Skip to main content

Jangan kenakan caj tinggi


MOHD. Ali Rustam memberikan makanan bersahur kepada salah seorang pesakit di Hospital Pakar Putra Melaka, Mahmud Hashim, pada program bersahur bersama beliau di hospital tersebut, semalam.

MELAKA 16 Sept. - Semua doktor pakar di seluruh hospital swasta di negeri ini diminta tidak mengenakan bil rawatan yang tinggi sehingga menjadi rungutan pesakit yang akhirnya akan memburukkan imej hospital itu sendiri.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, beliau kecewa apabila mendapat banyak rungutan seperti itu di kalangan pesakit dan ejen insurans yang terlibat.

Menurut beliau, ada beberapa ejen insurans mendakwa terdapat segelintir doktor pakar di sesetengah hospital pakar mengenakan bil rawatan yang agak tinggi daripada kebiasaan.

"Saya harap, doktor pakar di Hospital Pakar Putra tidak mengenakan bayaran yang tinggi kepada para pesakitnya.

"Biarlah bayaran itu munasabah, bukan lebih daripada biasa yang menyebabkan syarikat-syarikat insurans berasa tertekan kerana terpaksa bayar bil yang tinggi kepada pesakit yang mencarum," katanya.

Mohd. Ali yang juga Pengerusi Hospital Pakar Putra berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri program bersahur bersama pesakit dan kakitangan hospital tersebut di sini awal pagi tadi.

Ketua Menteri berkata, selain memburukkan imej hospital itu sendiri, bil rawatan yang terlalu tinggi juga dikhuatiri akan menjejaskan sektor pelancongan kesihatan yang menjadi antara penyumbang terbesar kepada ekonomi Melaka.

"Dalam situasi ini, saya amat mengharapkan kerjasama daripada semua hospital swasta supaya tidak mengenakan bayaran yang tinggi yang luar daripada kebiasaan.

"Kadang-kadang bil rawatan diasing-asingkan, sepatutnya disatukan dalam satu bil kerana bila diasingkan bilnya akan menjadi besar apabila dijumlahkan," katanya. - Utusan

Comments

Popular posts from this blog

Risiko ikat peranakan

KEADAAN mengikat peranakan (dari kiri) dilecuhkan, ikat, potong dan klip. Peluang wanita hamil semula amat tipis biarpun jalani prosedur buka semula salur fallopian dan IVF APAKAH pilihan yang ada sekiranya selepas mengikat salur peranakan secara Bilateral Tubal Ligation (BTL), anda mengubah fikiran untuk hamil semula? Pertama melakukan prosedur Reversal of Tubal Ligation (RTL) iaitu membuka semula tiub fallopian yang diikat atau teknik Permanian Berhadas yang lebih dikenali sebagai In-Vitro Fertilization (IVF). Apapun pilihan anda, dilemanya tetap ada. Pelbagai faktor harus diambil kira termasuk emosi, mental, fizikal, peratusan kejayaan kedua-dua teknik ini yang masih rendah selain kosnya yang agak tinggi. Isu berkaitan zuriat memang cukup menyentuh emosi kerana zuriat bukan saja mampu mengukuhkan ikatan perkahwinan malah berkemungkinan menjadi penyebab keruntuhan rumah tangga. Pakar Perunding Obstetrik, Ginekologi dan Perubatan Reproduktif, Pusat Perubatan Darul Ehsa...

Cat Mesra Alam, Rendah Bau, Baik Untuk Kesihatan

Oleh Rohana Mustaffa KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Bagi mereka yang gemar menghidu bau dinding baru disapu cat, mereka tidak menyedari aroma yang agak 'mengasyikkan' ini ialah wap cat yang sebenarnya antara bahan alergi yang biasa didapati di rumah selain hama debu, bulu binatang peliharaan dan kulat. Walaupun sapuan cat baru cara paling mudah memberikan kesegaran pada suasana bilik, wap atau gas dikeluarkan dari dinding yang baru disapu cat, sebenarnya membawa risiko kepada kesihatan. Memang ada yang rasa teruja bila berada di dalam bilik yang baru menerima sapuan lapisan cat. Tetapi bagi yang lain termasuk mereka yang melakukan kerja mengecat itu sendiri, boleh mengalami pedih mata, sakit kepala selain semput nafas. Kajian menunjukkan pendedahan berlebihan terhadap 'wap' yang dihasilkan dari cat boleh menyebabkan iritasi mata dan juga masalah pernafasan. Ada juga laporan tentang risiko keguguran yang lebih tinggi, peningkatan risiko asma kanak-kanak serta ...

Hidung berdarah

Oleh Hafizah Iszahanid Masalah kerap berlaku ketika cuaca panas akibat alahan atau disebabkan sinus HIDUNG berdarah adalah masalah yang biasa dan kerap ditemui khususnya ketika cuaca kering seperti yang berlaku sekarang. Bagaimanapun, ia turut berkait rapat dengan sifat hidung itu sendiri yang memiliki banyak salur darah kecil yang menyebabkannya mudah berdarah. Udara yang keluar masuk dari dan melalui hidung pula berpotensi mengeringkan atau menjejaskan membran dalam hidung yang menyebabkannya berkeruping. Keruping ini boleh berdarah apabila digosok atau ditarik. Hidung berdarah disebabkan salur darah kecil pecah. Ada dua jenis pendarahan pada hidung, pendarahan di bahagian atas hidung atau bahagian bawah hidung. Kedudukan hidung juga mendedahkannya kepada trauma jika berlaku kecederaan pada wajah. Walaupun ada kala pendarahan itu sedikit atau hanya komplikasi kecil ada juga kes hidung berdarah sebenarnya simptom kepada masalah kesihatan lain. Pakar...