dan klip. Peluang wanita hamil semula amat tipis biarpun jalani prosedur buka semula salur fallopian dan IVF APAKAH pilihan yang ada sekiranya selepas mengikat salur peranakan secara Bilateral Tubal Ligation (BTL), anda mengubah fikiran untuk hamil semula? Pertama melakukan prosedur Reversal of Tubal Ligation (RTL) iaitu membuka semula tiub fallopian yang diikat atau teknik Permanian Berhadas yang lebih dikenali sebagai In-Vitro Fertilization (IVF). Apapun pilihan anda, dilemanya tetap ada. Pelbagai faktor harus diambil kira termasuk emosi, mental, fizikal, peratusan kejayaan kedua-dua teknik ini yang masih rendah selain kosnya yang agak tinggi. Isu berkaitan zuriat memang cukup menyentuh emosi kerana zuriat bukan saja mampu mengukuhkan ikatan perkahwinan malah berkemungkinan menjadi penyebab keruntuhan rumah tangga. Pakar Perunding Obstetrik, Ginekologi dan Perubatan Reproduktif, Pusat Perubatan Darul Ehsa

Yang Antah perlu bantuan rawat mata

Oleh Siti Haliza Yusop shyusop@bharian.com.my Yang Antah Afiqa bersama ibunya, Mislizam Dzulkifli. Bapa terpaksa jual kereta biayai perubatan KUALA LUMPUR: Seorang bapa merayu simpati orang ramai bagi membolehkan anaknya Yang Antah Afiqah, 5, yang menghidap masalah kornea mata sejak kecil menjalani rawatan segera agar dapat melihat dengan lebih jelas seperti kanak-kanak lain. Mohd Kamarulzaman Ismail, 48, berkata sejak anaknya itu dimasukkan ke hospital, beliau terpaksa menjual kereta jenis Nissan Sunny miliknya untuk digunakan bagi menanggung pembiayaan mengubati penyakit anaknya itu. “Penjualan kereta Nissan Sunny berjumlah lebih RM2,000 itu, digunakan sebagai pembiayaan pembedahan serta pembelian lensa mata kanan dan kiri selain menanggung perbelanjaan berulang-alik dari hospital supaya anaknya itu dapat menjalani rawatan susulan. “Saya juga turut berharap sumbangan dari kenalan yang turut bersimpati dengan nasib saya yang perlu menangg

Is depression curable?

  Having depression can be tough. It’s easy to feel hopeless and wonder if you’ll feel this way forever . Wouldn’t it be great if it could just… go away? Sadly, it doesn’t really work that way—but that doesn’t mean you’ll always feel the way you do now. Treatment vs. cure When someone is cured from an illness, it means it’s gone forever. Some illnesses can’t be cured—like diabetes. Once a person gets diabetes, they’ll have it for the rest of their life. But even a lifelong illness like diabetes can be treated . People who take their medications regularly and make some lifestyle changes can live long and healthy lives. These medications and lifestyle changes are treatments for diabetes. Depression is the same way. There’s no cure for depression, but there are lots of effective treatments . People can recover from depression and live long and healthy lives. What now? Treatments for depression   include lifestyle changes, support groups , medications, and therapy . E