Oleh Rabi 'Atul 'Adawiyah Ismail
bhnews@bharian.com.my
RASAH: Sebanyak 144 kes demam disyaki denggi dikesan di negeri ini, termasuk 12 kes denggi berdarah dengan 28 daripada mangsa, berusia bawah 19 tahun, termasuk kanak-kanak, sepanjang Januari lalu.
Walaupun tiada kematian dicatatkan, secara purata kes demam denggi di negeri ini menunjukkan peningkatan ketara.
Situasi itu turut membimbangkan penduduk di Taman Rasah Jaya apabila kawasan perumahan mereka menjadi antara tempat pembiakan nyamuk akibat sistem perparitan yang kurang sistematik menyebabkan air tidak dapat mengalir.
Tinjauan Berita Harian ke taman perumahan lama itu mendapati kebanyakan longkang tidak dapat mengalirkan dengan lancar, menyebabkan air bertakung. Lebih memburukkan keadaan, longkang itu juga dijadikan tempat pembuangan sampah oleh segelintir penduduk yang tidak bertanggungjawab.
Difahamkan, beberapa penduduk di taman itu dijangkiti demam denggi dan Jabatan Kesihatan Daerah Seremban membuat semburan asap setiap minggu.
Penduduk, Rabiah Ahmad, 61, berkata setiap minggu wakil Jabatan Kesihatan datang melakukan semburan asap namun tidak secara menyeluruh.
"Mereka hanya membuat semburan di bahagian hadapan rumah dan jalan tertentu, bukannya keseluruhan tempat terutamanya di bahagian belakang rumah dan longkang.
"Kami sudah memaklumkan masalah ini kepada pihak berkuasa tetapi tiada tindakan diambil dan mereka masih melakukan perkara sama," dakwanya.
Penduduk, Wong Teck Kong, 66, berharap pihak berkuasa tempatan dapat membaiki longkang di kawasan itu supaya lebih sistematik dan dapat mengalir seperti biasa.
"Kami hanya mampu membersihkannya, tetapi ia akan tetap tersekat di sesetengah kawasan dan menyebabkan air bertakung lama serta menjadi tempat pembiakan nyamuk.
"Ini adalah taman perumahan lama, kebanyakan kemudahan di sini tidak lagi diselenggara dengan baik dan ada yang sudah rosak. Apa yang kami harapkan, pihak berkuasa dapat membaiki kerosakan ini demi kemudahan semua pihak," katanya.
Penduduk, Jaafar Budin, 71, berkata taman yang sudah berusia 27 tahun itu sememangnya banyak menimbulkan masalah kerana banyak kemudahan yang sudah rosak, malah ada rumah di taman itu tidak lagi diduduki dan dibiarkan kosong.
"Masalah seperti itu adalah punca nyamuk banyak di kawasan ini dan kami berharap pihak berkuasa tempatan dapat bekerjasama membantu kami membaiki infrastruktur di sini," katanya. - Berita Harian
bhnews@bharian.com.my
SEORANG penduduk menunjukkan longkang yang tersumbat dan jadi tempat biak aedes. |

Comments
Post a Comment