Skip to main content

Situasi Semasa Pandemik H1N1 2009 Dan Tindakan Kementerian Kesihatan Malaysia Bagi Minggu Epid 52/2009 (27 Disember 2009 - 02 Januari 2010)

Dalam tempoh seminggu yang lepas (27 Disember 2009 – 02 Januari 2010) seramai 253 pesakit baru dengan simptom Influenza-Like Illness (ILI) telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan, sementara 294 kes pula telah discaj keluar. Baki kes ILI yang masih dirawat di seluruh negara pada hari terakhir minggu epid 52/2009 (2 Januari 2010) adalah sebanyak 234 kes di 42 buah hospital termasuk 3 hospital swasta. Daripada jumlah tersebut, hanya 13 pesakit atau 5.6% merupakan kes Influenza A(H1N1) yang disahkan melalui ujian makmal. Sehingga 2 Januari 2009, jumlah terkumpul kes positif influenza A(H1N1) adalah 12,307. Untuk makluman, terdapat 2 kes H1N1 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi(ICU). Seorang daripadanya merupakan kanak-kanak kanak-kanak yang berusia dibawah 5 tahun. Tiada kematian baru kes H1N1 dan jumlah terkumpul kekal 77 bagi tahun 2009.

Penularan jangkitan influenza A(H1N1) masih aktif khususnya di negara-negara beriklim sederhana di Hemisfera Utara.  Penularannnya terus meningkat di Eropah Timur dan Selatan serta di Asia Barat dan  Tengah. Kesemua kes influenza A yang dikesan di negara-negara di Eropah adalah disebabkan oleh jangkitan virus influenza A(H1N1). Sementara itu, jumlah kematian akibat jangkitan influenza A(H1N1) di seluruh dunia sehingga 27 Disember 2009 adalah melebihi 12,220 kes, iaitu meningkat 6% berbanding dengan minggu sebelumnya.

Kementerian Kesihatan Malaysia ingin mengingatkan masyarakat bahawa Influenza A (H1N1) masih aktif di Malaysia, begitu juga diperingkat global, pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia(WHO) masih lagi mengekalkan tahap pandemic alert pada fasa 6, tahap tertinggi yang telah diisthiyarkan sejak 11 Jun 2009. Justeru, orang awam dinasihatkan untuk terus mengamalkan langkah-langkah pencegahan dan kawalan jangkitan H1N1 terutamanya mereka-mereka yang bersimptom.

Memandangkan sesi persekolahan pada tahun 2010 telah bermula, Kementerian Kesihatan Malaysia ingin mengingatkan ibubapa dan masyarakat agar berwaspada dan mengamalkan langkah-langkah pencegahan dan kawalan jangkitan H1N1 yang telahpun terbukti berkesan. Guru-guru dan ibubapa haruslah memastikan pelajar-pelajar sentiasa berada dalam keadaan sihat. Ibubapa dan guru-guru perlu memantau tahap kesihatan pelajar semasa mereka berada di rumah dan sekolah. Sekiranya pelajar-pelajar mengalami tanda-tanda Influenza A(H1N1), mereka perlu dirujuk untuk mendapatkan rawatan perubatan dengan segera.

Langkah-langkah pencegahan yang boleh diamalkan oleh ibubapa serta anak-anak mereka adalah:
  1. Bagi pelajar yang mengalami demam, batuk dan sakit tekak; mereka perlulah mendapat rawatan dengan segera terutamanya mereka dari golongan berisiko tinggi jangkitan H1N1 dan tinggal di rumah dan tidak ke sekolah.Para pelajar boleh ke sekolah apabila telah sembuh;
  2. Elakkan pergaulan rapat dengan mereka yang bersimptom jangkitan H1N1 atau influenza like-illness(ILI);
  3. Basuh tangan dengan kerap menggunakan air atau sanitiser, terutamanya selepas batuk atau bersin;
  4. Pakai penutup hidung dan mulut jika mempunyai tanda-tanda demam selsema seperti demam, batuk dan sakit tekak dan jangan mengunjungi tempat awam untuk elakkan penyebaran virus kepada individu sihat yang lain;
  5. Amalkan adab batuk yang baik iaitu dengan menggunakan tisu atau sapu tangan apabila batuk atau bersin. Buang tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah dan jangan berkongsi sapu tangan;
  6. Amalkan cara hidup sihat iaitu dengan mengambil diet yang seimbang, kerap bersenam, tidur secukupnya dan minum banyak air.
Kementerian Kesihatan ingin mengingatkan kepada orang ramai agar tidak memandang ringan atau mengabaikan langkah-langkah pencegahan Influenza A(H1N1) yang telah diumumkan sebelum ini. Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat terkini berkaitan Influenza H1N1 serta langkah-langkah pencegahan boleh memperolehinya melalui laman web http://www.moh.gov.my atau http://h1n1.moh.gov.my.
Sekian, terima kasih.

(TAN SRI DATO’ SERI DR. HJ. MOHD. ISMAIL BIN MERICAN)
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

06 Januari 2009

Comments

Popular posts from this blog

Risiko ikat peranakan

KEADAAN mengikat peranakan (dari kiri) dilecuhkan, ikat, potong dan klip. Peluang wanita hamil semula amat tipis biarpun jalani prosedur buka semula salur fallopian dan IVF APAKAH pilihan yang ada sekiranya selepas mengikat salur peranakan secara Bilateral Tubal Ligation (BTL), anda mengubah fikiran untuk hamil semula? Pertama melakukan prosedur Reversal of Tubal Ligation (RTL) iaitu membuka semula tiub fallopian yang diikat atau teknik Permanian Berhadas yang lebih dikenali sebagai In-Vitro Fertilization (IVF). Apapun pilihan anda, dilemanya tetap ada. Pelbagai faktor harus diambil kira termasuk emosi, mental, fizikal, peratusan kejayaan kedua-dua teknik ini yang masih rendah selain kosnya yang agak tinggi. Isu berkaitan zuriat memang cukup menyentuh emosi kerana zuriat bukan saja mampu mengukuhkan ikatan perkahwinan malah berkemungkinan menjadi penyebab keruntuhan rumah tangga. Pakar Perunding Obstetrik, Ginekologi dan Perubatan Reproduktif, Pusat Perubatan Darul Ehsa...

Yang Antah perlu bantuan rawat mata

Oleh Siti Haliza Yusop shyusop@bharian.com.my Yang Antah Afiqa bersama ibunya, Mislizam Dzulkifli. Bapa terpaksa jual kereta biayai perubatan KUALA LUMPUR: Seorang bapa merayu simpati orang ramai bagi membolehkan anaknya Yang Antah Afiqah, 5, yang menghidap masalah kornea mata sejak kecil menjalani rawatan segera agar dapat melihat dengan lebih jelas seperti kanak-kanak lain. Mohd Kamarulzaman Ismail, 48, berkata sejak anaknya itu dimasukkan ke hospital, beliau terpaksa menjual kereta jenis Nissan Sunny miliknya untuk digunakan bagi menanggung pembiayaan mengubati penyakit anaknya itu. “Penjualan kereta Nissan Sunny berjumlah lebih RM2,000 itu, digunakan sebagai pembiayaan pembedahan serta pembelian lensa mata kanan dan kiri selain menanggung perbelanjaan berulang-alik dari hospital supaya anaknya itu dapat menjalani rawatan susulan. “Saya juga turut berharap sumbangan dari kenalan yang turut bersimpati dengan nasib saya yang perlu menangg...

Cat Mesra Alam, Rendah Bau, Baik Untuk Kesihatan

Oleh Rohana Mustaffa KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Bagi mereka yang gemar menghidu bau dinding baru disapu cat, mereka tidak menyedari aroma yang agak 'mengasyikkan' ini ialah wap cat yang sebenarnya antara bahan alergi yang biasa didapati di rumah selain hama debu, bulu binatang peliharaan dan kulat. Walaupun sapuan cat baru cara paling mudah memberikan kesegaran pada suasana bilik, wap atau gas dikeluarkan dari dinding yang baru disapu cat, sebenarnya membawa risiko kepada kesihatan. Memang ada yang rasa teruja bila berada di dalam bilik yang baru menerima sapuan lapisan cat. Tetapi bagi yang lain termasuk mereka yang melakukan kerja mengecat itu sendiri, boleh mengalami pedih mata, sakit kepala selain semput nafas. Kajian menunjukkan pendedahan berlebihan terhadap 'wap' yang dihasilkan dari cat boleh menyebabkan iritasi mata dan juga masalah pernafasan. Ada juga laporan tentang risiko keguguran yang lebih tinggi, peningkatan risiko asma kanak-kanak serta ...