Skip to main content

Pesakit kanser sendi lutut rayu bantuan RM34,000

Oleh Khairul Anuar Abdul Samad
krull@bharian.com.my

KOTA BHARU: Seorang pelatih Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) kini mengharapkan simpati orang ramai dalam usahanya mengumpul dana RM34,000 bagi membiayai kos pembelian implan pembedahan kanser sendi lutut yang dijalaninya.

Anak peneroka dari Felda Jengka Tiga, Pahang, Mohd Shahrul Md Said, 19, berkata bapanya, Md Said Hassan, 63, yang juga seorang peneroka dengan pendapatan tidak seberapa, tidak mampu menanggung kos pembelian implan kerana bergantung sepenuhnya kepada hasil jualan sawit.

Pelatih IKBN Wakaf Tapai itu berkata, walaupun berjaya melalui pembedahan membuang tulang paha yang diserang kanser itu, dia kini rasa sedih kerana keluarga tidak mampu menanggung kos pembelian implan.

“Ayah sudah tua, manakala ibu, Aminah Ariffin, 61, tidak bekerja dan kos implan RM34,000 itu amat membebankan mereka berdua, memandangkan hasil jualan kelapa sawit tidak seberapa, bergantung kepada turun naik harga komoditi itu,” katanya ketika ditemui bersama Aminah, di HUSM, Kubang Kerian, dekat sini, semalam.

Mohd Shahrul berkata, kanser itu mula dikesan tahun lalu, selepas dia tergelincir di rumahnya yang menyebabkan bahagian atas lutut kanan membengkak dan ketika itu, keluarganya membawa dia berubat secara tradisional kerana menyangka hanya terseliuh.

Katanya, bagaimanapun, bengkak itu tidak sembuh, lalu dia dirujuk ke klinik serta diberikan ubat penahan sakit saja dan ketika di IKBN, dia terjatuh kali kedua sehingga pengsan sebelum dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Terengganu, untuk menerima rawatan.

“Di hospital itu, doktor mengesahkan saya menghidap ketumbuhan pada bahagian paha itu sebelum dirujuk ke HUSM untuk pembedahan kerana disahkan menghidap kanser sendi lutut peringkat awal yang memerlukan pembedahan segera yang dijalaninya pada 1 Julai lalu,” katanya.

Orang ramai yang bersimpati boleh menghantar sumbangan dalam bentuk cek atas nama Berita Harian Sdn Bhd dengan menulis nama Mohd Shahrul Md Said di belakangnya dan dihantar kepada Jabatan Kewangan / Unit Kebajikan, The News Straits Times Press (M) Bhd, Balai Berita, 31, Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur. - Berita Harian

Comments

Popular posts from this blog

Risiko ikat peranakan

KEADAAN mengikat peranakan (dari kiri) dilecuhkan, ikat, potong dan klip. Peluang wanita hamil semula amat tipis biarpun jalani prosedur buka semula salur fallopian dan IVF APAKAH pilihan yang ada sekiranya selepas mengikat salur peranakan secara Bilateral Tubal Ligation (BTL), anda mengubah fikiran untuk hamil semula? Pertama melakukan prosedur Reversal of Tubal Ligation (RTL) iaitu membuka semula tiub fallopian yang diikat atau teknik Permanian Berhadas yang lebih dikenali sebagai In-Vitro Fertilization (IVF). Apapun pilihan anda, dilemanya tetap ada. Pelbagai faktor harus diambil kira termasuk emosi, mental, fizikal, peratusan kejayaan kedua-dua teknik ini yang masih rendah selain kosnya yang agak tinggi. Isu berkaitan zuriat memang cukup menyentuh emosi kerana zuriat bukan saja mampu mengukuhkan ikatan perkahwinan malah berkemungkinan menjadi penyebab keruntuhan rumah tangga. Pakar Perunding Obstetrik, Ginekologi dan Perubatan Reproduktif, Pusat Perubatan Darul Ehsa...

Cat Mesra Alam, Rendah Bau, Baik Untuk Kesihatan

Oleh Rohana Mustaffa KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Bagi mereka yang gemar menghidu bau dinding baru disapu cat, mereka tidak menyedari aroma yang agak 'mengasyikkan' ini ialah wap cat yang sebenarnya antara bahan alergi yang biasa didapati di rumah selain hama debu, bulu binatang peliharaan dan kulat. Walaupun sapuan cat baru cara paling mudah memberikan kesegaran pada suasana bilik, wap atau gas dikeluarkan dari dinding yang baru disapu cat, sebenarnya membawa risiko kepada kesihatan. Memang ada yang rasa teruja bila berada di dalam bilik yang baru menerima sapuan lapisan cat. Tetapi bagi yang lain termasuk mereka yang melakukan kerja mengecat itu sendiri, boleh mengalami pedih mata, sakit kepala selain semput nafas. Kajian menunjukkan pendedahan berlebihan terhadap 'wap' yang dihasilkan dari cat boleh menyebabkan iritasi mata dan juga masalah pernafasan. Ada juga laporan tentang risiko keguguran yang lebih tinggi, peningkatan risiko asma kanak-kanak serta ...

Hidung berdarah

Oleh Hafizah Iszahanid Masalah kerap berlaku ketika cuaca panas akibat alahan atau disebabkan sinus HIDUNG berdarah adalah masalah yang biasa dan kerap ditemui khususnya ketika cuaca kering seperti yang berlaku sekarang. Bagaimanapun, ia turut berkait rapat dengan sifat hidung itu sendiri yang memiliki banyak salur darah kecil yang menyebabkannya mudah berdarah. Udara yang keluar masuk dari dan melalui hidung pula berpotensi mengeringkan atau menjejaskan membran dalam hidung yang menyebabkannya berkeruping. Keruping ini boleh berdarah apabila digosok atau ditarik. Hidung berdarah disebabkan salur darah kecil pecah. Ada dua jenis pendarahan pada hidung, pendarahan di bahagian atas hidung atau bahagian bawah hidung. Kedudukan hidung juga mendedahkannya kepada trauma jika berlaku kecederaan pada wajah. Walaupun ada kala pendarahan itu sedikit atau hanya komplikasi kecil ada juga kes hidung berdarah sebenarnya simptom kepada masalah kesihatan lain. Pakar...