Skip to main content

35 Laporan Kesan Buruk Produk Sibutramine

KUALA LUMPUR, 26 Jan (Bernama) -- Kementerian Kesihatan melalui Program Pemantauan Kesan Advers Ubat telah menerima 35 laporan kesan buruk yang melibatkan penggunaan produk Sibutramine, yang digantung Agensi Perubatan Eropah (EMA).

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican dalam satu kenyataan Selasa berkata empat daripada laporan itu mendapati pesakit mengalami kesan kardiovaskular iaitu palpitation (denyutan jantung) dan satu laporan infarkasi miokardium (bukan fatal).

Beliau berkata kementerian melalui badan regulatorinya iaitu Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) telah menerima maklumat mengenai penggantungan produk yang mengandungi Sibutramine oleh pihak EMA.

Hasil kajian interim menunjukkan pesakit-pesakit telah mengalami kesan kardiovaskular seperti serangan jantung dan strok bukan fatal dengan kadar yang lebih tinggi berbanding dengan kumpulan yang menerima ubat-ubatan plasebo.

Untuk Sibutramine, ia dikontraindikasi bagi pesakit yang mempunyai sejarah penyakit arteri koronari, kegagalan jantung kengestif, penyakit arteri periferal, arrithmia, strok dan hipertensi tidak terkawal.

Mohd Ismail berkata setakat ini, PBKD telah mendaftarkan sebanyak sembilan produk yang mengandungi Subtramine dan kesemua maklumat ini telah dimasukkan dalam sisip bungkusan produk-produk yang telah didaftarkan ini di bahagian kontraindikasi/amaran.

Beliau berkata PBKD akan mengarahkan supaya semua pemegang pendaftaran produk Sibutramine untuk mengeluarkan surat kepada pengamal perubatan mengenai maklumat terbaru ini.

"PBKD akan terus memantau situasi ini serta mengkaji sebarang maklumat baru yang diterima mengenai produk ini untuk tindakan lanjut regulatori," katanya. -- BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

Risiko ikat peranakan

KEADAAN mengikat peranakan (dari kiri) dilecuhkan, ikat, potong dan klip. Peluang wanita hamil semula amat tipis biarpun jalani prosedur buka semula salur fallopian dan IVF APAKAH pilihan yang ada sekiranya selepas mengikat salur peranakan secara Bilateral Tubal Ligation (BTL), anda mengubah fikiran untuk hamil semula? Pertama melakukan prosedur Reversal of Tubal Ligation (RTL) iaitu membuka semula tiub fallopian yang diikat atau teknik Permanian Berhadas yang lebih dikenali sebagai In-Vitro Fertilization (IVF). Apapun pilihan anda, dilemanya tetap ada. Pelbagai faktor harus diambil kira termasuk emosi, mental, fizikal, peratusan kejayaan kedua-dua teknik ini yang masih rendah selain kosnya yang agak tinggi. Isu berkaitan zuriat memang cukup menyentuh emosi kerana zuriat bukan saja mampu mengukuhkan ikatan perkahwinan malah berkemungkinan menjadi penyebab keruntuhan rumah tangga. Pakar Perunding Obstetrik, Ginekologi dan Perubatan Reproduktif, Pusat Perubatan Darul Ehsa

Yang Antah perlu bantuan rawat mata

Oleh Siti Haliza Yusop shyusop@bharian.com.my Yang Antah Afiqa bersama ibunya, Mislizam Dzulkifli. Bapa terpaksa jual kereta biayai perubatan KUALA LUMPUR: Seorang bapa merayu simpati orang ramai bagi membolehkan anaknya Yang Antah Afiqah, 5, yang menghidap masalah kornea mata sejak kecil menjalani rawatan segera agar dapat melihat dengan lebih jelas seperti kanak-kanak lain. Mohd Kamarulzaman Ismail, 48, berkata sejak anaknya itu dimasukkan ke hospital, beliau terpaksa menjual kereta jenis Nissan Sunny miliknya untuk digunakan bagi menanggung pembiayaan mengubati penyakit anaknya itu. “Penjualan kereta Nissan Sunny berjumlah lebih RM2,000 itu, digunakan sebagai pembiayaan pembedahan serta pembelian lensa mata kanan dan kiri selain menanggung perbelanjaan berulang-alik dari hospital supaya anaknya itu dapat menjalani rawatan susulan. “Saya juga turut berharap sumbangan dari kenalan yang turut bersimpati dengan nasib saya yang perlu menangg

Is depression curable?

  Having depression can be tough. It’s easy to feel hopeless and wonder if you’ll feel this way forever . Wouldn’t it be great if it could just… go away? Sadly, it doesn’t really work that way—but that doesn’t mean you’ll always feel the way you do now. Treatment vs. cure When someone is cured from an illness, it means it’s gone forever. Some illnesses can’t be cured—like diabetes. Once a person gets diabetes, they’ll have it for the rest of their life. But even a lifelong illness like diabetes can be treated . People who take their medications regularly and make some lifestyle changes can live long and healthy lives. These medications and lifestyle changes are treatments for diabetes. Depression is the same way. There’s no cure for depression, but there are lots of effective treatments . People can recover from depression and live long and healthy lives. What now? Treatments for depression   include lifestyle changes, support groups , medications, and therapy . E