Skip to main content

Pulih rabun jauh

Oleh Suzan Ahmad




Implan kanta lekap sesuai bagi usia 21 hingga 45 tahun

MASALAH penglihatan kabur atau rabun bukanlah sesuatu yang luar biasa. Mengikut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), seramai 153 juta orang dianggarkan mengalami masalah penglihatan seperti myopia (rabun jauh), hyperopia (rabun dekat) dan astigmatism.

Ketua Perunding Surgeri Ophthalmic Vista Laser Eye Center Sdn Bhd, Dr Aloysius Low, berkata masalah itu bagaimanapun boleh dirawat hasil perkembangan teknologi terkini seperti kaedah laser.

Dua kaedah berasaskan laser yang ditawarkan ialah Lasik (Laser-assisted In Situ Keratomileusis) dan Lasek (Laser-assisted Subephithelial Keratomileusis).

“Namun ramai tidak menyedari kewujudan satu lagi teknologi iaitu Implan Kanta Lekap Vision atau iContact Lens yang sudah diperkenalkan di Malaysia sejak 2005,” katanya, baru-baru ini.

Dr Low berkata, iContact Lens yang turut dikenali Phakic Intraocular Lens Implantation atau Phakic IOL, membabitkan kaedah kanta lekap tiruan dimasukkan menerusi pembedahan ke dalam mata pesakit. Kanta asli mata tidak dikeluarkan kerana kanta lekap tiruan itu bertujuan menggantikan kanta semula jadi berkenaan.
Prosedur iContact Lens terbahagi kepada dua bahagian - yang pertama membabitkan laser YAG. Ia membabitkan prosedur membuat dua bukaan kecil pada anak mata yang bertujuan membendung kemungkinan berlaku tekanan intraokular, selain membolehkan implan iContact Lens disempurnakan. “Bahagian kedua pula proses memasukkan kanta (bersifat anjal) yang akan dilipat, dimasukkan ke dalam katrij kecil dan terus disalurkan ke dalam belahan terdahulu. Sebaik kanta (yang dilipat) dimasukkan, secara automatik ia akan terbuka dalam mata. Sebaik kanta selesai dimasukkan sepenuhnya, empat sudut pada kanta akan diletakkan di belakang iris dan di depan kanta crystalline. Anda sendiri tidak akan perasaan kehadiran kanta begitu juga orang lain,” katanya pada majlis taklimat Sesi Latihan Pakar Dalaman mengenai prosedur refraktif iContact Lens dan NASA iLASIK di The Curve, Mutiara Damansara.

Teknologi ini boleh dimanfaatkan pesakit yang mengalami rabun jauh pada kadar sederhana dan tinggi dengan kornea nipis. Ia juga pilihan terbaik kepada pesakit yang tidak sesuai menjalani prosedur Lasik.

Rawatan ini boleh dimanfaatkan:
  • Pesakit berusia lebih 21 tahun dan kurang 45 tahun.
  • Pesakit yang melebihi 45 tahun dan mengalami presbyopic atau peringkat awal presbyopic dinasihatkan memilih alternatif rawatan lain.
  • Kanta implan sesuai untuk pesakit yang punyai darjah myopia -6.00 - -20.00 diopters
  • Pesakit yang tiada langsung atau sedikit astigmatism
  • Pesakit yang tidak sesuai melalui proses Lasik (kornea terlalu nipis)


Risiko rawatan kanta implan:
  • Seperti mana-mana surgeri, risiko wujud dalam keadaan tertentu. Penting bagi pesakit untuk memahami risiko berkenaan, menilai dan membandingkannya dengan manfaat dan kelebihan sama ada surgeri ini sesuai atau tidak dengan pesakit. Biarpun komplikasi selepas surgeri Phakic IOL sangat jarang berlaku, keadaan berikut harus diambil perhatian seperti jangkitan, peningkatan tekanan intraokular, katarak, kehilangan sel corneal endothelial dan keradangan. Memandangkan ia teknologi baru, kesan jangka panjang dan risiko penggunaan lebih dari 10 tahun masih tidak diketahui)
Kesan sampingan:
  • Kesannya amat minimum dan kebanyakan pesakit mengalami penglihatan kabur selama beberapa hari.
  • Mereka juga amat sensitif terhadap cahaya selama beberapa minggu. - Berita Harian

Comments

Popular posts from this blog

Risiko ikat peranakan

KEADAAN mengikat peranakan (dari kiri) dilecuhkan, ikat, potong dan klip. Peluang wanita hamil semula amat tipis biarpun jalani prosedur buka semula salur fallopian dan IVF APAKAH pilihan yang ada sekiranya selepas mengikat salur peranakan secara Bilateral Tubal Ligation (BTL), anda mengubah fikiran untuk hamil semula? Pertama melakukan prosedur Reversal of Tubal Ligation (RTL) iaitu membuka semula tiub fallopian yang diikat atau teknik Permanian Berhadas yang lebih dikenali sebagai In-Vitro Fertilization (IVF). Apapun pilihan anda, dilemanya tetap ada. Pelbagai faktor harus diambil kira termasuk emosi, mental, fizikal, peratusan kejayaan kedua-dua teknik ini yang masih rendah selain kosnya yang agak tinggi. Isu berkaitan zuriat memang cukup menyentuh emosi kerana zuriat bukan saja mampu mengukuhkan ikatan perkahwinan malah berkemungkinan menjadi penyebab keruntuhan rumah tangga. Pakar Perunding Obstetrik, Ginekologi dan Perubatan Reproduktif, Pusat Perubatan Darul Ehsa...

Cat Mesra Alam, Rendah Bau, Baik Untuk Kesihatan

Oleh Rohana Mustaffa KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Bagi mereka yang gemar menghidu bau dinding baru disapu cat, mereka tidak menyedari aroma yang agak 'mengasyikkan' ini ialah wap cat yang sebenarnya antara bahan alergi yang biasa didapati di rumah selain hama debu, bulu binatang peliharaan dan kulat. Walaupun sapuan cat baru cara paling mudah memberikan kesegaran pada suasana bilik, wap atau gas dikeluarkan dari dinding yang baru disapu cat, sebenarnya membawa risiko kepada kesihatan. Memang ada yang rasa teruja bila berada di dalam bilik yang baru menerima sapuan lapisan cat. Tetapi bagi yang lain termasuk mereka yang melakukan kerja mengecat itu sendiri, boleh mengalami pedih mata, sakit kepala selain semput nafas. Kajian menunjukkan pendedahan berlebihan terhadap 'wap' yang dihasilkan dari cat boleh menyebabkan iritasi mata dan juga masalah pernafasan. Ada juga laporan tentang risiko keguguran yang lebih tinggi, peningkatan risiko asma kanak-kanak serta ...

Hidung berdarah

Oleh Hafizah Iszahanid Masalah kerap berlaku ketika cuaca panas akibat alahan atau disebabkan sinus HIDUNG berdarah adalah masalah yang biasa dan kerap ditemui khususnya ketika cuaca kering seperti yang berlaku sekarang. Bagaimanapun, ia turut berkait rapat dengan sifat hidung itu sendiri yang memiliki banyak salur darah kecil yang menyebabkannya mudah berdarah. Udara yang keluar masuk dari dan melalui hidung pula berpotensi mengeringkan atau menjejaskan membran dalam hidung yang menyebabkannya berkeruping. Keruping ini boleh berdarah apabila digosok atau ditarik. Hidung berdarah disebabkan salur darah kecil pecah. Ada dua jenis pendarahan pada hidung, pendarahan di bahagian atas hidung atau bahagian bawah hidung. Kedudukan hidung juga mendedahkannya kepada trauma jika berlaku kecederaan pada wajah. Walaupun ada kala pendarahan itu sedikit atau hanya komplikasi kecil ada juga kes hidung berdarah sebenarnya simptom kepada masalah kesihatan lain. Pakar...