Skip to main content

11 kawasan panas baru denggi

KUALA LUMPUR: Sekurang-kurangnya 1,101 kes demam denggi dicatat di seluruh negara membabitkan kawasan di Baling, Kedah, Shah Alam, Selangor dan Miri, Sarawak, dengan tiga kematian dilaporkan antara 24 hingga 30 Januari lalu.

Selain itu, empat negeri Sarawak, Sabah, Negeri Sembilan dan Labuan menunjukkan peningkatan kes ketara. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, (gambar), berkata jumlah kes terkumpul dilaporkan sehingga kini 4,132 kes dengan 14 kematian berbanding 5,534 kes dengan 14 kematian bagi tempoh sama tahun lalu. “Walaupun kes tahun ini lebih rendah berbanding 2009, namun terdapat petunjuk peningkatan membimbangkan jika ia berterusan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Beliau berkata, 12 ‘kawasan panas’ sudah bebas, tetapi terdapat 11 ‘kawasan panas’ baru dikenal pasti sehingga hujung Januari menjadikan jumlah keseluruhan kepada 30 membabitkan beberapa daerah di Selangor, Johor dan Sarawak.

“Hanya enam daripada 30 kawasan panas itu melaksanakan aktiviti gotong-royong dan akibatnya wujud banyak tempat pembiakan Aedes, sekali gus memudahkan penularan jangkitan denggi berlaku,” katanya. Beliau berkata, dengan peningkatan kes denggi itu, masyarakat digesa memberi kerjasama memeriksa dan menghapuskan tempat pembiakan Aedes di sekitar rumah masing-masing.

“Pemimpin masyarakat setempat juga diminta memainkan tugas lebih aktif bagi menggerakkan aktiviti gotong-royong di kawasan masing-masing. “Tindakan segera anggota masyarakat diperlukan bagi memastikan penyakit itu dapat dikawal dan dicegah daripada terus merebak,” katanya.

Sementara itu, bagi penyakit Chikungunya, Dr Mohd Ismail, berkata sejumlah 76 kes dilaporkan sehingga hujung bulan lalu yang menunjukkan peningkatan 12 peratus.

“Hampir semua iaitu 74 kes dilaporkan di Sarawak sementara dua lagi di Sabah, terdapat 13 lokaliti wabak dilaporkan dengan semuanya di Sarawak,” katanya. - Harian Metro

Comments

Popular posts from this blog

Risiko ikat peranakan

KEADAAN mengikat peranakan (dari kiri) dilecuhkan, ikat, potong dan klip. Peluang wanita hamil semula amat tipis biarpun jalani prosedur buka semula salur fallopian dan IVF APAKAH pilihan yang ada sekiranya selepas mengikat salur peranakan secara Bilateral Tubal Ligation (BTL), anda mengubah fikiran untuk hamil semula? Pertama melakukan prosedur Reversal of Tubal Ligation (RTL) iaitu membuka semula tiub fallopian yang diikat atau teknik Permanian Berhadas yang lebih dikenali sebagai In-Vitro Fertilization (IVF). Apapun pilihan anda, dilemanya tetap ada. Pelbagai faktor harus diambil kira termasuk emosi, mental, fizikal, peratusan kejayaan kedua-dua teknik ini yang masih rendah selain kosnya yang agak tinggi. Isu berkaitan zuriat memang cukup menyentuh emosi kerana zuriat bukan saja mampu mengukuhkan ikatan perkahwinan malah berkemungkinan menjadi penyebab keruntuhan rumah tangga. Pakar Perunding Obstetrik, Ginekologi dan Perubatan Reproduktif, Pusat Perubatan Darul Ehsa...

Cat Mesra Alam, Rendah Bau, Baik Untuk Kesihatan

Oleh Rohana Mustaffa KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Bagi mereka yang gemar menghidu bau dinding baru disapu cat, mereka tidak menyedari aroma yang agak 'mengasyikkan' ini ialah wap cat yang sebenarnya antara bahan alergi yang biasa didapati di rumah selain hama debu, bulu binatang peliharaan dan kulat. Walaupun sapuan cat baru cara paling mudah memberikan kesegaran pada suasana bilik, wap atau gas dikeluarkan dari dinding yang baru disapu cat, sebenarnya membawa risiko kepada kesihatan. Memang ada yang rasa teruja bila berada di dalam bilik yang baru menerima sapuan lapisan cat. Tetapi bagi yang lain termasuk mereka yang melakukan kerja mengecat itu sendiri, boleh mengalami pedih mata, sakit kepala selain semput nafas. Kajian menunjukkan pendedahan berlebihan terhadap 'wap' yang dihasilkan dari cat boleh menyebabkan iritasi mata dan juga masalah pernafasan. Ada juga laporan tentang risiko keguguran yang lebih tinggi, peningkatan risiko asma kanak-kanak serta ...

Hidung berdarah

Oleh Hafizah Iszahanid Masalah kerap berlaku ketika cuaca panas akibat alahan atau disebabkan sinus HIDUNG berdarah adalah masalah yang biasa dan kerap ditemui khususnya ketika cuaca kering seperti yang berlaku sekarang. Bagaimanapun, ia turut berkait rapat dengan sifat hidung itu sendiri yang memiliki banyak salur darah kecil yang menyebabkannya mudah berdarah. Udara yang keluar masuk dari dan melalui hidung pula berpotensi mengeringkan atau menjejaskan membran dalam hidung yang menyebabkannya berkeruping. Keruping ini boleh berdarah apabila digosok atau ditarik. Hidung berdarah disebabkan salur darah kecil pecah. Ada dua jenis pendarahan pada hidung, pendarahan di bahagian atas hidung atau bahagian bawah hidung. Kedudukan hidung juga mendedahkannya kepada trauma jika berlaku kecederaan pada wajah. Walaupun ada kala pendarahan itu sedikit atau hanya komplikasi kecil ada juga kes hidung berdarah sebenarnya simptom kepada masalah kesihatan lain. Pakar...