Skip to main content

Kos bedah pesakit kronik dibantu - MB

KUALA TERENGGANU 26 Jan. - Kerajaan negeri bersedia membantu serta menanggung kos pembedahan pesakit-pesakit kronik membabitkan buah pinggang, barah dan jantung bagi meringankan beban mereka.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berkata, mereka yang terbabit boleh mengemukakan permohonan mendapatkan bantuan di bawah peruntukan RM10 juta itu seperti diumumkan belia dalam Bajet Terengganu sebelum ini.

Menurutnya, bantuan di bawah peruntukan itu hanya membabitkan pembedahan dan rawatan manakala kos perjalanan akan ditanggung atas keprihatinan Pejabat Menteri Besar Terengganu.

"Saya sudah sebut dalam bajet RM10 juta untuk menanggung kos pembedahan penyakit kronik seperti buah pinggang, jantung, barah dan sebagainya. Ini tidak termasuk bantuan kepada mereka yang berulang alik ke hospital.

"Kita masih terima aduan, ramai orang salah faham dan mereka datang Pejabat Menteri Besar untuk minta bantuan dan biasanya yang datang bukan penghidap penyakit kronik," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meluangkan masa melawat keadaan Khaulah Al-Azwar Amrun, bayi berusia tiga bulan yang menghidapi penyakit kandungan air di dalam kepala atau hidrocyphilus sejak lahir.

Ahmad memberitahu, buat masa ini, pihaknya sedang menguruskan bantuan seumpama itu kepada tiga orang pesakit kronik iaitu seorang pesakit buah pinggang dan dua lagi pesakit jantung berlubang.

Selain itu, katanya, kerajaan negeri bersedia membantu mempercepatkan proses pembedahan pesakit kronik sekiranya berlaku kelewatan pembedahan di hospital lain termasuk di Institut Jantung Negara (IJN).

"Kalau ada rakyat Terengganu yang menghidapi penyakit kronik ini, beritahu kita supaya kita dapat uruskan untuk pembedahan segera," katanya. - Utusan

Comments

Popular posts from this blog

Risiko ikat peranakan

KEADAAN mengikat peranakan (dari kiri) dilecuhkan, ikat, potong dan klip. Peluang wanita hamil semula amat tipis biarpun jalani prosedur buka semula salur fallopian dan IVF APAKAH pilihan yang ada sekiranya selepas mengikat salur peranakan secara Bilateral Tubal Ligation (BTL), anda mengubah fikiran untuk hamil semula? Pertama melakukan prosedur Reversal of Tubal Ligation (RTL) iaitu membuka semula tiub fallopian yang diikat atau teknik Permanian Berhadas yang lebih dikenali sebagai In-Vitro Fertilization (IVF). Apapun pilihan anda, dilemanya tetap ada. Pelbagai faktor harus diambil kira termasuk emosi, mental, fizikal, peratusan kejayaan kedua-dua teknik ini yang masih rendah selain kosnya yang agak tinggi. Isu berkaitan zuriat memang cukup menyentuh emosi kerana zuriat bukan saja mampu mengukuhkan ikatan perkahwinan malah berkemungkinan menjadi penyebab keruntuhan rumah tangga. Pakar Perunding Obstetrik, Ginekologi dan Perubatan Reproduktif, Pusat Perubatan Darul Ehsa...

Yang Antah perlu bantuan rawat mata

Oleh Siti Haliza Yusop shyusop@bharian.com.my Yang Antah Afiqa bersama ibunya, Mislizam Dzulkifli. Bapa terpaksa jual kereta biayai perubatan KUALA LUMPUR: Seorang bapa merayu simpati orang ramai bagi membolehkan anaknya Yang Antah Afiqah, 5, yang menghidap masalah kornea mata sejak kecil menjalani rawatan segera agar dapat melihat dengan lebih jelas seperti kanak-kanak lain. Mohd Kamarulzaman Ismail, 48, berkata sejak anaknya itu dimasukkan ke hospital, beliau terpaksa menjual kereta jenis Nissan Sunny miliknya untuk digunakan bagi menanggung pembiayaan mengubati penyakit anaknya itu. “Penjualan kereta Nissan Sunny berjumlah lebih RM2,000 itu, digunakan sebagai pembiayaan pembedahan serta pembelian lensa mata kanan dan kiri selain menanggung perbelanjaan berulang-alik dari hospital supaya anaknya itu dapat menjalani rawatan susulan. “Saya juga turut berharap sumbangan dari kenalan yang turut bersimpati dengan nasib saya yang perlu menangg...

Cat Mesra Alam, Rendah Bau, Baik Untuk Kesihatan

Oleh Rohana Mustaffa KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Bagi mereka yang gemar menghidu bau dinding baru disapu cat, mereka tidak menyedari aroma yang agak 'mengasyikkan' ini ialah wap cat yang sebenarnya antara bahan alergi yang biasa didapati di rumah selain hama debu, bulu binatang peliharaan dan kulat. Walaupun sapuan cat baru cara paling mudah memberikan kesegaran pada suasana bilik, wap atau gas dikeluarkan dari dinding yang baru disapu cat, sebenarnya membawa risiko kepada kesihatan. Memang ada yang rasa teruja bila berada di dalam bilik yang baru menerima sapuan lapisan cat. Tetapi bagi yang lain termasuk mereka yang melakukan kerja mengecat itu sendiri, boleh mengalami pedih mata, sakit kepala selain semput nafas. Kajian menunjukkan pendedahan berlebihan terhadap 'wap' yang dihasilkan dari cat boleh menyebabkan iritasi mata dan juga masalah pernafasan. Ada juga laporan tentang risiko keguguran yang lebih tinggi, peningkatan risiko asma kanak-kanak serta ...