Skip to main content

Waspada selesema babi semasa Aidilfitri

KUALA LUMPUR 8 Sept. - Orang ramai dinasihatkan mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelak terkena jangkitan selesema babi atau influenza A (H1N1) menjelang Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, ini kerana kes H1N1 dijangka meningkat dalam tempoh tersebut memandangkan ramai yang akan bergerak ke merata tempat terutama melakukan perjalanan pulang ke kampung atau berada di tempat-tempat awam.

"Sehubungan itu kami menasihatkan semua supaya mengambil langkah berhati-hati dengan memakai topeng muka dan hidung ketika keluar rumah atau berada di tempat awam serta mencuci tangan dengan kerap," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan majlis penutup Program Taklimat Media Mengenai Influenza A (H1N1) di sini hari ini.

Tiong Lai berkata, walaupun jumlah pegawai dan kakitangan kesihatan yang bertugas semasa hari raya ini akan berkurangan, kementerian tetap memastikan langkah pengawasan diteruskan terutama terhadap mereka yang berisiko mendapat jangkitan H1N1.

"Perkara paling penting adalah memastikan semua orang mengetahui langkah pencegahan yang boleh diambil bagi mengelak terkena jangkitan," katanya.

Sementara itu, Tiong Lai berkata, Malaysia tidak mencatatkan sebarang kes kematian akibat wabak itu pada hari ini.

"Jumlah kematian akibat H1N1 masih kekal sebanyak 73 kes sementara 40 daripada 372 kes yang disahkan positif H1N1 masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) termasuk tiga kes baru yang dikesan," katanya.

Beliau berkata, daripada 40 kes itu juga, sebanyak 25 kes mempunyai faktor risiko seperti penyakit kronik dengan 10 kes, kanak-kanak bawah 5 tahun dengan lima kes, sembilan kes melibatkan pesakit dengan masalah kegemukan dan satu kes disebabkan penyakit respiratori.

Menurutnya, sejumlah 126 pesakit baru yang dikesan mempunyai gejala penyakit serupa influenza (ILI) hari ini telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan. - Utusan

Comments

Popular posts from this blog

Risiko ikat peranakan

KEADAAN mengikat peranakan (dari kiri) dilecuhkan, ikat, potong dan klip. Peluang wanita hamil semula amat tipis biarpun jalani prosedur buka semula salur fallopian dan IVF APAKAH pilihan yang ada sekiranya selepas mengikat salur peranakan secara Bilateral Tubal Ligation (BTL), anda mengubah fikiran untuk hamil semula? Pertama melakukan prosedur Reversal of Tubal Ligation (RTL) iaitu membuka semula tiub fallopian yang diikat atau teknik Permanian Berhadas yang lebih dikenali sebagai In-Vitro Fertilization (IVF). Apapun pilihan anda, dilemanya tetap ada. Pelbagai faktor harus diambil kira termasuk emosi, mental, fizikal, peratusan kejayaan kedua-dua teknik ini yang masih rendah selain kosnya yang agak tinggi. Isu berkaitan zuriat memang cukup menyentuh emosi kerana zuriat bukan saja mampu mengukuhkan ikatan perkahwinan malah berkemungkinan menjadi penyebab keruntuhan rumah tangga. Pakar Perunding Obstetrik, Ginekologi dan Perubatan Reproduktif, Pusat Perubatan Darul Ehsa

Yang Antah perlu bantuan rawat mata

Oleh Siti Haliza Yusop shyusop@bharian.com.my Yang Antah Afiqa bersama ibunya, Mislizam Dzulkifli. Bapa terpaksa jual kereta biayai perubatan KUALA LUMPUR: Seorang bapa merayu simpati orang ramai bagi membolehkan anaknya Yang Antah Afiqah, 5, yang menghidap masalah kornea mata sejak kecil menjalani rawatan segera agar dapat melihat dengan lebih jelas seperti kanak-kanak lain. Mohd Kamarulzaman Ismail, 48, berkata sejak anaknya itu dimasukkan ke hospital, beliau terpaksa menjual kereta jenis Nissan Sunny miliknya untuk digunakan bagi menanggung pembiayaan mengubati penyakit anaknya itu. “Penjualan kereta Nissan Sunny berjumlah lebih RM2,000 itu, digunakan sebagai pembiayaan pembedahan serta pembelian lensa mata kanan dan kiri selain menanggung perbelanjaan berulang-alik dari hospital supaya anaknya itu dapat menjalani rawatan susulan. “Saya juga turut berharap sumbangan dari kenalan yang turut bersimpati dengan nasib saya yang perlu menangg

Diet pesakit jantung

KESEMPATAN 'berkampung' sekejap di Institut Jantung Negara (IJN) baru-baru ini membuatkan saya terfikir, betapa mudahnya menyediakan makanan berkhasiat untuk pesakit khususnya yang menghidap sakit jantung. Jika sebelum ini ramai yang menganggap perkara ini rumit kerana golongan ini perlu disediakan menu lain, seharusnya persepsi ini diubah. Mary Easaw John bersama kakitangannya yang terlibat dalam sesi demonstrasi masakan untuk diet di IJN, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.  Seperti orang lain, mereka juga boleh makan koktel, acar dan puding. Namun, penggunaan perisa seperti gula dan garam serta minyak dikurangkan. Hasilnya, makanan tetap enak dan sesuai untuk mereka yang inginkan diet sihat. Menurut Pengurus Pengurusan Diet IJN, Mary Easaw John, pesakit jantung perlu mengadakan pelan pemakanan berkhasiat yang memberi tumpuan kepada sayur-sayuran, buah-buahan dan bijirin. "Jauhi makanan yang mengandungi lemak buatan seperti snek dan makanan yang telah di