Skip to main content

Ujian negatif tidak semesti pesakit bebas H1N1

KUALA LUMPUR 10 Sept. - Sensitiviti ujian rapid influenza A (H1N1) hanya sekitar 60 hingga 80 peratus sahaja, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican.

Katanya, ini bermakna jika keputusan ujian adalah negatif tidak bermakna seseorang itu tidak dijangkiti influenza A.

''Setakat ini tiada kewajipan dan keperluan untuk mendapatkan ujian ini jika seseorang disyaki dijangkiti H1N1,'' katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan orang ramai mengenai perkara itu melalui hotline Kementerian Kesihatan hari ini.

Sementara itu, Dr. Mohd. Ismail memberitahu, seramai 257 pesakit telah disahkan positif H1N1 termasuk tiga kes yang merupakan kemasukan baru dalam tempoh 24 jam.

Katanya, sehingga pukul empat petang ini, seramai 75 pesakit baru dengan gejala penyakit seperti influenza (ILI) telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan manakala 154 orang telah dibenarkan keluar.

''Perkembangan itu menjadikan baki seramai 1,096 pesakit ILI sedang dirawat di 104 buah hospital di seluruh negara termasuk 257 yang positif H1N1.

''Bagaimanapun, tiada kematian baru dilaporkan hari ini,'' katanya.

Menurutnya, daripada 257 kes itu, 39 orang berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) sementara lima lagi kes telah dibenarkan keluar dari wad tersebut.

Daripada 39 kes yang sedang dirawat di ICU, 77 peratus mempunyai faktor risiko seperti penyakit kronik, obesiti, bayi, hamil, penyakit jantung, asma dan imuniti rendah.

Menjelang sambutan Hari Raya tidak lama lagi, Dr. Mohd. Ismail turut menasihatkan mereka yang mempunyai gejala penyakit seperti ILI agar tidak mengunjungi pusat beli-belah dan mengambil langkah berjaga-jaga. - Utusan

Comments

Popular posts from this blog

Risiko ikat peranakan

KEADAAN mengikat peranakan (dari kiri) dilecuhkan, ikat, potong dan klip. Peluang wanita hamil semula amat tipis biarpun jalani prosedur buka semula salur fallopian dan IVF APAKAH pilihan yang ada sekiranya selepas mengikat salur peranakan secara Bilateral Tubal Ligation (BTL), anda mengubah fikiran untuk hamil semula? Pertama melakukan prosedur Reversal of Tubal Ligation (RTL) iaitu membuka semula tiub fallopian yang diikat atau teknik Permanian Berhadas yang lebih dikenali sebagai In-Vitro Fertilization (IVF). Apapun pilihan anda, dilemanya tetap ada. Pelbagai faktor harus diambil kira termasuk emosi, mental, fizikal, peratusan kejayaan kedua-dua teknik ini yang masih rendah selain kosnya yang agak tinggi. Isu berkaitan zuriat memang cukup menyentuh emosi kerana zuriat bukan saja mampu mengukuhkan ikatan perkahwinan malah berkemungkinan menjadi penyebab keruntuhan rumah tangga. Pakar Perunding Obstetrik, Ginekologi dan Perubatan Reproduktif, Pusat Perubatan Darul Ehsa...

Cat Mesra Alam, Rendah Bau, Baik Untuk Kesihatan

Oleh Rohana Mustaffa KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Bagi mereka yang gemar menghidu bau dinding baru disapu cat, mereka tidak menyedari aroma yang agak 'mengasyikkan' ini ialah wap cat yang sebenarnya antara bahan alergi yang biasa didapati di rumah selain hama debu, bulu binatang peliharaan dan kulat. Walaupun sapuan cat baru cara paling mudah memberikan kesegaran pada suasana bilik, wap atau gas dikeluarkan dari dinding yang baru disapu cat, sebenarnya membawa risiko kepada kesihatan. Memang ada yang rasa teruja bila berada di dalam bilik yang baru menerima sapuan lapisan cat. Tetapi bagi yang lain termasuk mereka yang melakukan kerja mengecat itu sendiri, boleh mengalami pedih mata, sakit kepala selain semput nafas. Kajian menunjukkan pendedahan berlebihan terhadap 'wap' yang dihasilkan dari cat boleh menyebabkan iritasi mata dan juga masalah pernafasan. Ada juga laporan tentang risiko keguguran yang lebih tinggi, peningkatan risiko asma kanak-kanak serta ...

Hidung berdarah

Oleh Hafizah Iszahanid Masalah kerap berlaku ketika cuaca panas akibat alahan atau disebabkan sinus HIDUNG berdarah adalah masalah yang biasa dan kerap ditemui khususnya ketika cuaca kering seperti yang berlaku sekarang. Bagaimanapun, ia turut berkait rapat dengan sifat hidung itu sendiri yang memiliki banyak salur darah kecil yang menyebabkannya mudah berdarah. Udara yang keluar masuk dari dan melalui hidung pula berpotensi mengeringkan atau menjejaskan membran dalam hidung yang menyebabkannya berkeruping. Keruping ini boleh berdarah apabila digosok atau ditarik. Hidung berdarah disebabkan salur darah kecil pecah. Ada dua jenis pendarahan pada hidung, pendarahan di bahagian atas hidung atau bahagian bawah hidung. Kedudukan hidung juga mendedahkannya kepada trauma jika berlaku kecederaan pada wajah. Walaupun ada kala pendarahan itu sedikit atau hanya komplikasi kecil ada juga kes hidung berdarah sebenarnya simptom kepada masalah kesihatan lain. Pakar...