Skip to main content

Derita kulit mengelupas

Oleh Mohd Rifaat Abd Hamid
am@hmetro.com.my

KUALA NERANG: Dia sepatutnya berada di tingkatan satu dan bergembira menempuhi alam remaja bersama rakan seusia tetapi itu bukan perjalanan hidup yang dilalui Mohd Nasrul Kamarizan, 13, yang menderita penyakit kulit kronik.

Berikutan penyakit dihidapi sejak dilahirkan, Mohd Nasrul, 13, anak bongsu daripada dua beradik dari Desa Keda Bukit Kura, tidak pernah menempuh alam persekolahan sepanjang hidupnya.

Ini kerana kulitnya terlalu sensitif dan menggelupas teruk walaupun disebabkan bergesel dengan orang lain.

Ibunya, Norhayati Md Daud, 39, berkata anaknya pernah didaftarkan di Sekolah Kebangsaan Pedu (SKP), tetapi masalah dihadapinya menyebabkan Mohd Nasrul tidak pernah memasuki sekolah kerana bimbang kulitnya mudah menggelupas.

“Kami bimbang apabila bermain di sekolah, rakannya tersentuh kulitnya dan mengakibatkan kesakitan yang amat sangat,” katanya.

Menurutnya, pelbagai usaha dilakukan tetapi penyakit dihadapi anaknya masih belum sembuh, walaupun mendapat rawatan di hospital dan perubatan tradisional.

“Kulitnya cepat menggelupas jika menggaru badannya ketika waktu panas dan ini menyebabkan saya terpaksa memasang kipas kepada Mohd Nasrul supaya sentiasa sejuk dan tidak menggelupas.

“Setiap kali menggaru, badannya berdarah menyebabkan dia menangis kesakitan. Saya tidak tahan melihat penderitaan dialami dan berharap ada pihak membantu merawat penyakitnya,” katanya.

Penderitaan dialami Mohd Nasrul menyebabkan kesihatannya terjejas sehingga badannya terencat jika dibandingkan dengan usianya.

Mohd Nasrul juga menghadapi masalah membuang air besar kerana kulit duburnya semakin nipis.

Norhayati berkata, penyakit anaknya dapat bertahan dengan menggunakan ubat cecair yang didapati dari negara jiran RM5 sebotol dengan menyapu seluruh badan.

Penderitaan Mohd Nasrul tidak berakhir di situ apabila dia menghadapi masalah jari tangan dan kaki mulai bercantum menyebabkannya sukar makan dan menulis.

Norhayati berkata, mereka cuba mendapat nasihat doktor membuat pembedahan jari kaki dan tangan anaknya, tetapi doktor tidak dapat melakukannya kerana bimbang menimbulkan masalah lain.

“Saya sudah berusaha pelbagai perubatan dan kini reda dengan penderitaan ditanggung oleh kami sekeluarga,” katanya yang mempunyai seorang lagi anak, Mohd Tarmimi, 17.

Sementara itu, suaminya, Kamarizan Md Idris, 39, bekerja sebagai buruh dengan pendapatan kurang daripada RM500 sebulan sekali gus hanya mencukupi untuk belanja seharian keluarga berkenaan. - Harian Metro

Comments

Popular posts from this blog

Risiko ikat peranakan

KEADAAN mengikat peranakan (dari kiri) dilecuhkan, ikat, potong dan klip. Peluang wanita hamil semula amat tipis biarpun jalani prosedur buka semula salur fallopian dan IVF APAKAH pilihan yang ada sekiranya selepas mengikat salur peranakan secara Bilateral Tubal Ligation (BTL), anda mengubah fikiran untuk hamil semula? Pertama melakukan prosedur Reversal of Tubal Ligation (RTL) iaitu membuka semula tiub fallopian yang diikat atau teknik Permanian Berhadas yang lebih dikenali sebagai In-Vitro Fertilization (IVF). Apapun pilihan anda, dilemanya tetap ada. Pelbagai faktor harus diambil kira termasuk emosi, mental, fizikal, peratusan kejayaan kedua-dua teknik ini yang masih rendah selain kosnya yang agak tinggi. Isu berkaitan zuriat memang cukup menyentuh emosi kerana zuriat bukan saja mampu mengukuhkan ikatan perkahwinan malah berkemungkinan menjadi penyebab keruntuhan rumah tangga. Pakar Perunding Obstetrik, Ginekologi dan Perubatan Reproduktif, Pusat Perubatan Darul Ehsa...

Yang Antah perlu bantuan rawat mata

Oleh Siti Haliza Yusop shyusop@bharian.com.my Yang Antah Afiqa bersama ibunya, Mislizam Dzulkifli. Bapa terpaksa jual kereta biayai perubatan KUALA LUMPUR: Seorang bapa merayu simpati orang ramai bagi membolehkan anaknya Yang Antah Afiqah, 5, yang menghidap masalah kornea mata sejak kecil menjalani rawatan segera agar dapat melihat dengan lebih jelas seperti kanak-kanak lain. Mohd Kamarulzaman Ismail, 48, berkata sejak anaknya itu dimasukkan ke hospital, beliau terpaksa menjual kereta jenis Nissan Sunny miliknya untuk digunakan bagi menanggung pembiayaan mengubati penyakit anaknya itu. “Penjualan kereta Nissan Sunny berjumlah lebih RM2,000 itu, digunakan sebagai pembiayaan pembedahan serta pembelian lensa mata kanan dan kiri selain menanggung perbelanjaan berulang-alik dari hospital supaya anaknya itu dapat menjalani rawatan susulan. “Saya juga turut berharap sumbangan dari kenalan yang turut bersimpati dengan nasib saya yang perlu menangg...

Cat Mesra Alam, Rendah Bau, Baik Untuk Kesihatan

Oleh Rohana Mustaffa KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Bagi mereka yang gemar menghidu bau dinding baru disapu cat, mereka tidak menyedari aroma yang agak 'mengasyikkan' ini ialah wap cat yang sebenarnya antara bahan alergi yang biasa didapati di rumah selain hama debu, bulu binatang peliharaan dan kulat. Walaupun sapuan cat baru cara paling mudah memberikan kesegaran pada suasana bilik, wap atau gas dikeluarkan dari dinding yang baru disapu cat, sebenarnya membawa risiko kepada kesihatan. Memang ada yang rasa teruja bila berada di dalam bilik yang baru menerima sapuan lapisan cat. Tetapi bagi yang lain termasuk mereka yang melakukan kerja mengecat itu sendiri, boleh mengalami pedih mata, sakit kepala selain semput nafas. Kajian menunjukkan pendedahan berlebihan terhadap 'wap' yang dihasilkan dari cat boleh menyebabkan iritasi mata dan juga masalah pernafasan. Ada juga laporan tentang risiko keguguran yang lebih tinggi, peningkatan risiko asma kanak-kanak serta ...