Sunday, September 13, 2009

H1N1: Tiada kes kematian baru

KUALA LUMPUR: Tiada kes kematian baru berkaitan Influenza A dilaporkan sehingga jam 9 pagi tadi tetapi seramai 231 pesakit baru dengan gejala penyakit seakan influenza dimasukkan ke hospital.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, berkata pada masa sama sejumlah 166 kes ILI telah dibenar keluar hospital.

"Ini menjadikan baki seramai 1048 ILI sedang dirawat di 106 buah hospital termasuk 14 hospital swasta di seluruh negara. Daripada jumlah pesakit yang dirawat, hanya 255 pesakit (24.3%) telah disahkan positif H1N1," katanya.

Sehingga hari ini, sebanyak 74 kes kematian berkaitan H1N1 sudah disahkan di seluruh negara.

Dr Mohd Ismail berkta, daripada 255 kes yang telah disahkan H1N1, 42 kes sedang dirawat di ICU di mana tujuh kes adalah kemasukan baru, sementara empat lagi kes telah keluar dari ICU. Katanya, daripada 42 kes yang sedang dirawat di ICU, 34 (81.0%) mempunyai faktor risiko.

Pecahan kes mengikut faktor risiko adalah seperti berikut: penyakit kronik (14),penyakit respiratori kronik (3), obesiti (8), kanak-kanak bawah 5 tahun (8) dan hamil (1). - Berita Harian

No comments:

Post a Comment