Skip to main content

Hospital swasta diarah wujud kumpulan doktor pakar tangani H1N1

KUANTAN 5 Sept. - Jumlah kematian akibat wabak selesema babi atau influenza A (H1N1) kekal 73 selepas tiada kematian baru direkodkan dalam tempoh 24 jam lalu.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai bagaimanapun berkata, 255 kes baru dicatatkan dalam tempoh berkenaan manakala bagi kes seperti influenza (ILI) pula 1,198 kes direkodkan.

"Daripada jumlah itu, hanya 301 disahkan H1N1 dan dimasukkan wad, yang lain hanya demam biasa," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan mengejut ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini hari ini.

Tiong Lai berkata, pihak kementerian akan terus meningkatkan pemantauan di seluruh negara bagi mengekang penularan wabak tersebut yang setakat ini berjaya dikawal.

Bagi meningkatkan rawatan kepada pesakit, katanya, semua hospital diarah mewujudkan kumpulan pakar selepas didapati penyakit tersebut sukar dirawat oleh hanya seorang doktor pakar kerana wujud komplikasi sekunder.

"Penyakit H1N1 ada komplikasi sekunder yang susah dirawat oleh doktor pakar. Maka, hospital perlu wujudkan kumpulan pakar kerana kalau tidak diberi rawatan cepat, pesakit susah diselamatkan," katanya.

Sebelum ini, menurut Tiong Lai, pesakit yang disahkan positif H1N1 akan dirawat oleh seorang doktor pakar khusus dan pendekatan itu didapati tidak berkesan dalam menangani wabak tersebut disebabkan wujudnya komplikasi sekunder berkenaan.

Sedangkan, katanya, pesakit yang disahkan H1N1 masih boleh disembuhkan sekiranya diberi rawatan segera iaitu berdasarkan kes seorang guru lelaki yang dirawat selama 33 hari di HTAA dan mula menunjukkan perkembangan positif.

Ketika ini, jelasnya, terdapat 55 kes termasuk sembilan kes baru yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan bilangan itu agak besar untuk ditangani.

Mengenai perkembangan H1N1 di HTAA, Tiong Lai berkata, terdapat 27 pesakit yang masih dirawat di ICU tetapi hanya 10 yang disahkan H1N1.

Bagi kes ILI pula, katanya, ia menunjukkan penurunan ketara iaitu sekitar 244 kes sehari ketika ini berbanding 700 sehari pada bulan lalu yang merekodkan bilangan lebih 15,000 kes.

Dalam pada itu, beliau menafikan pihaknya tidak telus dalam kes jangkitan H1N1 yang sebelum ini mencetuskan polemik berikutan peningkatan kes kematian tetapi tiba-tiba 'sepi' sejak akhir-akhir ini.

"Kita telus dan akan memaklumkan sebaik saja ada kes. Apa yang penting ialah orang ramai terus tingkatkan kesedaran mereka bagi membendung penularan wabak H1N1," katanya. - Utusan

Comments

Popular posts from this blog

Risiko ikat peranakan

KEADAAN mengikat peranakan (dari kiri) dilecuhkan, ikat, potong dan klip. Peluang wanita hamil semula amat tipis biarpun jalani prosedur buka semula salur fallopian dan IVF APAKAH pilihan yang ada sekiranya selepas mengikat salur peranakan secara Bilateral Tubal Ligation (BTL), anda mengubah fikiran untuk hamil semula? Pertama melakukan prosedur Reversal of Tubal Ligation (RTL) iaitu membuka semula tiub fallopian yang diikat atau teknik Permanian Berhadas yang lebih dikenali sebagai In-Vitro Fertilization (IVF). Apapun pilihan anda, dilemanya tetap ada. Pelbagai faktor harus diambil kira termasuk emosi, mental, fizikal, peratusan kejayaan kedua-dua teknik ini yang masih rendah selain kosnya yang agak tinggi. Isu berkaitan zuriat memang cukup menyentuh emosi kerana zuriat bukan saja mampu mengukuhkan ikatan perkahwinan malah berkemungkinan menjadi penyebab keruntuhan rumah tangga. Pakar Perunding Obstetrik, Ginekologi dan Perubatan Reproduktif, Pusat Perubatan Darul Ehsa...

Hidung berdarah

Oleh Hafizah Iszahanid Masalah kerap berlaku ketika cuaca panas akibat alahan atau disebabkan sinus HIDUNG berdarah adalah masalah yang biasa dan kerap ditemui khususnya ketika cuaca kering seperti yang berlaku sekarang. Bagaimanapun, ia turut berkait rapat dengan sifat hidung itu sendiri yang memiliki banyak salur darah kecil yang menyebabkannya mudah berdarah. Udara yang keluar masuk dari dan melalui hidung pula berpotensi mengeringkan atau menjejaskan membran dalam hidung yang menyebabkannya berkeruping. Keruping ini boleh berdarah apabila digosok atau ditarik. Hidung berdarah disebabkan salur darah kecil pecah. Ada dua jenis pendarahan pada hidung, pendarahan di bahagian atas hidung atau bahagian bawah hidung. Kedudukan hidung juga mendedahkannya kepada trauma jika berlaku kecederaan pada wajah. Walaupun ada kala pendarahan itu sedikit atau hanya komplikasi kecil ada juga kes hidung berdarah sebenarnya simptom kepada masalah kesihatan lain. Pakar...

Is depression curable?

  Having depression can be tough. It’s easy to feel hopeless and wonder if you’ll feel this way forever . Wouldn’t it be great if it could just… go away? Sadly, it doesn’t really work that way—but that doesn’t mean you’ll always feel the way you do now. Treatment vs. cure When someone is cured from an illness, it means it’s gone forever. Some illnesses can’t be cured—like diabetes. Once a person gets diabetes, they’ll have it for the rest of their life. But even a lifelong illness like diabetes can be treated . People who take their medications regularly and make some lifestyle changes can live long and healthy lives. These medications and lifestyle changes are treatments for diabetes. Depression is the same way. There’s no cure for depression, but there are lots of effective treatments . People can recover from depression and live long and healthy lives. What now? Treatments for depression   include lifestyle changes, support groups , medications, and the...