Skip to main content

13 calon di Kelantan duduki UPSR di hospital

KOTA BHARU 8 Sept. - Sebanyak 13 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di negeri ini menduduki peperiksaan di lima buah hospital serentak dengan 37,415 orang calon lain hari ini.

Tujuh orang menjalani peperiksaan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian dan tiga orang di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini kerana menerima rawatan akibat kemalangan dan sakit.

Masing-masing seorang calon pula menjalani peperiksaan di Pusat Perubatan Kota Bharu (KBMC), Hospital Kuala Krai dan Hospital Tengku Anis di Pasir Puteh.

Pengarah Jabatan Pelajaran negeri (JPN), Mohd. Ghazali Abdul Rahman berkata, walaupun terlantar, pihak JPN tetap menyediakan kemudahan agar mereka dapat mengambil peperiksaan dalam keadaan selesa.

"Pihak jabatan menempatkan beberapa pengawai untuk memantau dan mengawasi mereka ketika mengambil peperiksaan tersebut di hospital.

"Melalui cara ini, calon UPSR tidak ketinggalan dalam peperiksaan yang akan menentukan pencapaian mereka di peringkat sekolah rendah," katanya kepada pemberita ketika melawat calon-calon di HRPZ II di sini hari ini.

Dalam lawatan tersebut, beliau memberikan perangsang kepada tiga calon UPSR yang sedang menjalani rawatan supaya menjawab soalan peperiksaan Bahasa Melayu (Pemahaman dan Penulisan) dan Matematik Kertas 2 hari ini dengan tenang dan bersungguh-sungguh.

"Saya yakin mereka dapat melakukan yang terbaik walaupun cara yang mereka lalui berbeza dengan rakan-rakan lain. Mereka mempunyai semangat yang tinggi walaupun terpaksa menahan kesakitan," ujarnya.

Salah seorang calon, Nor Shahira Idris, 12, pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Suria II, Tanah Merah yang dirawat di HPRZ II sejak Sabtu lepas kerana patah kaki berkata, dia tiada masalah untuk menduduki semua kertas peperiksaan di hospital.

Dia yang terjatuh semasa di sekolah berkata, walaupun berasa sakit setiap kali menggerakkan kaki kirinya yang masih berbalut selepas disimen, namun soalan peperiksaan tetap dijawab dengan bersemangat.

"Saya yakin boleh mendapat 5A walaupun terpaksa menjawab kertas peperiksaan dalam kesakitan. Selepas peperiksaan saya akan menjalani pembedahan," ujarnya.

Seorang lagi calon, Aminuddin Maula Salleh, 12, dari SK Bechah Durian, Pasir Mas terpaksa menduduki peperiksaan di wad 29, HPRZ II, kerana disyaki mengalami apendiks.

Aminuddin yang mendapat 4A 1B dalam ujian percubaan yang lepas berharap mencatat keputusan 5A walaupun terpaksa menduduki UPSR di hospital.

"Saya telah mencuba yang terbaik dan doktor memaklumkan saya sudah boleh pulang ke rumah petang ini. Esok saya akan mengambil peperiksaan di sekolah," ujarnya. - Utusan

Comments

Popular posts from this blog

Risiko ikat peranakan

KEADAAN mengikat peranakan (dari kiri) dilecuhkan, ikat, potong dan klip. Peluang wanita hamil semula amat tipis biarpun jalani prosedur buka semula salur fallopian dan IVF APAKAH pilihan yang ada sekiranya selepas mengikat salur peranakan secara Bilateral Tubal Ligation (BTL), anda mengubah fikiran untuk hamil semula? Pertama melakukan prosedur Reversal of Tubal Ligation (RTL) iaitu membuka semula tiub fallopian yang diikat atau teknik Permanian Berhadas yang lebih dikenali sebagai In-Vitro Fertilization (IVF). Apapun pilihan anda, dilemanya tetap ada. Pelbagai faktor harus diambil kira termasuk emosi, mental, fizikal, peratusan kejayaan kedua-dua teknik ini yang masih rendah selain kosnya yang agak tinggi. Isu berkaitan zuriat memang cukup menyentuh emosi kerana zuriat bukan saja mampu mengukuhkan ikatan perkahwinan malah berkemungkinan menjadi penyebab keruntuhan rumah tangga. Pakar Perunding Obstetrik, Ginekologi dan Perubatan Reproduktif, Pusat Perubatan Darul Ehsa...

Yang Antah perlu bantuan rawat mata

Oleh Siti Haliza Yusop shyusop@bharian.com.my Yang Antah Afiqa bersama ibunya, Mislizam Dzulkifli. Bapa terpaksa jual kereta biayai perubatan KUALA LUMPUR: Seorang bapa merayu simpati orang ramai bagi membolehkan anaknya Yang Antah Afiqah, 5, yang menghidap masalah kornea mata sejak kecil menjalani rawatan segera agar dapat melihat dengan lebih jelas seperti kanak-kanak lain. Mohd Kamarulzaman Ismail, 48, berkata sejak anaknya itu dimasukkan ke hospital, beliau terpaksa menjual kereta jenis Nissan Sunny miliknya untuk digunakan bagi menanggung pembiayaan mengubati penyakit anaknya itu. “Penjualan kereta Nissan Sunny berjumlah lebih RM2,000 itu, digunakan sebagai pembiayaan pembedahan serta pembelian lensa mata kanan dan kiri selain menanggung perbelanjaan berulang-alik dari hospital supaya anaknya itu dapat menjalani rawatan susulan. “Saya juga turut berharap sumbangan dari kenalan yang turut bersimpati dengan nasib saya yang perlu menangg...

Cat Mesra Alam, Rendah Bau, Baik Untuk Kesihatan

Oleh Rohana Mustaffa KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Bagi mereka yang gemar menghidu bau dinding baru disapu cat, mereka tidak menyedari aroma yang agak 'mengasyikkan' ini ialah wap cat yang sebenarnya antara bahan alergi yang biasa didapati di rumah selain hama debu, bulu binatang peliharaan dan kulat. Walaupun sapuan cat baru cara paling mudah memberikan kesegaran pada suasana bilik, wap atau gas dikeluarkan dari dinding yang baru disapu cat, sebenarnya membawa risiko kepada kesihatan. Memang ada yang rasa teruja bila berada di dalam bilik yang baru menerima sapuan lapisan cat. Tetapi bagi yang lain termasuk mereka yang melakukan kerja mengecat itu sendiri, boleh mengalami pedih mata, sakit kepala selain semput nafas. Kajian menunjukkan pendedahan berlebihan terhadap 'wap' yang dihasilkan dari cat boleh menyebabkan iritasi mata dan juga masalah pernafasan. Ada juga laporan tentang risiko keguguran yang lebih tinggi, peningkatan risiko asma kanak-kanak serta ...