Skip to main content

Kerosakan buah pinggang

Pemindahan organ sebagai rawatan kekal tidak popular di Malaysia

DIANGGARKAN seorang daripada 10 orang dewasa berdepan dengan pelbagai bentuk kerosakan buah pinggang di seluruh dunia. Di Malaysia saja, daftar pendermaan organ dan dialisis bagi 2006 menyebut jumlah pesakit yang memerlukan dialisis meningkat secara dramatik sejak 20 tahun lalu.

Setiap tahun lebih 2,500 orang berada pada tahap akhir kegagalan buah pinggang (ESRD), iaitu jumlah yang menyaksikan lebih ramai memerlukan rawatan mesin dialisis.

Sekitar 1980, hanya 43 orang memerlukan bantuan dialisis tetapi pada 2006 jumlah itu meningkat menjadi 3,152 orang.

Satu daripada punca peningkatan ini, tentu saja disebabkan kenaikan jumlah pesakit diabetes dan tekanan darah tinggi.

Malah 55 peratus daripada kegagalan buah pinggang tahap yang serius berpunca daripada diabetes mellitus. Keadaan ini jika tidak dikesan dan dirawat sebaiknya membawa kepada kegagalan buah pinggang dan akhirnya kematian.


Begitupun, senario di Malaysia ketika ini hanya separuh daripada mereka yang didiagnosis dengan diabetes menjalani ujian mengesan masalah buah pinggang. Sebahagian lagi tidak berbuat demikian.

Kerosakan buah pinggang adalah masalah yang progresif. Ia tidak boleh disembuhkan dengan hanya memakan ubat. Rawatan ketika ini ialah dialisis (haemodialisis dan peritoneal dialisis), selain pemindahan organ.

Antara tiga kaedah rawatan itu, pemindahan organ adalah rawatan kekal. Bagaimanapun, ia hanya dikhususkan kepada kes yang sangat serius. Namun disebabkan jumlah penderma organ yang terhad, ia bukanlah pilihan yang popular di Malaysia.

Simptom


Perubahan pola membuang air kecil.
- Kerap bangun malam untuk buang air kecil
- Air kencing berbuih
- Kerap kencing tetapi jumlahnya sedikit
- Air kencing berdarah
- Berasa tekanan untuk kencing atau susah untuk kencing


Bengkak pada muka, kaki, buku lali atau tangan


Letih


Ruam pada tubuh atau rasa gatal


Loya dan muntah


Sesak nafas


Rasa sejuk


Pandangan berpinar dan sukar fokus. 



INFO: Kegagalan Buah Pinggang (ESRD)

- Di Malaysia, lebih 2,500 orang berdepan dengan ESRD atau 100 orang dalam sejuta populasi.



- Di Pulau Pinang saja, kadar rawatan mencecah hingga 181 pesakit dalam sejuta orang.



- Kajian pada 2006 mendapati ada 14,946 pesakit ketika ini bergantung pada mesin dialisis.



- Kebergantungan pada dialisis adalah dua kali ganda, iaitu 52 orang pada 1997 menjadi 104 pada 2003. Sejak itu ia meningkat kepada 110 untuk sejuta populasi.



- Kes baru dialisis pada 2006 ialah 3,152 pertambahan lebih 50 peratus daripada jumlah pesakit buah pinggang yang direkodkan pada 2000.  

Sumber : http://www.freedomtolive.com.my - Berita Harian









Comments

Popular posts from this blog

Risiko ikat peranakan

KEADAAN mengikat peranakan (dari kiri) dilecuhkan, ikat, potong dan klip. Peluang wanita hamil semula amat tipis biarpun jalani prosedur buka semula salur fallopian dan IVF APAKAH pilihan yang ada sekiranya selepas mengikat salur peranakan secara Bilateral Tubal Ligation (BTL), anda mengubah fikiran untuk hamil semula? Pertama melakukan prosedur Reversal of Tubal Ligation (RTL) iaitu membuka semula tiub fallopian yang diikat atau teknik Permanian Berhadas yang lebih dikenali sebagai In-Vitro Fertilization (IVF). Apapun pilihan anda, dilemanya tetap ada. Pelbagai faktor harus diambil kira termasuk emosi, mental, fizikal, peratusan kejayaan kedua-dua teknik ini yang masih rendah selain kosnya yang agak tinggi. Isu berkaitan zuriat memang cukup menyentuh emosi kerana zuriat bukan saja mampu mengukuhkan ikatan perkahwinan malah berkemungkinan menjadi penyebab keruntuhan rumah tangga. Pakar Perunding Obstetrik, Ginekologi dan Perubatan Reproduktif, Pusat Perubatan Darul Ehsa...

Cat Mesra Alam, Rendah Bau, Baik Untuk Kesihatan

Oleh Rohana Mustaffa KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Bagi mereka yang gemar menghidu bau dinding baru disapu cat, mereka tidak menyedari aroma yang agak 'mengasyikkan' ini ialah wap cat yang sebenarnya antara bahan alergi yang biasa didapati di rumah selain hama debu, bulu binatang peliharaan dan kulat. Walaupun sapuan cat baru cara paling mudah memberikan kesegaran pada suasana bilik, wap atau gas dikeluarkan dari dinding yang baru disapu cat, sebenarnya membawa risiko kepada kesihatan. Memang ada yang rasa teruja bila berada di dalam bilik yang baru menerima sapuan lapisan cat. Tetapi bagi yang lain termasuk mereka yang melakukan kerja mengecat itu sendiri, boleh mengalami pedih mata, sakit kepala selain semput nafas. Kajian menunjukkan pendedahan berlebihan terhadap 'wap' yang dihasilkan dari cat boleh menyebabkan iritasi mata dan juga masalah pernafasan. Ada juga laporan tentang risiko keguguran yang lebih tinggi, peningkatan risiko asma kanak-kanak serta ...

Hidung berdarah

Oleh Hafizah Iszahanid Masalah kerap berlaku ketika cuaca panas akibat alahan atau disebabkan sinus HIDUNG berdarah adalah masalah yang biasa dan kerap ditemui khususnya ketika cuaca kering seperti yang berlaku sekarang. Bagaimanapun, ia turut berkait rapat dengan sifat hidung itu sendiri yang memiliki banyak salur darah kecil yang menyebabkannya mudah berdarah. Udara yang keluar masuk dari dan melalui hidung pula berpotensi mengeringkan atau menjejaskan membran dalam hidung yang menyebabkannya berkeruping. Keruping ini boleh berdarah apabila digosok atau ditarik. Hidung berdarah disebabkan salur darah kecil pecah. Ada dua jenis pendarahan pada hidung, pendarahan di bahagian atas hidung atau bahagian bawah hidung. Kedudukan hidung juga mendedahkannya kepada trauma jika berlaku kecederaan pada wajah. Walaupun ada kala pendarahan itu sedikit atau hanya komplikasi kecil ada juga kes hidung berdarah sebenarnya simptom kepada masalah kesihatan lain. Pakar...