Skip to main content

Perluas khidmat klinik


Klinik 1 Malaysia yang dibuka di Kampung Kerinchi terus mendapat sambutan apabila semakin ramai penduduk sekitar kawasan itu mendapatkan rawatan di klinik itu, semalam.


KUALA LUMPUR 10 Jan. - Penduduk Kampung Kerinchi berharap perkhidmatan Klinik 1Malaysia di tempat mereka diperluaskan kepada memberi rawatan penyakit kronik.

Klinik yang bertempat di Kuarters Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berhampiran Projek Perumahan Rakyat (PPR) Permai itu setakat ini hanya menyediakan pemeriksaan dan rawatan penyakit ringan.

Mohd. Ramli Awang, 40, berkata, perkhidmatan merawat penyakit kronik perlu bagi memudahkan orang ramai yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan rawatan.

"Tetapi bukanlah rawatan itu perlu disediakan dalam masa terdekat ini.
"Mungkin pada masa akan datang apabila kemudahan seperti kakitangan pakar, kewangan serta kemudahan lain sudah mencukupi.

"Ini bagi memudah dan meringankan beban golongan berpendapatan rendah yang mempunyai penyakit kronik seperti kencing manis dan sebagainya untuk mendapatkan rawatan di tempat yang lebih hampir dengan mereka," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia selepas mendapatkan rawatan di Kerinchi.
Kenyataan tersebut disokong oleh Siti Aishah Basaruddin, 20.

"Lokasi klinik yang strategik ini cukup membantu orang ramai untuk mendapatkan rawatan ketika sakit.

"Ini kerana kedudukan hospital-hospital besar yang jauh serta kos rawatan yang agak tinggi di klinik swasta berhampiran membebankan orang ramai bagi mendapatkan rawatan untuk penyakit kronik tersebut.

"Bagaimanapun, saya bersyukur dengan kewujudan Klinik 1Malaysia ini kerana ia sangat memenuhi keperluan masyarakat sekarang," ujar Aishah.

Klinik di Kerinchi itu adalah salah satu daripada 44 buah Klinik 1Malaysia yang dilancarkan secara serentak di seluruh negara pada 7 Januari lalu. Lebih manis apabila klinik di Kerinchi dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bagaimanapun, Klinik 1Malaysia hanya menyediakan rawatan untuk penyakit ringan seperti kes demam, selesema dan batuk.

Selain itu, rawatan untuk sakit kepala, cirit birit, jangkitan mata merah, gastrik, gatal-gatal, luka kecil dan sebagainya turut ditawarkan kepada orang ramai.

Pemeriksaan kesihatan seperti tekanan darah tinggi, paras gula dalam badan dan berat badan ideal turut disediakan di klinik tersebut.

Sementara itu, Siti Hajar Omar, 21, berkata, pembinaan klinik berkenaan di kawasan tumpuan kediaman cukup praktikal.

"Sebelum ini, saya terpaksa menaiki kenderaan untuk mendapatkan rawatan kesihatan di klinik yang berhampiran.

"Namun begitu, sekarang saya hanya berjalan kaki untuk ke klinik ini.

"Apatah lagi, dengan kos sebanyak RM1 setiap kali mendapatkan rawatan, sangat membantu orang ramai khususnya mereka yang berpendapatan rendah dan mempunyai bilangan ahli keluarga yang ramai," katanya.

Bagi Abdul Rahman Mat Linon, 55, penubuhan klinik tersebut akan membantu meningkatkan kualiti kesihatan masyarakat.

"Sesiapa sahaja boleh terdedah kepada penyakit, tanpa mengira umur, pangkat dan sebagainya.
"Namun begitu, golongan susah lebih suka untuk tidak mendapatkan rawatan bagi penyakit-penyakit ringan disebabkan faktor kewangan serta lokasi hospital yang jauh sebelum ini.

"Perlu diingatkan bahawa penyakit ringan ini juga boleh membawa kemudaratan malah ada yang membawa maut jika dibiarkan.

"Oleh itu, pembinaan Klinik 1Malaysia ini, cukup membantu golongan ini sekali gus membolehkan mereka mendapatkan rawatan kesihatan.

"Ini termasuklah golongan tua yang kebanyakannya tidak boleh berjalan jauh disebabkan faktor kesihatan dan umur," ujarnya yang menetap di PPR Pantai Permai. - Utusan

Comments

Popular posts from this blog

Risiko ikat peranakan

KEADAAN mengikat peranakan (dari kiri) dilecuhkan, ikat, potong dan klip. Peluang wanita hamil semula amat tipis biarpun jalani prosedur buka semula salur fallopian dan IVF APAKAH pilihan yang ada sekiranya selepas mengikat salur peranakan secara Bilateral Tubal Ligation (BTL), anda mengubah fikiran untuk hamil semula? Pertama melakukan prosedur Reversal of Tubal Ligation (RTL) iaitu membuka semula tiub fallopian yang diikat atau teknik Permanian Berhadas yang lebih dikenali sebagai In-Vitro Fertilization (IVF). Apapun pilihan anda, dilemanya tetap ada. Pelbagai faktor harus diambil kira termasuk emosi, mental, fizikal, peratusan kejayaan kedua-dua teknik ini yang masih rendah selain kosnya yang agak tinggi. Isu berkaitan zuriat memang cukup menyentuh emosi kerana zuriat bukan saja mampu mengukuhkan ikatan perkahwinan malah berkemungkinan menjadi penyebab keruntuhan rumah tangga. Pakar Perunding Obstetrik, Ginekologi dan Perubatan Reproduktif, Pusat Perubatan Darul Ehsa

Yang Antah perlu bantuan rawat mata

Oleh Siti Haliza Yusop shyusop@bharian.com.my Yang Antah Afiqa bersama ibunya, Mislizam Dzulkifli. Bapa terpaksa jual kereta biayai perubatan KUALA LUMPUR: Seorang bapa merayu simpati orang ramai bagi membolehkan anaknya Yang Antah Afiqah, 5, yang menghidap masalah kornea mata sejak kecil menjalani rawatan segera agar dapat melihat dengan lebih jelas seperti kanak-kanak lain. Mohd Kamarulzaman Ismail, 48, berkata sejak anaknya itu dimasukkan ke hospital, beliau terpaksa menjual kereta jenis Nissan Sunny miliknya untuk digunakan bagi menanggung pembiayaan mengubati penyakit anaknya itu. “Penjualan kereta Nissan Sunny berjumlah lebih RM2,000 itu, digunakan sebagai pembiayaan pembedahan serta pembelian lensa mata kanan dan kiri selain menanggung perbelanjaan berulang-alik dari hospital supaya anaknya itu dapat menjalani rawatan susulan. “Saya juga turut berharap sumbangan dari kenalan yang turut bersimpati dengan nasib saya yang perlu menangg

Is depression curable?

  Having depression can be tough. It’s easy to feel hopeless and wonder if you’ll feel this way forever . Wouldn’t it be great if it could just… go away? Sadly, it doesn’t really work that way—but that doesn’t mean you’ll always feel the way you do now. Treatment vs. cure When someone is cured from an illness, it means it’s gone forever. Some illnesses can’t be cured—like diabetes. Once a person gets diabetes, they’ll have it for the rest of their life. But even a lifelong illness like diabetes can be treated . People who take their medications regularly and make some lifestyle changes can live long and healthy lives. These medications and lifestyle changes are treatments for diabetes. Depression is the same way. There’s no cure for depression, but there are lots of effective treatments . People can recover from depression and live long and healthy lives. What now? Treatments for depression   include lifestyle changes, support groups , medications, and therapy . E