Skip to main content

Melaka & Negeri Sembilan: 74 kes baru denggi

Negeri Sembilan catat peningkatan 1 hingga 23 Januari lalu

SEREMBAN: Kes denggi kembali 'menyerang' negeri ini berikutan sudah ada tanda berlaku peningkatan mendadak penyakit sejak tiga minggu lalu.

Ia berikutan sebanyak 74 kes denggi, termasuk lapan kes demam denggi berdarah dikesan antara 1 hingga 23 Januari lalu.

Pengarah Kesihatan Negeri Sembilan, Datin Dr Zailan Adnan, berkata perkembangan mingguan denggi sejak tiga minggu lalu mendapati kes meningkat melebihi paras maksimum yang ditetapkan, iaitu 18 kes seminggu.

Pada minggu ketiga Januari, katanya, sebanyak 29 kes denggi dilaporkan di negeri ini dan dikhuatiri akan terus meningkat jika langkah pencegahan agresif tidak dijalankan.

“Lokasi utama kes denggi adalah kawasan bandar dengan Seremban mempunyai bilangan kes paling banyak, iaitu 3,808 kes, diikuti Port Dickson (1,957 kes), Jempol (1,531 kes), Tampin (1,107 kes), Jelebu (880 kes), Kuala Pilah (792 kes) dan Rembau (707 kes),” katanya.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, baru-baru ini menyatakan kebimbangan dengan peningkatan berterusan kes demam denggi dengan jumlah kematian sejak setahun lalu mencecah 90 orang.

Malah, 940 kes demam denggi dengan dua kematian dilaporkan dalam minggu pertama tahun ini di seluruh negara, tambahan 60 kes berbanding minggu sebelum itu.

Pada November tahun lalu, Kementerian Kesihatan juga mengeluarkan amaran denggi kepada semua Pengarah Kesihatan Negeri.

Di Negeri Sembilan, jumlah kes denggi pada minggu ketiga meningkat 16 peratus berbanding minggu kedua.
Dr Zailan berkata, Jabatan Kesihatan bertindak segera bagi menangani denggi daripada terus merebak dengan membuat pemeriksaan membabitkan 10,782 premis dan daripada jumlah itu, 244 premis dikesan menjadi tempat pembiakan jentik-jentik.

Katanya, kawasan yang tinggi pembiakan Aedes ialah kediaman, sekolah dan tanah kosong, manakala tempat pembiakan utama ditemui jentik-jentik adalah dalam pasu bunga, baldi dan kolam mandi.

Sehubungan itu, Jabatan Kesihatan mengeluarkan 39 kompaun, 69 notis dan dua amaran kepada pemilik premis terbabit kerana membiarkan pembiakan jentik-jentik, tetapi setakat ini belum ada tindakan mahkamah diambil dan tiada premis diarahkan tutup.

Selain itu, katanya, Jabatan Kesihatan melakukan semburan asap terhadap 84,383 premis dan turut mengadakan 20 aktiviti gotong royong membabitkan masyarakat.

“Jabatan Kesihatan juga menggerakkan kakitangan dari daerah lain untuk membantu aktiviti gerak gempur denggi di daerah ini dan meminta masyarakat supaya mengambil tindakan proaktif dengan memeriksa premis masing-masing selama 10 minit setiap minggu dan memusnahkan tempat pembiakan aedes," katanya.

Dr Zailan turut menasihat orang ramai menggunakan bahan pembunuh jentik-jentik dalam bekas atau takungan air dan mendapatkan rawatan awal sebaik menghidap demam untuk mengelakkan demam melarat hingga boleh membahayakan nyawa.

"Saya juga meminta pengamal perubatan swasta dan klinik kesihatan kerajaan supaya membuat diagnosis awal denggi berpandukan garis panduan denggi terkini.

"Mereka juga perlu segera melaporkan dalam tempoh 24 jam kepada Pejabat Kesihatan daerah jika ada kes yang disyaki denggi supaya tindakan kawalan dapat dilakukan," katanya. - Berita Harian

Comments

Popular posts from this blog

Risiko ikat peranakan

KEADAAN mengikat peranakan (dari kiri) dilecuhkan, ikat, potong dan klip. Peluang wanita hamil semula amat tipis biarpun jalani prosedur buka semula salur fallopian dan IVF APAKAH pilihan yang ada sekiranya selepas mengikat salur peranakan secara Bilateral Tubal Ligation (BTL), anda mengubah fikiran untuk hamil semula? Pertama melakukan prosedur Reversal of Tubal Ligation (RTL) iaitu membuka semula tiub fallopian yang diikat atau teknik Permanian Berhadas yang lebih dikenali sebagai In-Vitro Fertilization (IVF). Apapun pilihan anda, dilemanya tetap ada. Pelbagai faktor harus diambil kira termasuk emosi, mental, fizikal, peratusan kejayaan kedua-dua teknik ini yang masih rendah selain kosnya yang agak tinggi. Isu berkaitan zuriat memang cukup menyentuh emosi kerana zuriat bukan saja mampu mengukuhkan ikatan perkahwinan malah berkemungkinan menjadi penyebab keruntuhan rumah tangga. Pakar Perunding Obstetrik, Ginekologi dan Perubatan Reproduktif, Pusat Perubatan Darul Ehsa...

Cat Mesra Alam, Rendah Bau, Baik Untuk Kesihatan

Oleh Rohana Mustaffa KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Bagi mereka yang gemar menghidu bau dinding baru disapu cat, mereka tidak menyedari aroma yang agak 'mengasyikkan' ini ialah wap cat yang sebenarnya antara bahan alergi yang biasa didapati di rumah selain hama debu, bulu binatang peliharaan dan kulat. Walaupun sapuan cat baru cara paling mudah memberikan kesegaran pada suasana bilik, wap atau gas dikeluarkan dari dinding yang baru disapu cat, sebenarnya membawa risiko kepada kesihatan. Memang ada yang rasa teruja bila berada di dalam bilik yang baru menerima sapuan lapisan cat. Tetapi bagi yang lain termasuk mereka yang melakukan kerja mengecat itu sendiri, boleh mengalami pedih mata, sakit kepala selain semput nafas. Kajian menunjukkan pendedahan berlebihan terhadap 'wap' yang dihasilkan dari cat boleh menyebabkan iritasi mata dan juga masalah pernafasan. Ada juga laporan tentang risiko keguguran yang lebih tinggi, peningkatan risiko asma kanak-kanak serta ...

Hidung berdarah

Oleh Hafizah Iszahanid Masalah kerap berlaku ketika cuaca panas akibat alahan atau disebabkan sinus HIDUNG berdarah adalah masalah yang biasa dan kerap ditemui khususnya ketika cuaca kering seperti yang berlaku sekarang. Bagaimanapun, ia turut berkait rapat dengan sifat hidung itu sendiri yang memiliki banyak salur darah kecil yang menyebabkannya mudah berdarah. Udara yang keluar masuk dari dan melalui hidung pula berpotensi mengeringkan atau menjejaskan membran dalam hidung yang menyebabkannya berkeruping. Keruping ini boleh berdarah apabila digosok atau ditarik. Hidung berdarah disebabkan salur darah kecil pecah. Ada dua jenis pendarahan pada hidung, pendarahan di bahagian atas hidung atau bahagian bawah hidung. Kedudukan hidung juga mendedahkannya kepada trauma jika berlaku kecederaan pada wajah. Walaupun ada kala pendarahan itu sedikit atau hanya komplikasi kecil ada juga kes hidung berdarah sebenarnya simptom kepada masalah kesihatan lain. Pakar...