Skip to main content

Legakan hidung tersumbat


Dr. Balwant Singh Gendeh (tengah) bersama Dr. Tan Teik Wooi (kanan) dan Francis Del-Val menunjukkan penyembur hidung Avamys pada majlis pelancaran produk tersebut di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

HIDUNG berhingus dan tersumbat adalah tanda alahan disebabkan unsur seperti tungau debu, bulu binatang atau debunga pada saluran hidung menjadinya sakit dan bengkak.

Pensyarah Kanan, JabatanTekak dan Telinga (ENT), Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Datuk Dr. Balwant Singh Gendeh berkata, di Barat perubahan musim menyebabkan kandungan debunga yang lebih tinggi pada masa-masa tertentu menyumbang kepada masalah ini, ia dikenali sebagai 'hay fever'.

Simptomnya

Tetapi di Malaysia, faktor yang paling biasa ialah tungau debu yang menjadikan simptomnya dialami sepanjang tahun.

Katanya, dianggarkan seorang daripada tiga rakyat Malaysia mengalami sejenis alahan dengan 60 peratus daripadanya berlaku pada peringkat masih bayi iaitu sebelum usia meningkat setahun.

"Walaupun alahan jarang sekali membawa maut, kesannya kepada mereka yang mengalaminya termasuk tanda-tanda fizikal dan tekanan emosi berikutan pelbagai halangan yang membantutkan perjalanan hidup mereka .

"Walaupun begitu, kesedaran mengenai alahan di kalangan rakyat Malaysia masih agak rendah," kata Balwant.

Tambah beliau, ramai yang tidak sedar bahawa alahan tercetus atas sebab yang khusus dan kesannya boleh mengganggu aktiviti dan prestasi harian.

Disebabkan ini, ramai yang mengalami alahan tidak mendapatkan rawatan hingga menjadi serius seperti sakit kepala, sesak nafas, air hidung meleleh, gangguan tidur dan hilang tumpuan.

Tetapi kini, mereka yang sering mengalami hidung berhingus dan tersumbat kini mempunyai pilihan baru iaitu dengan penggunaan Avamys.

Ia merupakan sejenis penyembur hidung dengan reka bentuk unik dan dipaten bagi penggunaan yang lebih mudah dan berkesan.

Pengurus Hal Ehwal Perubatan di GlaxoSmithKline Pharmaceuticals bagi Malaysia, Singapura dan Brunei, Dr. Tan Teik Wooi berkata, Avamys mengurangkan serta melegakan radang pada hidung.

"Walaupun terdapat banyak jenis rawatan untuk melegakan pelbagai simptom alahan rinitis, pilihan paling berkesan untuk jangka masa panjang ialah semburan hidung yang mengandungi kortikosteroid dengan dos rendah yang dihidu terus pada hidung untuk mengawal keradangan," katanya. - Utusan

Comments

  1. Berapakah harga Avamys nasal spray?
    Dimana saya boleh dapat di kelantan.

    ReplyDelete
  2. Kalau Farmasi di Kelantan saya tak pasti.
    Tapi HUSM Kubang Kerian sudah ada bekalkan Avamys Nasal Spray ni.
    Berkenaan harganya, saya ada lihat di salah satu farmasi online di Indonesia, harganya sekitar RM 145.00++

    ReplyDelete
  3. Kalau nak tahu avamys ni dah habis macam mana?

    ReplyDelete
  4. Kalau nak tahu avamys ni dah habis macam mana?

    ReplyDelete
  5. Saya dan anak saya pengguna avamys. Tapi mana saya nak dapatkan bekalan di klang. Ada tak kesan sampingan untuk kanak-kanak 6 tahun dan 7 tahun.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Risiko ikat peranakan

KEADAAN mengikat peranakan (dari kiri) dilecuhkan, ikat, potong dan klip. Peluang wanita hamil semula amat tipis biarpun jalani prosedur buka semula salur fallopian dan IVF APAKAH pilihan yang ada sekiranya selepas mengikat salur peranakan secara Bilateral Tubal Ligation (BTL), anda mengubah fikiran untuk hamil semula? Pertama melakukan prosedur Reversal of Tubal Ligation (RTL) iaitu membuka semula tiub fallopian yang diikat atau teknik Permanian Berhadas yang lebih dikenali sebagai In-Vitro Fertilization (IVF). Apapun pilihan anda, dilemanya tetap ada. Pelbagai faktor harus diambil kira termasuk emosi, mental, fizikal, peratusan kejayaan kedua-dua teknik ini yang masih rendah selain kosnya yang agak tinggi. Isu berkaitan zuriat memang cukup menyentuh emosi kerana zuriat bukan saja mampu mengukuhkan ikatan perkahwinan malah berkemungkinan menjadi penyebab keruntuhan rumah tangga. Pakar Perunding Obstetrik, Ginekologi dan Perubatan Reproduktif, Pusat Perubatan Darul Ehsa...

Cat Mesra Alam, Rendah Bau, Baik Untuk Kesihatan

Oleh Rohana Mustaffa KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Bagi mereka yang gemar menghidu bau dinding baru disapu cat, mereka tidak menyedari aroma yang agak 'mengasyikkan' ini ialah wap cat yang sebenarnya antara bahan alergi yang biasa didapati di rumah selain hama debu, bulu binatang peliharaan dan kulat. Walaupun sapuan cat baru cara paling mudah memberikan kesegaran pada suasana bilik, wap atau gas dikeluarkan dari dinding yang baru disapu cat, sebenarnya membawa risiko kepada kesihatan. Memang ada yang rasa teruja bila berada di dalam bilik yang baru menerima sapuan lapisan cat. Tetapi bagi yang lain termasuk mereka yang melakukan kerja mengecat itu sendiri, boleh mengalami pedih mata, sakit kepala selain semput nafas. Kajian menunjukkan pendedahan berlebihan terhadap 'wap' yang dihasilkan dari cat boleh menyebabkan iritasi mata dan juga masalah pernafasan. Ada juga laporan tentang risiko keguguran yang lebih tinggi, peningkatan risiko asma kanak-kanak serta ...

Hidung berdarah

Oleh Hafizah Iszahanid Masalah kerap berlaku ketika cuaca panas akibat alahan atau disebabkan sinus HIDUNG berdarah adalah masalah yang biasa dan kerap ditemui khususnya ketika cuaca kering seperti yang berlaku sekarang. Bagaimanapun, ia turut berkait rapat dengan sifat hidung itu sendiri yang memiliki banyak salur darah kecil yang menyebabkannya mudah berdarah. Udara yang keluar masuk dari dan melalui hidung pula berpotensi mengeringkan atau menjejaskan membran dalam hidung yang menyebabkannya berkeruping. Keruping ini boleh berdarah apabila digosok atau ditarik. Hidung berdarah disebabkan salur darah kecil pecah. Ada dua jenis pendarahan pada hidung, pendarahan di bahagian atas hidung atau bahagian bawah hidung. Kedudukan hidung juga mendedahkannya kepada trauma jika berlaku kecederaan pada wajah. Walaupun ada kala pendarahan itu sedikit atau hanya komplikasi kecil ada juga kes hidung berdarah sebenarnya simptom kepada masalah kesihatan lain. Pakar...