BUKIT MERTAJAM: Dua beradik dari Kampung Bukit Kechil, Juru di sini, buntu untuk mencari RM1,600 sebulan bagi membeli ubat memulihkan saraf mata selepas menjalani pembedahan.
Sebelum ini, dunia dua beradik berkenaan, Abdul Manaf Ahmad, 52, dan adiknya, Razali, 43, diselubungi kegelapan sejak tujuh tahun lalu berikutan mereka menghidap katarak dan glaukoma.
Berikutan itu, mereka tidak mampu bekerja sebagai nelayan serta menjaga ibu yang uzur, Som Saad, 74.
Menurut Abd Manaf, dia pernah mendapatkan rawatan di Hospital Bukit Mertajam (HBM) tetapi penyakit matanya tidak sembuh malah difahamkan rawatan moden tidak mampu menyembuhkan matanya dan perlu mencuba kaedah alternatif.
“Tapi kami kini perlu mengambil ubat selama enam bulan bagi memulihkan saraf mata tetapi kosnya mahal mencecah RM790 seorang atau RM1,600 sebulan.
“Mana nak cari wang sebanyak itu, malah kami sudah terputus bekalan ubat sebulan lalu,” katanya.
Abd Manaf dan isterinya, Zaleha Shariff, 54, kini bergantung sepenuhnya pada bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan dan Pusat Urus Zakat (PUZ) RM300 sebulan. - Harian Metro
Comments
Post a Comment