Skip to main content

Statistik terperinci, contohi negara maju bendung H1N1

ANGGARAN oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bahawa lima juta atau 20 peratus rakyat negara ini berisiko dijangkiti virus selesema babi atau influenza A (H1N1) jika orang ramai tidak mengambil serius langkah pencegahan bagi menghalang penularan virus itu perlu diberi perhatian serius oleh semua rakyat Malaysia.

Jumlah anggaran ini amatlah besar sekali kerana jika tiada tindakan berkesan dan bersepadu serta kerjasama dan sokongan kuat di kalangan rakyat pastinya ia boleh memudaratkan produktiviti dan juga menjejaskan sektor ekonomi negara.

Gesaan oleh orang ramai yang mengesyorkan agar menyenaraikan statistik H1N1 merupakan satu tindakan yang boleh menyedarkan orang ramai tentang tahap keseriusan wabak ini.

Pastinya orang ramai yang berada di kawasan tertentu yang mempunyai statistik pengidap H1N1 yang tinggi akan mengambil tindakan yang lebih serius bagi mengelak risiko dijangkiti H1N1.

Pengalaman penulis sendiri ketika membentangkan kertas kerja di Asian Finance Association (AFA) Conference di Brisbane, Australia pada penghujung Jun lalu menunjukkan bahawa pihak berkuasa kesihatan wilayah Queensland menyenaraikan secara terperinci bilangan kes H1N1 mengikut kawasan pada setiap hari.

Penulis memperoleh maklumat tersebut daripada penganjur persidangan AFA sebagai salah satu langkah berjaga-jaga ketika menghadiri persidangan tersebut.

Maklumat yang terperinci amatlah penting bagi membolehkan penulis mengetahui kawasan manakah yang mempunyai statistik paling ramai menghidap H1N1.

Pada masa itu, Malaysia belum ada sebarang kes kematian.

Meskipun Queensland bukannya daerah yang teruk terjejas oleh H1N1 berbanding dengan Melbourne namun statistik ini banyak membantu sesiapa sahaja tidak kira penduduk tempatan atau warga negara asing mengenal pasti kawasan-kawasan berisiko H1N1. Ini termasuklah kes-kes yang dirawat di setiap hospital di daerah tersebut.

Perkara ini boleh diikuti oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mengisytiharkan pada setiap hari statistik-statistik H1N1 mengikut negeri secara terperinci.

Di samping itu, statistik bilangan kes pesakit yang dimasukkan di hospital-hospital tidak kira kerajaan dan swasta di setiap negeri juga patut diisytiharkan.

Memang benar, amatlah sukar untuk Kementerian Kesihatan untuk mengeluarkan maklumat ini kerana khuathir keadaan panik akan berlaku dan boleh menjejaskan sektor pelancongan Malaysia.

Dalam keadaan sekarang, perkara ini tidak timbul sama sekali kerana rakyat masih tidak mempunyai kesedaran yang tinggi untuk mengambil langkah-langkah pencegahan, maka jika diumumkan secara terperinci, sekurangkurangnya keadaan "panik" akan bertukar dengan bentuk kesedaran rakyat yang tinggi bahawa mereka berada di kawasan berisiko tinggi bagi H1N1 dan ini mampu menyelamatkan banyak nyawa.

Di sini, nyawa manusia adalah lebih penting daripada segala-galanya.

Bahkan langkah-langkah pencegahan yang lebih tegas seperti dilakukan oleh negara Mexico patut dicontohi agar wabak ini dibendung sepenuhnya.

Ketegasan boleh menyelamatkan lagi nyawa seterusnya daripada menjadi mangsa atau korban H1N1. Dalam keadaan 'darurat' seperti ini, langkah bersepadu daripada semua pihak akan menjayakan usaha membendung penularan wabak ini.

Rohami Shafie

Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah - Utusan Malaysia.

Comments

Popular posts from this blog

Risiko ikat peranakan

KEADAAN mengikat peranakan (dari kiri) dilecuhkan, ikat, potong dan klip. Peluang wanita hamil semula amat tipis biarpun jalani prosedur buka semula salur fallopian dan IVF APAKAH pilihan yang ada sekiranya selepas mengikat salur peranakan secara Bilateral Tubal Ligation (BTL), anda mengubah fikiran untuk hamil semula? Pertama melakukan prosedur Reversal of Tubal Ligation (RTL) iaitu membuka semula tiub fallopian yang diikat atau teknik Permanian Berhadas yang lebih dikenali sebagai In-Vitro Fertilization (IVF). Apapun pilihan anda, dilemanya tetap ada. Pelbagai faktor harus diambil kira termasuk emosi, mental, fizikal, peratusan kejayaan kedua-dua teknik ini yang masih rendah selain kosnya yang agak tinggi. Isu berkaitan zuriat memang cukup menyentuh emosi kerana zuriat bukan saja mampu mengukuhkan ikatan perkahwinan malah berkemungkinan menjadi penyebab keruntuhan rumah tangga. Pakar Perunding Obstetrik, Ginekologi dan Perubatan Reproduktif, Pusat Perubatan Darul Ehsa

Yang Antah perlu bantuan rawat mata

Oleh Siti Haliza Yusop shyusop@bharian.com.my Yang Antah Afiqa bersama ibunya, Mislizam Dzulkifli. Bapa terpaksa jual kereta biayai perubatan KUALA LUMPUR: Seorang bapa merayu simpati orang ramai bagi membolehkan anaknya Yang Antah Afiqah, 5, yang menghidap masalah kornea mata sejak kecil menjalani rawatan segera agar dapat melihat dengan lebih jelas seperti kanak-kanak lain. Mohd Kamarulzaman Ismail, 48, berkata sejak anaknya itu dimasukkan ke hospital, beliau terpaksa menjual kereta jenis Nissan Sunny miliknya untuk digunakan bagi menanggung pembiayaan mengubati penyakit anaknya itu. “Penjualan kereta Nissan Sunny berjumlah lebih RM2,000 itu, digunakan sebagai pembiayaan pembedahan serta pembelian lensa mata kanan dan kiri selain menanggung perbelanjaan berulang-alik dari hospital supaya anaknya itu dapat menjalani rawatan susulan. “Saya juga turut berharap sumbangan dari kenalan yang turut bersimpati dengan nasib saya yang perlu menangg

Is depression curable?

  Having depression can be tough. It’s easy to feel hopeless and wonder if you’ll feel this way forever . Wouldn’t it be great if it could just… go away? Sadly, it doesn’t really work that way—but that doesn’t mean you’ll always feel the way you do now. Treatment vs. cure When someone is cured from an illness, it means it’s gone forever. Some illnesses can’t be cured—like diabetes. Once a person gets diabetes, they’ll have it for the rest of their life. But even a lifelong illness like diabetes can be treated . People who take their medications regularly and make some lifestyle changes can live long and healthy lives. These medications and lifestyle changes are treatments for diabetes. Depression is the same way. There’s no cure for depression, but there are lots of effective treatments . People can recover from depression and live long and healthy lives. What now? Treatments for depression   include lifestyle changes, support groups , medications, and therapy . E