Skip to main content

Pelajar adakan kempen kesedaran mengenai Aids

PADA 1 Disember tahun lalu adalah Hari Aids Sedunia. Justeru, Unit Pembangunan Pelajar Kolej PTPL Sentral mengadakan Kempen Kesedaran Penyakit Aids.
Ia bertujuan memberi kesedaran kepada pelajar dan orang ramai punca, akibat dan pencegahan Aids.

Bertempat di tingkat 1 Stesen Sentral Kuala Lumpur, 20 pelajar Kolej PTPL Sentral mengedarkan risalah berkaitan Aids kepada pengunjung Stesen Sentral Kuala Lumpur.

Pelbagai acara sampingan diadakan di Kolej PTPL Sentral, antaranya pameran mengenai Aids dan pertandingan melukis poster bertemakan kesedaran Aids dan tayangan video mengenai penyakit itu.

Pelajar jurusan Diploma Reka Bentuk Grafik, Nor Amira Rosli, berkata selain memberi peluang kepada pelajar menunjukkan bakat melalui pertandingan lukisan poster, mereka turut didedahkan maklumat mengenai penyakit itu.

Pelajar Diploma Pengurusan, Muhammad Muslim Abd Rahi, berkata melalui program sukarelawan ini, ia meningkatkan kemahiran berkomunikasi dan keyakinan diri ketika berhadapan dengan masyarakat.
Ia platform terbaik bagi memantapkan sahsiah seseorang pelajar yang bukan sahaja diukur dari segi akademik, tetapi pembabitan dalam aktiviti kemasyarakatan.

"Kita berharap masyarakat tempatan khususnya pelajar PTPL Sentral mendapat pengetahuan lebih lanjut mengenai penyakit ini," katanya. - Harian Metro

Comments

Popular posts from this blog

Risiko ikat peranakan

KEADAAN mengikat peranakan (dari kiri) dilecuhkan, ikat, potong dan klip. Peluang wanita hamil semula amat tipis biarpun jalani prosedur buka semula salur fallopian dan IVF APAKAH pilihan yang ada sekiranya selepas mengikat salur peranakan secara Bilateral Tubal Ligation (BTL), anda mengubah fikiran untuk hamil semula? Pertama melakukan prosedur Reversal of Tubal Ligation (RTL) iaitu membuka semula tiub fallopian yang diikat atau teknik Permanian Berhadas yang lebih dikenali sebagai In-Vitro Fertilization (IVF). Apapun pilihan anda, dilemanya tetap ada. Pelbagai faktor harus diambil kira termasuk emosi, mental, fizikal, peratusan kejayaan kedua-dua teknik ini yang masih rendah selain kosnya yang agak tinggi. Isu berkaitan zuriat memang cukup menyentuh emosi kerana zuriat bukan saja mampu mengukuhkan ikatan perkahwinan malah berkemungkinan menjadi penyebab keruntuhan rumah tangga. Pakar Perunding Obstetrik, Ginekologi dan Perubatan Reproduktif, Pusat Perubatan Darul Ehsa...

Yang Antah perlu bantuan rawat mata

Oleh Siti Haliza Yusop shyusop@bharian.com.my Yang Antah Afiqa bersama ibunya, Mislizam Dzulkifli. Bapa terpaksa jual kereta biayai perubatan KUALA LUMPUR: Seorang bapa merayu simpati orang ramai bagi membolehkan anaknya Yang Antah Afiqah, 5, yang menghidap masalah kornea mata sejak kecil menjalani rawatan segera agar dapat melihat dengan lebih jelas seperti kanak-kanak lain. Mohd Kamarulzaman Ismail, 48, berkata sejak anaknya itu dimasukkan ke hospital, beliau terpaksa menjual kereta jenis Nissan Sunny miliknya untuk digunakan bagi menanggung pembiayaan mengubati penyakit anaknya itu. “Penjualan kereta Nissan Sunny berjumlah lebih RM2,000 itu, digunakan sebagai pembiayaan pembedahan serta pembelian lensa mata kanan dan kiri selain menanggung perbelanjaan berulang-alik dari hospital supaya anaknya itu dapat menjalani rawatan susulan. “Saya juga turut berharap sumbangan dari kenalan yang turut bersimpati dengan nasib saya yang perlu menangg...

Cat Mesra Alam, Rendah Bau, Baik Untuk Kesihatan

Oleh Rohana Mustaffa KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Bagi mereka yang gemar menghidu bau dinding baru disapu cat, mereka tidak menyedari aroma yang agak 'mengasyikkan' ini ialah wap cat yang sebenarnya antara bahan alergi yang biasa didapati di rumah selain hama debu, bulu binatang peliharaan dan kulat. Walaupun sapuan cat baru cara paling mudah memberikan kesegaran pada suasana bilik, wap atau gas dikeluarkan dari dinding yang baru disapu cat, sebenarnya membawa risiko kepada kesihatan. Memang ada yang rasa teruja bila berada di dalam bilik yang baru menerima sapuan lapisan cat. Tetapi bagi yang lain termasuk mereka yang melakukan kerja mengecat itu sendiri, boleh mengalami pedih mata, sakit kepala selain semput nafas. Kajian menunjukkan pendedahan berlebihan terhadap 'wap' yang dihasilkan dari cat boleh menyebabkan iritasi mata dan juga masalah pernafasan. Ada juga laporan tentang risiko keguguran yang lebih tinggi, peningkatan risiko asma kanak-kanak serta ...