Skip to main content

Program cegah gelombang kedua H1N1

KUALA LUMPUR: Sebagai langkah berjaga-jaga dan pencegahan gelombang kedua Influenza A (H1N1), Antabax dan Kementerian Kesihatan melancarkan program kesedaran dan pendidikan ‘Berwaspada dan bersedia untuk kembali ke sekolah’ bagi mengurangkan risiko penularan wabak itu.
KUALA LUMPUR: Sebagai langkah berjaga-jaga dan pencegahan gelombang kedua Influenza A (H1N1), Antabax dan Kementerian Kesihatan melancarkan program kesedaran dan pendidikan ‘Berwaspada dan bersedia untuk kembali ke sekolah’ bagi mengurangkan risiko penularan wabak itu.

Siri rangkaian antibakteria Antabax dijalankan di beberapa sekolah rendah dalam kawasan bandar terpilih sekitar Lembah Klang. Pelancaran program itu diadakan di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Anggerik, Taman Len Sen, baru-baru ini.

Menerusi kempen sepanjang bulan ini, tandas di sekolah terbabit dibekalkan cecair pencuci tangan Antabax manakala cecair pembasmi kuman segera Antabax dibekalkan selama sebulan di kawasan tumpuan ramai seperti kantin sekolah, dewan dan perpustakaan. Program itu dijangka memberi manfaat kepada lebih 25,000 murid.

Lima belas sekolah yang terpilih dalam program itu ialah SK Seri Anggerik, SK Putrajaya Presint 8 (1), SK Putrajaya Presint 9 (1) & (2), SK Taman Megah, SK Seri Tasik, SK Pengkalan Tentera Darat, SK Sentul 1, Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) (Cina) Khai Chee, SJK (C) Tsun Jin, SJK (C) Puay Chai (1) & (2), SJKC Yuk Chai, SJK (Tamil), SKJ (T) Vivekananda dan SJK (T) Puchong.

Majlis pelancaran kempen itu disempurnakan Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr Hasan Abdul Rahman. Di majlis itu, jururawat Kementerian Kesihatan mengadakan taklimat dan demonstrasi kaedah betul mencegah penularan virus A (H1N1) untuk murid dan ibu bapa. - Harian Metro

Comments

Popular posts from this blog

Risiko ikat peranakan

KEADAAN mengikat peranakan (dari kiri) dilecuhkan, ikat, potong dan klip. Peluang wanita hamil semula amat tipis biarpun jalani prosedur buka semula salur fallopian dan IVF APAKAH pilihan yang ada sekiranya selepas mengikat salur peranakan secara Bilateral Tubal Ligation (BTL), anda mengubah fikiran untuk hamil semula? Pertama melakukan prosedur Reversal of Tubal Ligation (RTL) iaitu membuka semula tiub fallopian yang diikat atau teknik Permanian Berhadas yang lebih dikenali sebagai In-Vitro Fertilization (IVF). Apapun pilihan anda, dilemanya tetap ada. Pelbagai faktor harus diambil kira termasuk emosi, mental, fizikal, peratusan kejayaan kedua-dua teknik ini yang masih rendah selain kosnya yang agak tinggi. Isu berkaitan zuriat memang cukup menyentuh emosi kerana zuriat bukan saja mampu mengukuhkan ikatan perkahwinan malah berkemungkinan menjadi penyebab keruntuhan rumah tangga. Pakar Perunding Obstetrik, Ginekologi dan Perubatan Reproduktif, Pusat Perubatan Darul Ehsa...

Cat Mesra Alam, Rendah Bau, Baik Untuk Kesihatan

Oleh Rohana Mustaffa KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Bagi mereka yang gemar menghidu bau dinding baru disapu cat, mereka tidak menyedari aroma yang agak 'mengasyikkan' ini ialah wap cat yang sebenarnya antara bahan alergi yang biasa didapati di rumah selain hama debu, bulu binatang peliharaan dan kulat. Walaupun sapuan cat baru cara paling mudah memberikan kesegaran pada suasana bilik, wap atau gas dikeluarkan dari dinding yang baru disapu cat, sebenarnya membawa risiko kepada kesihatan. Memang ada yang rasa teruja bila berada di dalam bilik yang baru menerima sapuan lapisan cat. Tetapi bagi yang lain termasuk mereka yang melakukan kerja mengecat itu sendiri, boleh mengalami pedih mata, sakit kepala selain semput nafas. Kajian menunjukkan pendedahan berlebihan terhadap 'wap' yang dihasilkan dari cat boleh menyebabkan iritasi mata dan juga masalah pernafasan. Ada juga laporan tentang risiko keguguran yang lebih tinggi, peningkatan risiko asma kanak-kanak serta ...

Hidung berdarah

Oleh Hafizah Iszahanid Masalah kerap berlaku ketika cuaca panas akibat alahan atau disebabkan sinus HIDUNG berdarah adalah masalah yang biasa dan kerap ditemui khususnya ketika cuaca kering seperti yang berlaku sekarang. Bagaimanapun, ia turut berkait rapat dengan sifat hidung itu sendiri yang memiliki banyak salur darah kecil yang menyebabkannya mudah berdarah. Udara yang keluar masuk dari dan melalui hidung pula berpotensi mengeringkan atau menjejaskan membran dalam hidung yang menyebabkannya berkeruping. Keruping ini boleh berdarah apabila digosok atau ditarik. Hidung berdarah disebabkan salur darah kecil pecah. Ada dua jenis pendarahan pada hidung, pendarahan di bahagian atas hidung atau bahagian bawah hidung. Kedudukan hidung juga mendedahkannya kepada trauma jika berlaku kecederaan pada wajah. Walaupun ada kala pendarahan itu sedikit atau hanya komplikasi kecil ada juga kes hidung berdarah sebenarnya simptom kepada masalah kesihatan lain. Pakar...