Tuesday, August 18, 2009

H1N1: Korban meningkat 3 lagi kepada 67 kes

KUALA LUMPUR: Tiga lagi kematian berkaitan Influenza A (H1N1) dilaporkan sehingga jam 9 pagi tadi, menjadikan keseluruhan 67 kes kematian.

Mangsa terbaru itu ialah seorang wanita berumur 33 tahun, seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun dan seorang warga emas berumur 71 tahun.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, berkata sejumlah 276 pesakit H1N1 sedang dirawat di wad manakala 36 pesakit lagi di Unit Rawatan Rapi (ICU) di seluruh negara. Katanya, 156 pesakit sudah dibenar pulang dari wad dengan 129 dibekalkan antiviral.

"Daripada 36 kes yang sedang dirawat di ICU, 21 kes mempunyai faktor risiko iaitu DM (1), penyakit kronik (7), kegagalan buah pinggang (3), asma (2), obesiti (1), kecacatan otak (2), hamil dan bersalin (2) dan kanak-kanak di bawah setahun (3)," katanya dalam satu kenyataan media hari ini. - Berita Harian.

No comments:

Post a Comment