Skip to main content

HIV: Rakyat Malaysia masih jahil

PETALING JAYA 6 Sept. - Masih wujud banyak salah tanggapan mengenai cara penyebaran jangkitan HIV di Malaysia walaupun pelbagai program kesedaran dijalankan oleh kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO), menurut satu kajian.

''Umumnya ia dikaitkan dengan ciuman, berkongsi makanan, tandas awam, kolam renang awam dan sentuhan,'' kata Ahli Psikologi Universiti Malaya, Prof. Low Wah Yun, yang menjalankan kajian itu bersama-sama dua rakan setugasnya.

"Adalah penting salah tanggapan ini dihapuskan bagi mengurangkan stigma dan diskriminasi," katanya di sini.

Oleh yang demikian, beliau berkata, media massa boleh memainkan peranan penting dengan memaparkan isu-isu sukar seperti cara untuk menolak ajakan mengadakan hubungan seks yang tidak diingini dan penggunaan kondom.

Wah Yun juga berkata, jumlah kes HIV melalui hubungan heteroseksual mencatatkan peningkatan di negara ini kerana fakta menunjukkan kebanyakan lelaki Malaysia keberatan menggunakan kondom.

Beliau turut menonjolkan risiko dijangkiti HIV di kalangan remaja yang tidak mengamalkan seks selamat.

"Di seluruh dunia, lebih 50 peratus jangkitan baru HIV membabitkan mereka yang berumur antara 10 dan 24 tahun. Setiap hari lebih 7,000 golongan muda dijangkiti HIV," katanya.

Wah Yun berkata, walaupun Kementerian Kesihatan telah menjalankan program 'Prostar' yang bertujuan meningkatkan pengetahuan golongan muda mengenai HIV/ AIDS, kajian itu mendapati masih terdapat sebahagian besar remaja yang tidak tahu mengenai program itu.

Beliau mencadangkan program itu diperluaskan khususnya bagi remaja lepasan sekolah dan pekerja kilang yang masih muda.

Katanya, pendidikan rakan sebaya merupakan cara yang efektif bagi menarik golongan muda menyertai usaha pencegahan dan penjagaan HIV.

Mengenai peningkatan ancaman ketagihan kepada laman web seks di Internet, beliau berkata, kegiatan seks secara dalam talian dan maya adalah satu revolusi seksual kerana ia membabitkan perasaan ingin tahu yang membawa kepada penglibatan secara keterlaluan.

''Untuk membendung isu sosial ini, perlu diwujudkan perkhidmatan kesihatan mengenai reproduktif dan seksual yang mesra remaja serta berlandaskan kerahsiaan dan kepercayaan dan bukan untuk membuat penghakiman,'' katanya. - Utusan

Comments

Popular posts from this blog

Risiko ikat peranakan

KEADAAN mengikat peranakan (dari kiri) dilecuhkan, ikat, potong dan klip. Peluang wanita hamil semula amat tipis biarpun jalani prosedur buka semula salur fallopian dan IVF APAKAH pilihan yang ada sekiranya selepas mengikat salur peranakan secara Bilateral Tubal Ligation (BTL), anda mengubah fikiran untuk hamil semula? Pertama melakukan prosedur Reversal of Tubal Ligation (RTL) iaitu membuka semula tiub fallopian yang diikat atau teknik Permanian Berhadas yang lebih dikenali sebagai In-Vitro Fertilization (IVF). Apapun pilihan anda, dilemanya tetap ada. Pelbagai faktor harus diambil kira termasuk emosi, mental, fizikal, peratusan kejayaan kedua-dua teknik ini yang masih rendah selain kosnya yang agak tinggi. Isu berkaitan zuriat memang cukup menyentuh emosi kerana zuriat bukan saja mampu mengukuhkan ikatan perkahwinan malah berkemungkinan menjadi penyebab keruntuhan rumah tangga. Pakar Perunding Obstetrik, Ginekologi dan Perubatan Reproduktif, Pusat Perubatan Darul Ehsa...

Cat Mesra Alam, Rendah Bau, Baik Untuk Kesihatan

Oleh Rohana Mustaffa KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Bagi mereka yang gemar menghidu bau dinding baru disapu cat, mereka tidak menyedari aroma yang agak 'mengasyikkan' ini ialah wap cat yang sebenarnya antara bahan alergi yang biasa didapati di rumah selain hama debu, bulu binatang peliharaan dan kulat. Walaupun sapuan cat baru cara paling mudah memberikan kesegaran pada suasana bilik, wap atau gas dikeluarkan dari dinding yang baru disapu cat, sebenarnya membawa risiko kepada kesihatan. Memang ada yang rasa teruja bila berada di dalam bilik yang baru menerima sapuan lapisan cat. Tetapi bagi yang lain termasuk mereka yang melakukan kerja mengecat itu sendiri, boleh mengalami pedih mata, sakit kepala selain semput nafas. Kajian menunjukkan pendedahan berlebihan terhadap 'wap' yang dihasilkan dari cat boleh menyebabkan iritasi mata dan juga masalah pernafasan. Ada juga laporan tentang risiko keguguran yang lebih tinggi, peningkatan risiko asma kanak-kanak serta ...

Hidung berdarah

Oleh Hafizah Iszahanid Masalah kerap berlaku ketika cuaca panas akibat alahan atau disebabkan sinus HIDUNG berdarah adalah masalah yang biasa dan kerap ditemui khususnya ketika cuaca kering seperti yang berlaku sekarang. Bagaimanapun, ia turut berkait rapat dengan sifat hidung itu sendiri yang memiliki banyak salur darah kecil yang menyebabkannya mudah berdarah. Udara yang keluar masuk dari dan melalui hidung pula berpotensi mengeringkan atau menjejaskan membran dalam hidung yang menyebabkannya berkeruping. Keruping ini boleh berdarah apabila digosok atau ditarik. Hidung berdarah disebabkan salur darah kecil pecah. Ada dua jenis pendarahan pada hidung, pendarahan di bahagian atas hidung atau bahagian bawah hidung. Kedudukan hidung juga mendedahkannya kepada trauma jika berlaku kecederaan pada wajah. Walaupun ada kala pendarahan itu sedikit atau hanya komplikasi kecil ada juga kes hidung berdarah sebenarnya simptom kepada masalah kesihatan lain. Pakar...