Skip to main content

Sindrom prahaid boleh diatasi


Wanita dapat memperbaiki kehidupannya dan jika berpandangan positif dan mengamalkan penjagaan kesihatan serta kebersihan yang betul ketika haid. - Gambar hiasan.


USAH nak ambil pekerja wanita. Mereka banyak ambil cuti sakit. Datang haid pun pelbagai masalah yang dihadapi. Ini menyusahkan pekerja yang lain.

Jadual kerja terpaksa disusun semula," keluh seorang majikan lelaki. Benarkah perkara ini berlaku?

Kedatangan haid setiap bulan adalah semula jadi dalam kehidupan seorang wanita normal. Ia tidak sewajarnya menjadi perkara yang membelenggu diri dengan pegangan tafsiran fikiran yang sempit mahupun bersikap negatif.

Namun, tidak dinafikan keadaan ini menyebabkan jadual seharian terganggu. Setiap wanita juga sepatutnya membuang tanggapan kedatangan haid setiap bulan sesuatu yang membebankan atau menyusahkan, sebaliknya perlu menerima kenyataan bahawa haid adalah sebahagian daripada kehidupan wanita dan perlu melalui semua itu.

Paling penting, elakkan diri atau cuba atasi dengan baik masalah premenstrual syndrome (PMS) atau sindrom prahaid yang dialami. Ini kerana PMS bukanlah penyakit, tetapi lebih kepada bagaimana wanita itu mengendalikan perasaan dan dirinya sendiri.

Pada masa sama, wanita perlu mengamalkan kaedah perlindungan kebersihan yang baik kerana ia penting bagi membentuk keyakinan, keceriaan dan kebebasan untuk melakukan apa yang mereka ingin ketika haid.

Hakikatnya, wanita dapat memperbaiki kehidupannya dan lebih berkeyakinan jika mengamalkan penjagaan kesihatan serta kebersihan yang betul. Di samping itu, mereka perlu mengekalkan emosi yang seimbang ketika kedatangan haid.

Kajian baru-baru ini di Australia, Hong Kong, Pakistan dan Thailand, mendapati bahawa satu dalam lima wanita menghidap PMS. Angka ini berbeza agak banyak dari satu negara ke negara lain dengan kelaziman tertinggi diperhatikan di Australia (43 peratus) dan yang terendah di Pakistan (13 peratus).

Kajian itu juga menunjukkan bahawa sehingga 4 peratus wanita menghidap jenis PMS yang lebih teruk, dipanggil kecelaruan disforik prahaid (premenstrual dysphoric disorder, PMDD).

Kajian tersebut dijalankan dengan penyertaan 1,602 wanita berumur antara 15 dan 49 tahun di Australia, Hong Kong, Pakistan dan Thailand, merupakan yang pertama menentukan kelaziman PMS dan PMDD di Asia Pasifik.

PMS adalah suatu kecelaruan biasa yang dikaitkan dengan perubahan hormon akibat kitaran haid dan menjejaskan wanita pada usia biak mereka, lazimnya berumur antara 25 dan 352. Bagi ramai wanita simptom PMS biasa yang dialami tujuh hingga 10 hari sebelum haid termasuk sakit kepala, kekejangan abdomen, lesu, kembung, mengidam makanan, selera bertambah dan gangguan tidur. Sesetengah wanita juga mengalami simptom emosi seperti perubahan perasaan, keresahan dan kemurungan. PMS, dalam bentuknya yang lebih teruk, dipanggil PMDD, dan boleh menjadi cukup serius untuk memberi kesan negatif kepada perhubungan seorang wanita, aktiviti sosial dan produktiviti kerjanya.

Mengulas bahawa PMS adalah suatu keadaan perubatan biasa yang dihidap oleh jutaan wanita di seluruh dunia ketiga termasuk Malaysia, pakar obstetrik dan ginekologi, Profesor Jamiyah Hassan, berkata, apabila simptom-simptom ini menjadi cukup teruk sehingga menghalang aktiviti harian seorang wanita atau mempunyai kesan mudarat terhadap pandangan dan perhubungan hidupnya, mereka perlu mendapatkan bantuan perubatan.

Malangnya, kebanyakan wanita seperti ini menderita dalam senyap setiap bulan dan tidak berjumpa doktor untuk mengurus simptom itu dengan lebih baik.

Apa pandangan pakar?


"Kajian menunjukkan bahawa PMS menjejaskan wanita dalam prestasi kerja, pengurusan rumah serta perhubungan dengan keluarga dan pasangan mereka.

"Dan 63 peratus penghidap PMS tidak pernah berjumpa doktor untuk simptom mereka, manakala 44 peratus penghidap PMDD tidak pernah langsung berbuat demikian," katanya pada majlis pelancaran YAZ oleh Bayer Schering Pharma.

Ia merupakan satu lagi inovasi kontraseptif pertama dan tunggal yang terbukti secara klinikal boleh mengurangkan sindrom prahaid kedua.

Tambah Prof Jamiyah, ramai wanita di Asia Pasifik percaya bahawa PMS adalah pelopor 'normal' bagi haid, atau ia hanya suatu perkara yang mesti bagi seorang wanita.

Ini suatu persepsi yang sangat merosakkan kerana ia menghalang wanita daripada mencari dan mendapatkan kelegaan untuk ketegangan yang dialami.

"Kini, pengurusan PMS atau PMDD sepatutnya lebih daripada kelegaan sementara simptom itu sahaja kerana wanita moden yang aktif ingin menikmati kebebasan untuk menjadi diri mereka setiap hari dalam setiap bulan.

Sebagai pakar penjagaan kesihatan profesional, kami mengalu-alukan pilihan baru yang boleh membebaskan pesakit daripada simptom PMS dan PMDD yang menyedihkan itu supaya mereka boleh menikmati kualiti hidup yang lebih baik," tambah beliau.

Dalam pada itu, pengenalan YAZ dijangka memberi kelegaan kepada wanita Malaysia yang menghidap simptom prahaid fizikal dan emosi yang teruk setiap bulan.

YAZ diluluskan di Malaysia sebagai suatu kontraseptif oral, untuk merawat simptom emosi dan fizikal akibat kecelaruan disforik prahaid (premenstrual dysphoric disorder) sesuai dengan gaya hidup wanita moden.

Sementara itu, Profesor Lee P. Shulman dari Sekolah Perubatan Feinberg, Universiti Northwestern di Chicago, berkata, dengan pil hormon aktif baru itu, terdapat pengurangan turun naik paras hormon sepanjang kitaran bulanan wanita yang boleh membantu mengurangkan simptom berkaitan dengan PMS teruk sehingga 50 peratus.

"Dengan kemajuan dalam rawatan PMS dan PMDD, wanita perlu berjumpa pakar perubatan profesional mereka bagi menilai pilihan terbaik untuk merawat simptom prahaid mereka supaya mereka boleh menikmati kualiti hidup yang lebih baik," ujar beliau. - Utusan

Comments

Popular posts from this blog

Risiko ikat peranakan

KEADAAN mengikat peranakan (dari kiri) dilecuhkan, ikat, potong dan klip. Peluang wanita hamil semula amat tipis biarpun jalani prosedur buka semula salur fallopian dan IVF APAKAH pilihan yang ada sekiranya selepas mengikat salur peranakan secara Bilateral Tubal Ligation (BTL), anda mengubah fikiran untuk hamil semula? Pertama melakukan prosedur Reversal of Tubal Ligation (RTL) iaitu membuka semula tiub fallopian yang diikat atau teknik Permanian Berhadas yang lebih dikenali sebagai In-Vitro Fertilization (IVF). Apapun pilihan anda, dilemanya tetap ada. Pelbagai faktor harus diambil kira termasuk emosi, mental, fizikal, peratusan kejayaan kedua-dua teknik ini yang masih rendah selain kosnya yang agak tinggi. Isu berkaitan zuriat memang cukup menyentuh emosi kerana zuriat bukan saja mampu mengukuhkan ikatan perkahwinan malah berkemungkinan menjadi penyebab keruntuhan rumah tangga. Pakar Perunding Obstetrik, Ginekologi dan Perubatan Reproduktif, Pusat Perubatan Darul Ehsa...

Yang Antah perlu bantuan rawat mata

Oleh Siti Haliza Yusop shyusop@bharian.com.my Yang Antah Afiqa bersama ibunya, Mislizam Dzulkifli. Bapa terpaksa jual kereta biayai perubatan KUALA LUMPUR: Seorang bapa merayu simpati orang ramai bagi membolehkan anaknya Yang Antah Afiqah, 5, yang menghidap masalah kornea mata sejak kecil menjalani rawatan segera agar dapat melihat dengan lebih jelas seperti kanak-kanak lain. Mohd Kamarulzaman Ismail, 48, berkata sejak anaknya itu dimasukkan ke hospital, beliau terpaksa menjual kereta jenis Nissan Sunny miliknya untuk digunakan bagi menanggung pembiayaan mengubati penyakit anaknya itu. “Penjualan kereta Nissan Sunny berjumlah lebih RM2,000 itu, digunakan sebagai pembiayaan pembedahan serta pembelian lensa mata kanan dan kiri selain menanggung perbelanjaan berulang-alik dari hospital supaya anaknya itu dapat menjalani rawatan susulan. “Saya juga turut berharap sumbangan dari kenalan yang turut bersimpati dengan nasib saya yang perlu menangg...

Cat Mesra Alam, Rendah Bau, Baik Untuk Kesihatan

Oleh Rohana Mustaffa KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Bagi mereka yang gemar menghidu bau dinding baru disapu cat, mereka tidak menyedari aroma yang agak 'mengasyikkan' ini ialah wap cat yang sebenarnya antara bahan alergi yang biasa didapati di rumah selain hama debu, bulu binatang peliharaan dan kulat. Walaupun sapuan cat baru cara paling mudah memberikan kesegaran pada suasana bilik, wap atau gas dikeluarkan dari dinding yang baru disapu cat, sebenarnya membawa risiko kepada kesihatan. Memang ada yang rasa teruja bila berada di dalam bilik yang baru menerima sapuan lapisan cat. Tetapi bagi yang lain termasuk mereka yang melakukan kerja mengecat itu sendiri, boleh mengalami pedih mata, sakit kepala selain semput nafas. Kajian menunjukkan pendedahan berlebihan terhadap 'wap' yang dihasilkan dari cat boleh menyebabkan iritasi mata dan juga masalah pernafasan. Ada juga laporan tentang risiko keguguran yang lebih tinggi, peningkatan risiko asma kanak-kanak serta ...