Skip to main content

Sentral: 193 kes denggi dalam tiga minggu

MBSA adakan pemeriksaan 2,220 premis, 108 kes positif

SHAH ALAM: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menerima 193 laporan kes demam denggi di seluruh kawasan pentadbirannya sepanjang tiga minggu pertama Januari lalu.

Daripada jumlah itu, 86 kes disahkan positif menghidap demam denggi, 77 membabitkan kes demam denggi (DD), manakala sembilan kes demam denggi berdarah (DDB).

Pegawai Perhubungan Awam MBSA, Shahrin Ahmad, berkata antara kawasan yang dikenal pasti mencatatkan bilangan kes demam denggi yang tinggi ialah Seksyen U2 (TTDI Jaya), Seksyen U7, Seksyen U12 (Desa Alam) dan Seksyen 7.

Sepanjang tempoh sama, katanya, MBSA membuat pemantauan dan mengadakan pemeriksaan di 2,220 premis, termasuk rumah kediaman, kedai, sekolah, kilang, tadika, tapak binaan, projek perumahan terbengkalai, tempat pembuangan sampah, taman permainan dan rekreasi serta tempat yang berpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes.

"Hasil pemeriksaan mendapati 108 premis positif menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes dan mengeluarkan 69 kompaun mengikut Akta Kerajaan Tempatan 1976 (AKT 1976). Mereka yang sabit kesalahan boleh dikenakan kompaun RM500.
"Kami juga melakukan semburan kabus di 39,745 premis untuk mengawal pembiakan Aedes daripada merebak. Langkah proaktif ini selaras arahan kerajaan supaya pihak berkuasa tempatan mengambil langkah pencegahan awal bagi memastikan tempat pembiakan aedes dihapuskan," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Shahrin berkata, daripada pemerhatian pihaknya, punca utama pembiakan Aedes adalah disebabkan sikap cuai masyarakat yang gagal menjaga persekitaran kediaman dengan baik apabila sampah sarap seperti tin dan botol tidak dibuang secara sempurna, selain membiarkan kolah mandi dan pam tandas bertakung.

Sehubungan itu, katanya, MBSA menggalakkan penduduk mengadakan gotong-royong secara berkala untuk membersihkan kawasan kediaman seperti membersihkan longkang dan semak-samun.

Katanya, MBSA terbabit secara langsung untuk menyediakan tenaga kerja dan pelbagai peralatan gotong-royong seperti lori sampah, penyapu, sabit, parang dan cangkul.
"MBSA juga kerap mengadakan komunikasi secara bersemuka iaitu memberi ceramah atau dialog bersama penduduk, mengadakan perbincangan kecil bersama penduduk dan pekedai untuk berbincang mengenai bahaya aedes serta langkah pencegahan.

"Penjualan `abate' di tempat awam seperti stesen minyak, pasar raya (bahagian racun serangga), kedai, kedai perkakasan juga digalakkan bagi memudahkan orang ramai mendapatkannya untuk membasmi aedes," katanya. - Berita Harian

Comments

Popular posts from this blog

Risiko ikat peranakan

KEADAAN mengikat peranakan (dari kiri) dilecuhkan, ikat, potong dan klip. Peluang wanita hamil semula amat tipis biarpun jalani prosedur buka semula salur fallopian dan IVF APAKAH pilihan yang ada sekiranya selepas mengikat salur peranakan secara Bilateral Tubal Ligation (BTL), anda mengubah fikiran untuk hamil semula? Pertama melakukan prosedur Reversal of Tubal Ligation (RTL) iaitu membuka semula tiub fallopian yang diikat atau teknik Permanian Berhadas yang lebih dikenali sebagai In-Vitro Fertilization (IVF). Apapun pilihan anda, dilemanya tetap ada. Pelbagai faktor harus diambil kira termasuk emosi, mental, fizikal, peratusan kejayaan kedua-dua teknik ini yang masih rendah selain kosnya yang agak tinggi. Isu berkaitan zuriat memang cukup menyentuh emosi kerana zuriat bukan saja mampu mengukuhkan ikatan perkahwinan malah berkemungkinan menjadi penyebab keruntuhan rumah tangga. Pakar Perunding Obstetrik, Ginekologi dan Perubatan Reproduktif, Pusat Perubatan Darul Ehsa...

Cat Mesra Alam, Rendah Bau, Baik Untuk Kesihatan

Oleh Rohana Mustaffa KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Bagi mereka yang gemar menghidu bau dinding baru disapu cat, mereka tidak menyedari aroma yang agak 'mengasyikkan' ini ialah wap cat yang sebenarnya antara bahan alergi yang biasa didapati di rumah selain hama debu, bulu binatang peliharaan dan kulat. Walaupun sapuan cat baru cara paling mudah memberikan kesegaran pada suasana bilik, wap atau gas dikeluarkan dari dinding yang baru disapu cat, sebenarnya membawa risiko kepada kesihatan. Memang ada yang rasa teruja bila berada di dalam bilik yang baru menerima sapuan lapisan cat. Tetapi bagi yang lain termasuk mereka yang melakukan kerja mengecat itu sendiri, boleh mengalami pedih mata, sakit kepala selain semput nafas. Kajian menunjukkan pendedahan berlebihan terhadap 'wap' yang dihasilkan dari cat boleh menyebabkan iritasi mata dan juga masalah pernafasan. Ada juga laporan tentang risiko keguguran yang lebih tinggi, peningkatan risiko asma kanak-kanak serta ...

Hidung berdarah

Oleh Hafizah Iszahanid Masalah kerap berlaku ketika cuaca panas akibat alahan atau disebabkan sinus HIDUNG berdarah adalah masalah yang biasa dan kerap ditemui khususnya ketika cuaca kering seperti yang berlaku sekarang. Bagaimanapun, ia turut berkait rapat dengan sifat hidung itu sendiri yang memiliki banyak salur darah kecil yang menyebabkannya mudah berdarah. Udara yang keluar masuk dari dan melalui hidung pula berpotensi mengeringkan atau menjejaskan membran dalam hidung yang menyebabkannya berkeruping. Keruping ini boleh berdarah apabila digosok atau ditarik. Hidung berdarah disebabkan salur darah kecil pecah. Ada dua jenis pendarahan pada hidung, pendarahan di bahagian atas hidung atau bahagian bawah hidung. Kedudukan hidung juga mendedahkannya kepada trauma jika berlaku kecederaan pada wajah. Walaupun ada kala pendarahan itu sedikit atau hanya komplikasi kecil ada juga kes hidung berdarah sebenarnya simptom kepada masalah kesihatan lain. Pakar...