Skip to main content

Sambutan pesakit luar dugaan

Oleh Zanariah Abd Mutalib dan Nor Fariza Ramlan
bminggu@bharian.com.my


KLINIK 1Malaysia di Bercham, Ipoh mula dikunjungi pesakit sebaik memulakan operasi jam 10 pagi.

Klinik 1Malaysia pastikan ubat cukup kerana ramai dapatkan rawatan

KUALA LUMPUR: Klinik 1Malaysia yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Khamis lalu mendapat sambutan luar dugaan sehingga ada yang kekurangan ubat berikutan ramai pesakit mendapatkan khidmat.

Tinjauan Berita Minggu di Klinik 1Malaysia Kerinchi, mendapati pesakit tidak putus-putus datang mendapatkan rawatan sejak ia dibuka jam 10 pagi.

Penolong pegawai perubatannya, Iszuan Cabrini Muhamad, berkata sejak dibuka pada 28 Disember lalu, klinik itu menerima 126 pesakit dengan lebih separuh daripada mereka berkunjung pada Jumaat, sehari selepas ia dilancarkan.

"Selepas pelancaran oleh Perdana Menteri lebih 70 pesakit mendapatkan rawatan semalam (kelmarin) sehingga kami kekurangan ubat hari ini (semalam).

"Bekalan ubat mencukupi tetapi kerana cuti hujung minggu, kami tidak dapat mengambil bekalan dari klinik panel iaitu Klinik Kesihatan Lembah Pantai.
PESAKIT menunggu untuk dapatkan rawatan di Klinik 1Malaysia, Pantai Dalam.

"Ini pengalaman pertama kerana kami tidak menjangka pesakit begitu ramai. Kami akan lebih bersedia dengan bekalan mencukupi selepas ini," katanya.

Berikutan masalah di luar jangka itu, pesakit diminta membeli ubat dari klinik swasta dan farmasi.

Sementara itu, Danish Chai Chee Youn, 34, dari Cheras berkata selain khidmat memuaskan, Klinik 1Malaysia Kerinchi juga bersih dan beliau puas hati dengan layanan diberikan.

"Bagi saya, perkara yang perlu diberi perhatian adalah bekalan ubat. Klinik sepatutnya membuat persediaan lebih rapi mengenai perkara ini," katanya yang membawa anak, Natalie, 5, yang sakit telinga mendapatkan rawatan di klinik itu.
ISZUAN CABRINI memberi rawatan kepada Natalie yang dibawa bapanya, Danish ke Klinik 1Malaysia.
Warga emas, Zainab Imam Din, 77, berkata layanan yang diberikan kakitangan klinik amat baik dan memuji usaha kerajaan membantu meringankan beban rakyat.

"Kedudukan klinik yang dekat dengan rumah memudahkan saya mengambil ubat, malah masa menunggu untuk rawatan juga singkat," katanya.

Seorang pesakit keracunan makanan, Shamirah Abdullah, 23, berkata Klinik 1Malaysia memberi manfaat kepada rakyat terutama berpendapatan rendah kerana caj perkhidmatan murah.

"Saya berpuas hati dengan layanan baik dan pantas. Saya pasti datang lagi ke sini jika memerlukan rawatan," katanya.

Ibu kepada dua anak, Siti Norlizan Sheikh Abu Bakar, 38, berkata waktu operasi Klinik 1Malaysia lebih panjang daripada klinik kerajaan lain dan dibuka pada hujung minggu memudahkan beliau dan keluarga mendapatkan rawatan.

"Usaha ini menunjukkan kesungguhan kerajaan membantu rakyat dan boleh dilihat sebagai perubahan dalam pentadbiran kerajaan," katanya.

Sementara itu, Penolong Pegawai Perubatan Klinik 1Malaysia Lembah Subang, Muhamad Zain Jaafar, berkata klinik itu menerima kira-kira 200 pesakit sejak mula beroperasi Isnin lalu.

"Sambutan diterima terutama daripada penduduk sekitar amat menggalakkan, malah kita juga mengendalikan kes kecemasan iaitu seorang ibu yang ingin melahirkan anak, Khamis lalu.

"Oleh kerana tiada kemudahan diperlukan, kita merujuk kes itu ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)," katanya. - Berita Harian

Comments

Popular posts from this blog

Risiko ikat peranakan

KEADAAN mengikat peranakan (dari kiri) dilecuhkan, ikat, potong dan klip. Peluang wanita hamil semula amat tipis biarpun jalani prosedur buka semula salur fallopian dan IVF APAKAH pilihan yang ada sekiranya selepas mengikat salur peranakan secara Bilateral Tubal Ligation (BTL), anda mengubah fikiran untuk hamil semula? Pertama melakukan prosedur Reversal of Tubal Ligation (RTL) iaitu membuka semula tiub fallopian yang diikat atau teknik Permanian Berhadas yang lebih dikenali sebagai In-Vitro Fertilization (IVF). Apapun pilihan anda, dilemanya tetap ada. Pelbagai faktor harus diambil kira termasuk emosi, mental, fizikal, peratusan kejayaan kedua-dua teknik ini yang masih rendah selain kosnya yang agak tinggi. Isu berkaitan zuriat memang cukup menyentuh emosi kerana zuriat bukan saja mampu mengukuhkan ikatan perkahwinan malah berkemungkinan menjadi penyebab keruntuhan rumah tangga. Pakar Perunding Obstetrik, Ginekologi dan Perubatan Reproduktif, Pusat Perubatan Darul Ehsa...

Cat Mesra Alam, Rendah Bau, Baik Untuk Kesihatan

Oleh Rohana Mustaffa KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Bagi mereka yang gemar menghidu bau dinding baru disapu cat, mereka tidak menyedari aroma yang agak 'mengasyikkan' ini ialah wap cat yang sebenarnya antara bahan alergi yang biasa didapati di rumah selain hama debu, bulu binatang peliharaan dan kulat. Walaupun sapuan cat baru cara paling mudah memberikan kesegaran pada suasana bilik, wap atau gas dikeluarkan dari dinding yang baru disapu cat, sebenarnya membawa risiko kepada kesihatan. Memang ada yang rasa teruja bila berada di dalam bilik yang baru menerima sapuan lapisan cat. Tetapi bagi yang lain termasuk mereka yang melakukan kerja mengecat itu sendiri, boleh mengalami pedih mata, sakit kepala selain semput nafas. Kajian menunjukkan pendedahan berlebihan terhadap 'wap' yang dihasilkan dari cat boleh menyebabkan iritasi mata dan juga masalah pernafasan. Ada juga laporan tentang risiko keguguran yang lebih tinggi, peningkatan risiko asma kanak-kanak serta ...

Hidung berdarah

Oleh Hafizah Iszahanid Masalah kerap berlaku ketika cuaca panas akibat alahan atau disebabkan sinus HIDUNG berdarah adalah masalah yang biasa dan kerap ditemui khususnya ketika cuaca kering seperti yang berlaku sekarang. Bagaimanapun, ia turut berkait rapat dengan sifat hidung itu sendiri yang memiliki banyak salur darah kecil yang menyebabkannya mudah berdarah. Udara yang keluar masuk dari dan melalui hidung pula berpotensi mengeringkan atau menjejaskan membran dalam hidung yang menyebabkannya berkeruping. Keruping ini boleh berdarah apabila digosok atau ditarik. Hidung berdarah disebabkan salur darah kecil pecah. Ada dua jenis pendarahan pada hidung, pendarahan di bahagian atas hidung atau bahagian bawah hidung. Kedudukan hidung juga mendedahkannya kepada trauma jika berlaku kecederaan pada wajah. Walaupun ada kala pendarahan itu sedikit atau hanya komplikasi kecil ada juga kes hidung berdarah sebenarnya simptom kepada masalah kesihatan lain. Pakar...