Skip to main content

Pengurusan kem PLKN diminta waspada H1N1

PUTRAJAYA: Pengurusan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) sekali lagi diingatkan supaya mengambil berat dan sentiasa mengamalkan langkah pencegahan selepas munculnya kes kluster baru yang dilaporkan di sebuah kem berkenaan di Pahang, baru-baru ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, berkata pemantauan rapi perlu dilakukan pengurusan kem PLKN bagi memastikan pelatih tidak mengalami gejala wabak maut itu.

“Jangan ambil mudah perkara ini kerana sikap pandang ringan masyarakat boleh mencetuskan gelombang kedua Influenza A (H1N1),” katanya, semalam.

Dr Mohd Ismail berkata, satu kejadian kluster influenza-like illness (ILI) dilaporkan di Kem PLKN Chini, Pekan pada 23 Januari lalu, tetapi sampel yang diambil adalah negatif untuk Influenza A(H1N1).

Menurutnya, faktor pergaulan rapat sesama pelatih mungkin menjadi sebab kepada kemunculan kes baru.

Beliau berkata, tidak ada peningkatan kes dan kematian akibat wabak itu dicatatkan sepanjang minggu lalu, manakala 311 pesakit baru dengan gejala ILI dimasukkan ke hospital untuk rawatan, 347 pesakit sudah dibenarkan keluar hospital.

“Sebanyak 325 kes ILI yang masih dirawat di hospital kerajaan dan daripada jumlah itu 17 pesakit ada kes H1N1,” katanya.

Bagaimanapun katanya, dua kes H1N1 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dikategorikan sebagai kes berisiko.

“Saya meminta orang ramai mengamalkan langkah pencegahan yang sememangnya terbukti mampu mengekang wabak ini,” katanya. - Harian Metro

Comments

Popular posts from this blog

Risiko ikat peranakan

KEADAAN mengikat peranakan (dari kiri) dilecuhkan, ikat, potong dan klip. Peluang wanita hamil semula amat tipis biarpun jalani prosedur buka semula salur fallopian dan IVF APAKAH pilihan yang ada sekiranya selepas mengikat salur peranakan secara Bilateral Tubal Ligation (BTL), anda mengubah fikiran untuk hamil semula? Pertama melakukan prosedur Reversal of Tubal Ligation (RTL) iaitu membuka semula tiub fallopian yang diikat atau teknik Permanian Berhadas yang lebih dikenali sebagai In-Vitro Fertilization (IVF). Apapun pilihan anda, dilemanya tetap ada. Pelbagai faktor harus diambil kira termasuk emosi, mental, fizikal, peratusan kejayaan kedua-dua teknik ini yang masih rendah selain kosnya yang agak tinggi. Isu berkaitan zuriat memang cukup menyentuh emosi kerana zuriat bukan saja mampu mengukuhkan ikatan perkahwinan malah berkemungkinan menjadi penyebab keruntuhan rumah tangga. Pakar Perunding Obstetrik, Ginekologi dan Perubatan Reproduktif, Pusat Perubatan Darul Ehsa...

Yang Antah perlu bantuan rawat mata

Oleh Siti Haliza Yusop shyusop@bharian.com.my Yang Antah Afiqa bersama ibunya, Mislizam Dzulkifli. Bapa terpaksa jual kereta biayai perubatan KUALA LUMPUR: Seorang bapa merayu simpati orang ramai bagi membolehkan anaknya Yang Antah Afiqah, 5, yang menghidap masalah kornea mata sejak kecil menjalani rawatan segera agar dapat melihat dengan lebih jelas seperti kanak-kanak lain. Mohd Kamarulzaman Ismail, 48, berkata sejak anaknya itu dimasukkan ke hospital, beliau terpaksa menjual kereta jenis Nissan Sunny miliknya untuk digunakan bagi menanggung pembiayaan mengubati penyakit anaknya itu. “Penjualan kereta Nissan Sunny berjumlah lebih RM2,000 itu, digunakan sebagai pembiayaan pembedahan serta pembelian lensa mata kanan dan kiri selain menanggung perbelanjaan berulang-alik dari hospital supaya anaknya itu dapat menjalani rawatan susulan. “Saya juga turut berharap sumbangan dari kenalan yang turut bersimpati dengan nasib saya yang perlu menangg...

Cat Mesra Alam, Rendah Bau, Baik Untuk Kesihatan

Oleh Rohana Mustaffa KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Bagi mereka yang gemar menghidu bau dinding baru disapu cat, mereka tidak menyedari aroma yang agak 'mengasyikkan' ini ialah wap cat yang sebenarnya antara bahan alergi yang biasa didapati di rumah selain hama debu, bulu binatang peliharaan dan kulat. Walaupun sapuan cat baru cara paling mudah memberikan kesegaran pada suasana bilik, wap atau gas dikeluarkan dari dinding yang baru disapu cat, sebenarnya membawa risiko kepada kesihatan. Memang ada yang rasa teruja bila berada di dalam bilik yang baru menerima sapuan lapisan cat. Tetapi bagi yang lain termasuk mereka yang melakukan kerja mengecat itu sendiri, boleh mengalami pedih mata, sakit kepala selain semput nafas. Kajian menunjukkan pendedahan berlebihan terhadap 'wap' yang dihasilkan dari cat boleh menyebabkan iritasi mata dan juga masalah pernafasan. Ada juga laporan tentang risiko keguguran yang lebih tinggi, peningkatan risiko asma kanak-kanak serta ...