Skip to main content

Kempen perangi denggi di ibu negara


DR. Ismail Abu Taat (dua dari kiri) mengedarkan penyembur ubat nyamuk kepada pengguna lebuh raya PLUS sempena Kempen Anti Denggi di Plaza Tol Sungai Besi, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 20 Feb. - Kepulangan warga kota dari kampung sempena cuti Tahun Baru Cina disambut oleh Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (JKWPKLP) hari ini dengan pelancaran kempen Katakan Tidak Kepada Denggi.

Bertempat di Plaza Tol Sungai Besi, sebanyak 3,000 beg berisi tin aerosol, risalah, pelekat dan ubat membunuh jentik-jentik diberikan kepada pengguna Lebuh Raya Utara Selatan.

Aktiviti yang sama turut diadakan di Plaza Tol Gombak hari ini dengan penyerahan 1,000 beg kepada pengguna Lebuh Raya Pantai Timur.

Ketua Pengarah JKWPKLP, Dr. Ismail Abu Taat berkata, langkah pencegahan perlu diambil serius memandangkan jumlah kematian akibat denggi terus meningkat.

''Berdasarkan statistik Kementerian Kesihatan bagi enam minggu pertama tahun ini, sebanyak 23 kematian dilaporkan dan 14 daripadanya berlaku di Selangor dan Kuala Lumpur,'' katanya selepas menyerahkan beg berkenaan kepada pemandu di Plaza Tol Sungai Besi di sini.

Kempen yang bertujuan meningkatkan kesedaran orang ramai tentang bahaya denggi itu mendapat kerjasama Reckitt Benckiser (M) Sdn. Bhd. selaku penaja.

Ismail berkata, sebanyak 6,293 kes demam denggi dicatatkan di seluruh negara dengan 3,381 daripadanya berlaku di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

''Kami berharap dengan pemberian aerosol dan ubat membunuh jentik-jentik ini, orang ramai menggunakannya sesampai saja mereka di rumah," ujarnya.

Ini kerana jelasnya, rumah yang kosong mempunyai potensi sebagai tempat pembiakan nyamuk aedes.

Beliau turut menggesa orang ramai agar meluangkan masa 10 minit setiap minggu untuk membersihkan kediaman masing-masing bagi memastikan ia bebas daripada nyamuk aedes. - Utusan

Comments

Popular posts from this blog

Risiko ikat peranakan

KEADAAN mengikat peranakan (dari kiri) dilecuhkan, ikat, potong dan klip. Peluang wanita hamil semula amat tipis biarpun jalani prosedur buka semula salur fallopian dan IVF APAKAH pilihan yang ada sekiranya selepas mengikat salur peranakan secara Bilateral Tubal Ligation (BTL), anda mengubah fikiran untuk hamil semula? Pertama melakukan prosedur Reversal of Tubal Ligation (RTL) iaitu membuka semula tiub fallopian yang diikat atau teknik Permanian Berhadas yang lebih dikenali sebagai In-Vitro Fertilization (IVF). Apapun pilihan anda, dilemanya tetap ada. Pelbagai faktor harus diambil kira termasuk emosi, mental, fizikal, peratusan kejayaan kedua-dua teknik ini yang masih rendah selain kosnya yang agak tinggi. Isu berkaitan zuriat memang cukup menyentuh emosi kerana zuriat bukan saja mampu mengukuhkan ikatan perkahwinan malah berkemungkinan menjadi penyebab keruntuhan rumah tangga. Pakar Perunding Obstetrik, Ginekologi dan Perubatan Reproduktif, Pusat Perubatan Darul Ehsa...

Cat Mesra Alam, Rendah Bau, Baik Untuk Kesihatan

Oleh Rohana Mustaffa KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Bagi mereka yang gemar menghidu bau dinding baru disapu cat, mereka tidak menyedari aroma yang agak 'mengasyikkan' ini ialah wap cat yang sebenarnya antara bahan alergi yang biasa didapati di rumah selain hama debu, bulu binatang peliharaan dan kulat. Walaupun sapuan cat baru cara paling mudah memberikan kesegaran pada suasana bilik, wap atau gas dikeluarkan dari dinding yang baru disapu cat, sebenarnya membawa risiko kepada kesihatan. Memang ada yang rasa teruja bila berada di dalam bilik yang baru menerima sapuan lapisan cat. Tetapi bagi yang lain termasuk mereka yang melakukan kerja mengecat itu sendiri, boleh mengalami pedih mata, sakit kepala selain semput nafas. Kajian menunjukkan pendedahan berlebihan terhadap 'wap' yang dihasilkan dari cat boleh menyebabkan iritasi mata dan juga masalah pernafasan. Ada juga laporan tentang risiko keguguran yang lebih tinggi, peningkatan risiko asma kanak-kanak serta ...

Hidung berdarah

Oleh Hafizah Iszahanid Masalah kerap berlaku ketika cuaca panas akibat alahan atau disebabkan sinus HIDUNG berdarah adalah masalah yang biasa dan kerap ditemui khususnya ketika cuaca kering seperti yang berlaku sekarang. Bagaimanapun, ia turut berkait rapat dengan sifat hidung itu sendiri yang memiliki banyak salur darah kecil yang menyebabkannya mudah berdarah. Udara yang keluar masuk dari dan melalui hidung pula berpotensi mengeringkan atau menjejaskan membran dalam hidung yang menyebabkannya berkeruping. Keruping ini boleh berdarah apabila digosok atau ditarik. Hidung berdarah disebabkan salur darah kecil pecah. Ada dua jenis pendarahan pada hidung, pendarahan di bahagian atas hidung atau bahagian bawah hidung. Kedudukan hidung juga mendedahkannya kepada trauma jika berlaku kecederaan pada wajah. Walaupun ada kala pendarahan itu sedikit atau hanya komplikasi kecil ada juga kes hidung berdarah sebenarnya simptom kepada masalah kesihatan lain. Pakar...