Skip to main content

Posts

43 korban demam denggi

KUALA LUMPUR: Tiga kematian akibat demam denggi dilapor pada minggu lalu, menjadikan jumlah kematian tahun ini meningkat kepada 43 orang berbanding 37 orang bagi tempoh yang sama tahun lepas. Kematian Din yang mengejut juga dikaitkan dengan denggi. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, berkata dua kes kematian itu berlaku di Selangor, manakala satu kes di Sarawak. Beliau berkata, secara keseluruhan, kes demam denggi dilaporkan menurun 11 peratus kepada 797 kes berbanding 898 kes minggu sebelumnya, menjadikan jumlah terkumpul kes yang dilaporkan tahun ini adalah 12,157, berbanding 14,108 bagi tempoh yang sama tahun lalu. Walaupun terdapat penurunan kes, jumlah kematian dilapor tahun ini meningkat 16 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas, katanya dalam kenyataan, semalam. Beliau berkata, ketiga-tiga kes kematian pada minggu lalu disebabkan komplikasi demam denggi berdarah dan terjadi di kawasan yang berisiko untuk jangkitan denggi kera...

Hiperhidrosis jejas keyakinan

HELIZA Helmi kelihatan tenang dan yakin setiap kali mengadakan persembahan. Namun, di sebalik riak wajah yang berkeyakinan itu, ramai tidak mengetahui bintang Akademi Fantasia 4 ini sebenarnya menghidapi masalah yang boleh dikatakan serius. Tapak tangannya sentiasa berpeluh. Ia bukan peluh biasa. Adakala tangannya kelihatan seperti baru dibasuh. Keadaan menjadi lebih serius andai dia gementar dan risau. “Setiap kali selepas persembahan, saya pasti akan mengelap dahulu mikrofon sebelum memberi kepada orang lain,” kata penyanyi dan pelakon bermata bundar ini. Heliza disahkan doktor mengalami hiperhidrosis iaitu keadaan di mana individu berpeluh melampau. Terdapat pelbagai jenis hiperhidrosis dan gadis ini tergolong dalam palmar iaitu berpeluh melampau di bahagian tapak tangan. Penuntut tahun akhir Universiti Malaysia Sabah (UMS) ini mula menyedari dia mengalami masalah tersebut ketika sekolah rendah lagi. Menurutnya, ia bukan penyakit keturunan kerana tidak ada seor...

4 kanak-kanak pesakit jantung rayu bantuan

LIM bersama anaknya, Dawson Ang yang menghidap jantung Berlubang ketika di Gleneagles Intan Medical Centre. AMPANG: Seorang bayi dan tiga kanak-kanak yang menderita penyakit jantung sejak lahir memerlukan bantuan segera daripada orang ramai yang prihatin bagi membiayai kos pembedahan berjumlah RM113,000 selepas ibu bapa dan penjaga mereka tidak mampu menyediakan kos pembedahan yang terlalu tinggi. Muhammad Atif Iman Mohd Razif, 3 bulan, yang baru dikesan menghidap saluran jantung tersumbat atau Patent Ductus Arteriosus (PDA) memerlukan RM15,000 agar kehidupannya normal seperti kembarnya, Muhammad Atif Iman dan bayi lain. SALINA Mohd Rasid bersama anaknya, Muhammad Atif yang menghidap jantung berlubang. Bapanya, Mohd Razif Fariq Mohd Radzi, berkata sejak dilahirkan Muhammad Atif sering menangis, tidak mahu menyusu dan kehilangan berat badan berbanding kembarnya, Muhammad Alif. “Keadaan Muhammad Atif amat kritikal dan saya hanya mampu menyediakan RM6,000 ...

Pembedahan pertama perintis kejayaan

Sebelum menjalani pembedahan, dia sering letih, tidak selesa dan tidak mampu melakukan kerja berat. "Hari ini saya telah melalui perubahan, hidup lebih ceria dan kerja pun saya lakukan dengan baik serta penuh kelegaan," kata Matron Zainab Abdullah, 53 yang merupakan pesakit kedua di Malaysia menjalani pembedahan Minimally Invasive Mitral Valve Repair (MIMVR) di Intitut Jantung Negara (IJN). MIMVR menggantikan pembedahan mengganti injap jantung dengan membaik pulih injap jantung tersebut. WALAUPUN pembedahan MIMVR mengambil jangka masa lama, ia memberi kesan lebih minimum termasuk parut pembedahan yang kecil.  Selepas tiga hari mendapat Sarjana Muda dari Unisel pada tahun 2008, Zainab seperti diserang asma. "Saya sukar bernafas. Saya tidak tahu apa yang berlaku pada saya. Saya segera ke hospital dan saya ditahan," katanya. Pakar kardiologi mengesahkan jantung saya lemah dan mengalami masalah injap jantung yang memerlukan saya mendapat rawatan se...

Atasi masalah lemah kawalan kencing

Murung, sering ke tandas dan tidak yakin menghadiri majlis. Simptom-simptom ini mungkin dialami oleh wanita yang tidak dapat mengalami masalah mengawal kencing. Sedar atau tidak, jika masalah ini tidak diatasi, aktiviti harian anda mungkin terjejas.   Majlis 'Apa kata wanita' anjuran Poise yang turut melancarkan laman web www.poise.com.my "Saya bersikap terbuka tentang pengalaman saya kerana satu-satunya cara untuk mendapatkan jawapan yang saya inginkan ialah dengan meluahkan masalah saya. Saya harap wanita yang runsing dengan masalah mereka akan berbincang dan mendapatkan bantuan yang terbaik," kata Maznah, bekas penghidap kanser endometrium yang mengalami masalah lemah kawalan kencing hasil kesan sampingan radioterapi. Bercerita tentang pengalamannya, Maznah bukan sahaja mengalami kesukaran menghadiri majlis seperti kenduri kahwin, dia juga terpaksa melupakan hasrat memakai baju kurung. Dia lebih selesa memakai seluar panjang. Lebih merumitkan, dia...

Diet pesakit jantung

KESEMPATAN 'berkampung' sekejap di Institut Jantung Negara (IJN) baru-baru ini membuatkan saya terfikir, betapa mudahnya menyediakan makanan berkhasiat untuk pesakit khususnya yang menghidap sakit jantung. Jika sebelum ini ramai yang menganggap perkara ini rumit kerana golongan ini perlu disediakan menu lain, seharusnya persepsi ini diubah. Mary Easaw John bersama kakitangannya yang terlibat dalam sesi demonstrasi masakan untuk diet di IJN, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.  Seperti orang lain, mereka juga boleh makan koktel, acar dan puding. Namun, penggunaan perisa seperti gula dan garam serta minyak dikurangkan. Hasilnya, makanan tetap enak dan sesuai untuk mereka yang inginkan diet sihat. Menurut Pengurus Pengurusan Diet IJN, Mary Easaw John, pesakit jantung perlu mengadakan pelan pemakanan berkhasiat yang memberi tumpuan kepada sayur-sayuran, buah-buahan dan bijirin. "Jauhi makanan yang mengandungi lemak buatan seperti snek dan makanan yang telah di...

Rawatan selesa dengan Lokomat

BUKAN mudah untuk pesakit strok dan lumpuh pulih seperti sedia kala. Selain perubatan dan rawatan fisioterapi, mereka memerlukan semangat yang tinggi untuk kembali menikmati hidup berkualiti, sama seperti sebelum serangan berlaku.   SARAH Jane Fernandez ceria menggunakan Lokomat. Kini dengan adanya mesin Lokomat dan Armeo, pesakit strok dan lumpuh akibat kecederaan otak traumatik dan saraf tunjang boleh menjalani rawatan pemulihan dengan lebih selesa dan intensif. Malah penggunaan dua mesin buatan Switzerland yang terbukti mampu membantu pesakit kembali berjalan semula itu sudah dipraktikkan di negara Jepun, Australia dan Singapura. Pertama di negara ini, ia ditempatkan di Yayasan SSL Strok dan Pembangunan Masyarakat, Petaling Jaya Selangor. Salah seorang pesakit yang mendapatkan rawatan di sini, Sarah Jane Fernandez mengakui beliau semakin selesa menggunakan dua mesin baru tersebut. Menurutnya, jika peralatan konvensional menyebabkan badannya sakit juga memer...