Skip to main content

Suri rumah rayu bantuan JKM


SALHAH Anis (kanan) dan anaknya, Haiqal Alias menemani ibunya, Milah Nong yang menderita lumpuh seluruh badan di rumahnya di Kampung Salak, Kuching, Sarawak, semalam.


KUCHING 10 Jan. - Seorang suri rumah dari Kampung Salak dekat sini merayu kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) supaya dapat menyalurkan bantuan bagi meringankan bebannya menanggung kos perubatan ibunya yang lumpuh.
Salhah Anis, 39, berkata ibunya, Milah Nong, 65, mula menderita lumpuh seluruh badan sejak enam bulan lalu dan hanya boleh membuka matanya dan tidak boleh bercakap selepas menghidap penyakit berkenaan.

Ibu kepada enam anak itu berkata, dia terpaksa membelanjakan kira-kira RM300 sebulan bagi membeli ubat, susu dan lampin pakai buang untuk ibunya yang kini diberi makan menggunakan saluran khas.

Katanya, sumber kewangan bagi merawat ibunya hanya bergantung kepada ihsan suami dan tujuh adik-beradiknya yang juga tidak mempunyai pendapatan tetap.

''Malah, salah seorang daripada adik saya turut disahkan sebagai orang kurang upaya (OKU) kerana menghidap penyakit mental," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Salak, di sini hari ini.
Salhah memberitahu, dua bulan sebelum ini, dia telah memohon bantuan daripada JKM namun masih tiada maklum balas positif yang diterima.

Dia yang mewakili adik-beradiknya yang lain amat berharap pihak JKM dapat membantu meringankan beban yang ditanggungnya bagi merawat kos perubatan ibunya.

''Walaupun doktor memberitahu tidak ada harapan untuk penyakit ibu saya ini sembuh, tetapi saya amat berharap bantuan itu akan meringankan beban saya dalam menanggung kos perubatan ibu saya," katanya. - Utusan

Comments

Popular posts from this blog

Risiko ikat peranakan

KEADAAN mengikat peranakan (dari kiri) dilecuhkan, ikat, potong dan klip. Peluang wanita hamil semula amat tipis biarpun jalani prosedur buka semula salur fallopian dan IVF APAKAH pilihan yang ada sekiranya selepas mengikat salur peranakan secara Bilateral Tubal Ligation (BTL), anda mengubah fikiran untuk hamil semula? Pertama melakukan prosedur Reversal of Tubal Ligation (RTL) iaitu membuka semula tiub fallopian yang diikat atau teknik Permanian Berhadas yang lebih dikenali sebagai In-Vitro Fertilization (IVF). Apapun pilihan anda, dilemanya tetap ada. Pelbagai faktor harus diambil kira termasuk emosi, mental, fizikal, peratusan kejayaan kedua-dua teknik ini yang masih rendah selain kosnya yang agak tinggi. Isu berkaitan zuriat memang cukup menyentuh emosi kerana zuriat bukan saja mampu mengukuhkan ikatan perkahwinan malah berkemungkinan menjadi penyebab keruntuhan rumah tangga. Pakar Perunding Obstetrik, Ginekologi dan Perubatan Reproduktif, Pusat Perubatan Darul Ehsa...

Yang Antah perlu bantuan rawat mata

Oleh Siti Haliza Yusop shyusop@bharian.com.my Yang Antah Afiqa bersama ibunya, Mislizam Dzulkifli. Bapa terpaksa jual kereta biayai perubatan KUALA LUMPUR: Seorang bapa merayu simpati orang ramai bagi membolehkan anaknya Yang Antah Afiqah, 5, yang menghidap masalah kornea mata sejak kecil menjalani rawatan segera agar dapat melihat dengan lebih jelas seperti kanak-kanak lain. Mohd Kamarulzaman Ismail, 48, berkata sejak anaknya itu dimasukkan ke hospital, beliau terpaksa menjual kereta jenis Nissan Sunny miliknya untuk digunakan bagi menanggung pembiayaan mengubati penyakit anaknya itu. “Penjualan kereta Nissan Sunny berjumlah lebih RM2,000 itu, digunakan sebagai pembiayaan pembedahan serta pembelian lensa mata kanan dan kiri selain menanggung perbelanjaan berulang-alik dari hospital supaya anaknya itu dapat menjalani rawatan susulan. “Saya juga turut berharap sumbangan dari kenalan yang turut bersimpati dengan nasib saya yang perlu menangg...

Cat Mesra Alam, Rendah Bau, Baik Untuk Kesihatan

Oleh Rohana Mustaffa KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Bagi mereka yang gemar menghidu bau dinding baru disapu cat, mereka tidak menyedari aroma yang agak 'mengasyikkan' ini ialah wap cat yang sebenarnya antara bahan alergi yang biasa didapati di rumah selain hama debu, bulu binatang peliharaan dan kulat. Walaupun sapuan cat baru cara paling mudah memberikan kesegaran pada suasana bilik, wap atau gas dikeluarkan dari dinding yang baru disapu cat, sebenarnya membawa risiko kepada kesihatan. Memang ada yang rasa teruja bila berada di dalam bilik yang baru menerima sapuan lapisan cat. Tetapi bagi yang lain termasuk mereka yang melakukan kerja mengecat itu sendiri, boleh mengalami pedih mata, sakit kepala selain semput nafas. Kajian menunjukkan pendedahan berlebihan terhadap 'wap' yang dihasilkan dari cat boleh menyebabkan iritasi mata dan juga masalah pernafasan. Ada juga laporan tentang risiko keguguran yang lebih tinggi, peningkatan risiko asma kanak-kanak serta ...