Skip to main content

OKU sah meninggal akibat H1N1

KUALA LUMPUR 11 Sept. - Kementerian Kesihatan hari ini mengesahkan seorang pesakit orang kurang upaya (OKU) meninggal dunia pada 23 Ogos lalu, akibat dijangkiti selesema babi atau influenza A (H1N1).

Ini menjadikan jumlah kematian akibat wabak H1N1 itu meningkat kepada 74 orang.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican berkata, lelaki berumur 19 tahun dan berasal dari Gerik, Perak itu dimasukkan ke Hospital Gerik pada 20 Ogos lalu selepas mengalami demam, batuk, sakit tekak dan muntah selama empat hari.

''Lelaki itu juga dilaporkan mengalami komplikasi paru-paru atas sebab jangkitan H1N1 tersebut," kata beliau dalam kenyataannya di sini hari ini.

Mohd. Ismail berkata, sehingga hari ini, seramai 261 pesakit disahkan positif H1N1 daripada 1,104 yang sedang dirawat di 101 hospital termasuk lapan hospital swasta seluruh negara.

Menurut beliau, daripada 261 kes itu, sebanyak 41 kes telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) berikutan mempunyai risiko seperti penyakit kronik (13), penyakit respiratori kronik (1), obesiti (9), kanak-kanak bawah lima tahun (8) dan hamil (1).

Dalam pada itu, beliau berkata, sejumlah 198 kes lagi merupakan kes baru dengan gejala penyakit seperti influenza (ILI) telah didaftarkan.

Mengenai antiviral pula, beliau menambah, golongan yang berisiko tinggi boleh memperolehnya di mana-mana klinik atau hospital.

''Bagaimanapun, anda digalakkan mengunjungi klinik cegah dan rawat H1N1 seperti yang tertera di laman web http://h1n1.moh. gov.my," jelas beliau. - Utusan

Comments

Popular posts from this blog

Risiko ikat peranakan

KEADAAN mengikat peranakan (dari kiri) dilecuhkan, ikat, potong dan klip. Peluang wanita hamil semula amat tipis biarpun jalani prosedur buka semula salur fallopian dan IVF APAKAH pilihan yang ada sekiranya selepas mengikat salur peranakan secara Bilateral Tubal Ligation (BTL), anda mengubah fikiran untuk hamil semula? Pertama melakukan prosedur Reversal of Tubal Ligation (RTL) iaitu membuka semula tiub fallopian yang diikat atau teknik Permanian Berhadas yang lebih dikenali sebagai In-Vitro Fertilization (IVF). Apapun pilihan anda, dilemanya tetap ada. Pelbagai faktor harus diambil kira termasuk emosi, mental, fizikal, peratusan kejayaan kedua-dua teknik ini yang masih rendah selain kosnya yang agak tinggi. Isu berkaitan zuriat memang cukup menyentuh emosi kerana zuriat bukan saja mampu mengukuhkan ikatan perkahwinan malah berkemungkinan menjadi penyebab keruntuhan rumah tangga. Pakar Perunding Obstetrik, Ginekologi dan Perubatan Reproduktif, Pusat Perubatan Darul Ehsa...

Cat Mesra Alam, Rendah Bau, Baik Untuk Kesihatan

Oleh Rohana Mustaffa KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Bagi mereka yang gemar menghidu bau dinding baru disapu cat, mereka tidak menyedari aroma yang agak 'mengasyikkan' ini ialah wap cat yang sebenarnya antara bahan alergi yang biasa didapati di rumah selain hama debu, bulu binatang peliharaan dan kulat. Walaupun sapuan cat baru cara paling mudah memberikan kesegaran pada suasana bilik, wap atau gas dikeluarkan dari dinding yang baru disapu cat, sebenarnya membawa risiko kepada kesihatan. Memang ada yang rasa teruja bila berada di dalam bilik yang baru menerima sapuan lapisan cat. Tetapi bagi yang lain termasuk mereka yang melakukan kerja mengecat itu sendiri, boleh mengalami pedih mata, sakit kepala selain semput nafas. Kajian menunjukkan pendedahan berlebihan terhadap 'wap' yang dihasilkan dari cat boleh menyebabkan iritasi mata dan juga masalah pernafasan. Ada juga laporan tentang risiko keguguran yang lebih tinggi, peningkatan risiko asma kanak-kanak serta ...

Hidung berdarah

Oleh Hafizah Iszahanid Masalah kerap berlaku ketika cuaca panas akibat alahan atau disebabkan sinus HIDUNG berdarah adalah masalah yang biasa dan kerap ditemui khususnya ketika cuaca kering seperti yang berlaku sekarang. Bagaimanapun, ia turut berkait rapat dengan sifat hidung itu sendiri yang memiliki banyak salur darah kecil yang menyebabkannya mudah berdarah. Udara yang keluar masuk dari dan melalui hidung pula berpotensi mengeringkan atau menjejaskan membran dalam hidung yang menyebabkannya berkeruping. Keruping ini boleh berdarah apabila digosok atau ditarik. Hidung berdarah disebabkan salur darah kecil pecah. Ada dua jenis pendarahan pada hidung, pendarahan di bahagian atas hidung atau bahagian bawah hidung. Kedudukan hidung juga mendedahkannya kepada trauma jika berlaku kecederaan pada wajah. Walaupun ada kala pendarahan itu sedikit atau hanya komplikasi kecil ada juga kes hidung berdarah sebenarnya simptom kepada masalah kesihatan lain. Pakar...