Skip to main content

Kesan steroid dalam ubat


PENGAMBILAN steroid berlebihan juga menyebabkan pigmentasi dan badan pesakit ditumbuhi bulu halus.


RAMPASAN ubat atau suplemen berkaitan kesihatan oleh pihak berkuasa bukan perkara baru.

Biasanya ia melibatkan ubat tiruan atau yang mengandungi steroid berbahaya termasuk untuk rawatan sendi tulang.

Biar pun rampasan demi rampasan dilakukan, masih ramai pengusaha yang tidak mengambil iktibar demi keuntungan semata-mata. Mereka selalu selalunya berselindung dan mendakwa produk yang dijual mengandungi herba semula jadi untuk melegakan kesakitan.

Terbaru rampasa melibatkan satu jenama produk tempatan yang kononnya dicipta oleh seorang kanak-kanak genius.

Pakar Perunding Rheumatologi, Hospital KPJ Pakar Pulau Pinang, Dr. Anwar Samhari Mat Arshad menjelaskan lebih lanjut mengenai penggunaan steroid dalam ubat rawatan sendi.

Apakah kesan sampingan pengambilan ubat sendi yang mengandungi steroid?

Paling biasa dialami adalah bengkak anggota badan dan peningkatan berat badan secara tiba-tiba.

Pengambilan tiga hingga lima hari berturut-turut sahaja sudah mencukupi untuk melihat kesan ini.

Bukan sahaja penyakit sendi yang dialami semakin parah, malah ginjal mereka turut menjadi korban serta mengalami pendarahan usus (peptic ulcer). Selain itu, pesakit juga mengalami peningkatan gula dalam darah yang mengundang penyakit kencing manis serta tekanan darah meningkat (darah tinggi).

Kesan jangka panjang pengambilan ubat yang mengandungi steroid?

Ia boleh menyebabkan tulang rapuh seterusnya mengundang osteoporosis. Sebenarnya, pengambilan steroid berlebihan boleh memberi kesan kepada seluruh tubuh badan termasuk gangguan sistem saraf.

Adakah kanak-kanak juga mendapat kesan daripada pengambilan bahan ini?

Kanak-kanak di bawah usia 14 tahun yang mengambil ubat mengandungi steroid akan terbantut tumbesaran. Sesetengah penyakit yang menyerang kanak-kanak seperti artritis memaksa kanak-kanak terbabit mengambil steroid untuk melegakan kesakitan kerana ia menjejaskan kualiti hidup mereka.

Tetapi dos yang diberi adalah kecil.

Pesakit yang biasa diberi steroid?

Penyakit berkaitan rheumatologi seperti rheumatik, asma dan sebagainya. Steroid penting dalam ubatan atau bahasa paling mudah, semua jenis ubat mengandungi steroid yang dibenarkan tetapi dalam kuantiti yang kecil.

Adakah herba yang terkandung dalam ubat atau suplemen boleh membantu melegakan sakit sendi?

Sehingga kini ia belum terbukti secara saintifik. Cuma ia sekadar suplemen yang boleh membantu mengelak atau mengawal sedikit masalah sendi seperti pengambilan minyak ikan kod, halia dan minyak evening primrose.

Namakan antara jenis steroid berbahaya dalam ubat sendi?

Prednisolone - hanya dibenarkan pengambilan sebanyak 15 miligram setiap hari. Sekurang-kurangnya hanya dua minggu pengambilan dibenarkan kerana ia boleh menyebabkan kesan sampingan lain.

Dexamethazone - paling kuat. Berpotensi menyebabkan kesan sampingan dalam masa yang cukup singkat. Selalunya digunakan untuk mengecutkan tumor dalam otak, mengecutkan ketumbuhan tulang belakang dan sebagainya.

Bagaimana untuk mendapatkan kelegaan segera?

* Tuaman panas (menggunakan botol mengandungi air panas) atau rendam tempat bermasalah dalam air suam untuk kesakitan ringan. Ia berfungsi dengan memperbanyakkan pengaliran sekali gus melancarkan darah ke kawasan bermasalah.

* Tuaman sejuk. Meletakkan ais di tempat bermasalah. Paling efektif kerana kulit memberhentikan penghantaran isyarat ke otak dan pesakit tidak terasa kesakitan.

* Para doktor juga biasanya menggalakkan pesakit mengambil paracetamol kerana ia memberi kelegaan segera. Namun, kebanyakan pesakit enggan kerana menganggap tidak berkesan.

* Cahaya matahari pun dapat digunakan untuk memanaskan anggota persendian yang sakit terutamanya sakit belakang. Untuk menggunakan cara ini, diperlukan alas tidur yang dapat menyerap kepanasan dan haba. Jemur alas ini di bawah sinar cahaya matahari sampai beberapa lama, kemudian berbaring di atas alas tersebut.

Rawatan lanjut untuk kelegaan sakit sendi?

Ubat antirheumatik yang banyak dijumpai di pasaran, termasuk yang diberikan doktor di klinik swasta adalah ubat antiinflamasi bukan steroid (NSAID). Ubat-ubat NSAID boleh menghalang proses radang sendi tetapi tidak dapat menghentikan proses penyakit. Pada ketika ini ubat-ubat NSAID digunakan dengan secara meluas untuk majoriti gejala dan simptom penyakit sendi rheumatik. Ia perlu dibantu dan disokong dengan rawatan-rawatan lain seperti fisioterapi dan kadang-kadang sendi yang terbabit perlu disuntik dengan kortikosteroid. Terdapat beberapa penyakit rheumatik tertentu memerlukan rawatan yang spesifik seperti penggunaan kortikosteroid jangka panjang dan ubat sejenis kemoterapi seperti rawatan arthritis rheumatoid(RA).

Adakah kaedah suntikan lebih berkesan daripada pengambilan ubat (dimakan)?

Ya kerana dengan suntikan, rawatan diberikan tepat ke kawasan mengalami kesakitan. Sedangkan pengambilan ubat secara makan boleh menjejaskan bahagian lain terutama perut. - Utusan

Comments

Popular posts from this blog

Risiko ikat peranakan

KEADAAN mengikat peranakan (dari kiri) dilecuhkan, ikat, potong dan klip. Peluang wanita hamil semula amat tipis biarpun jalani prosedur buka semula salur fallopian dan IVF APAKAH pilihan yang ada sekiranya selepas mengikat salur peranakan secara Bilateral Tubal Ligation (BTL), anda mengubah fikiran untuk hamil semula? Pertama melakukan prosedur Reversal of Tubal Ligation (RTL) iaitu membuka semula tiub fallopian yang diikat atau teknik Permanian Berhadas yang lebih dikenali sebagai In-Vitro Fertilization (IVF). Apapun pilihan anda, dilemanya tetap ada. Pelbagai faktor harus diambil kira termasuk emosi, mental, fizikal, peratusan kejayaan kedua-dua teknik ini yang masih rendah selain kosnya yang agak tinggi. Isu berkaitan zuriat memang cukup menyentuh emosi kerana zuriat bukan saja mampu mengukuhkan ikatan perkahwinan malah berkemungkinan menjadi penyebab keruntuhan rumah tangga. Pakar Perunding Obstetrik, Ginekologi dan Perubatan Reproduktif, Pusat Perubatan Darul Ehsa...

Cat Mesra Alam, Rendah Bau, Baik Untuk Kesihatan

Oleh Rohana Mustaffa KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Bagi mereka yang gemar menghidu bau dinding baru disapu cat, mereka tidak menyedari aroma yang agak 'mengasyikkan' ini ialah wap cat yang sebenarnya antara bahan alergi yang biasa didapati di rumah selain hama debu, bulu binatang peliharaan dan kulat. Walaupun sapuan cat baru cara paling mudah memberikan kesegaran pada suasana bilik, wap atau gas dikeluarkan dari dinding yang baru disapu cat, sebenarnya membawa risiko kepada kesihatan. Memang ada yang rasa teruja bila berada di dalam bilik yang baru menerima sapuan lapisan cat. Tetapi bagi yang lain termasuk mereka yang melakukan kerja mengecat itu sendiri, boleh mengalami pedih mata, sakit kepala selain semput nafas. Kajian menunjukkan pendedahan berlebihan terhadap 'wap' yang dihasilkan dari cat boleh menyebabkan iritasi mata dan juga masalah pernafasan. Ada juga laporan tentang risiko keguguran yang lebih tinggi, peningkatan risiko asma kanak-kanak serta ...

Hidung berdarah

Oleh Hafizah Iszahanid Masalah kerap berlaku ketika cuaca panas akibat alahan atau disebabkan sinus HIDUNG berdarah adalah masalah yang biasa dan kerap ditemui khususnya ketika cuaca kering seperti yang berlaku sekarang. Bagaimanapun, ia turut berkait rapat dengan sifat hidung itu sendiri yang memiliki banyak salur darah kecil yang menyebabkannya mudah berdarah. Udara yang keluar masuk dari dan melalui hidung pula berpotensi mengeringkan atau menjejaskan membran dalam hidung yang menyebabkannya berkeruping. Keruping ini boleh berdarah apabila digosok atau ditarik. Hidung berdarah disebabkan salur darah kecil pecah. Ada dua jenis pendarahan pada hidung, pendarahan di bahagian atas hidung atau bahagian bawah hidung. Kedudukan hidung juga mendedahkannya kepada trauma jika berlaku kecederaan pada wajah. Walaupun ada kala pendarahan itu sedikit atau hanya komplikasi kecil ada juga kes hidung berdarah sebenarnya simptom kepada masalah kesihatan lain. Pakar...