Skip to main content

Khasiat glukosamin untuk sendi


Sendi tulang.

Ibu saya yang berusia 60 tahun mengalami masalah sendi sehingga menjejaskan pergerakannya. Sekiranya masalah itu sejenis penyakit akibat penuaan, mengapakah suami saya yang dalam pertengahan usia juga mula mengalami simptom yang sama sejak kebelakangan ini?
Malah doktor turut mengesyorkan glukosamin untuk masalah tersebut. 

Jawapan:

Setelah mencapai umur 65 tahun, kira-kira 60 peratus lelaki dan 70 peratus wanita akan mengalami osteoartritis. Penyakit yang berkait dengan penuaan dan kecederaan itu paling biasa dialami.

Osteoartritis dicirikan melalui kemerosotan tisu rawan yang bertindak sebagai kusyen pelindung.

Apabila tisu rawan merosot, tulang-tulang akan bergesel di antara satu sama lain. Pergeselan yang berterusan pada bahagian sendi yang terbabit akan menyebabkan berlakunya hakisan lalu menimbulkan kesakitan pada sendi.

Bahagian yang sering terjejas adalah tangan dan sendi yang memikul berat seperti lutut, pinggul, jari dan tulang belakang.

Selain faktor usia, beberapa faktor lain juga perlu diambil kira. Berat badan berlebihan atau obesiti, jenis pekerjaan seseorang itu seperti ahli sukan atau mereka yang bergiat aktif dalam aktiviti fizikal juga tergolong dalam golongan yang berisiko lebih tinggi.

Mengurangkan berat badan juga merupakan langkah penting untuk individu yang mengalami masalah osteoartritis (sekiranya berat badan berlebihan). Ini kerana berat badan berlebihan memberi tekanan yang berlebihan pada sendi yang menampung berat terutamanya lutut, pinggul dan tumit.

Glukosamin adalah preskripsi lazim untuk menangani masalah osteoartritis. Badan boleh menghasilkan sejumlah kecil glukosamin, iaitu molekul ringkas yang mengandungi glukosa, yang biasanya didapati dengan banyaknya pada bahagian sendi dan tisu penyambung.

Kajian menunjukkan bahawa glukosamin berkesan dalam melegakan kesakitan dan keradangan akibat osteoartritis di samping membantu meningkatkan kualiti pergerakan serta memulihara rawan.

Banyak kajian telah menyelidik potensi penggunaan glukosamin sulfat dalam menangani permasalahan osteoartritis. Ini termasuklah memulihkan fungsi dan melegakan simptom osteoartritis. Kajian juga memperlihatkan bahawa pengambilan glukosamin membantu melewatkan kemerosotan yang lebih serius.

Kini banyak bukti yang menyokong penggunaan glukosamin sulfat. Dos sebanyak 1,500 miligram yang diambil secara oral setiap hari didapati memberi kesan yang ketara dalam mengurangkan tahap masalah osteoartritis dan melegakan simptom-simptom yang dialami. - Utusan

Comments

Popular posts from this blog

Risiko ikat peranakan

KEADAAN mengikat peranakan (dari kiri) dilecuhkan, ikat, potong dan klip. Peluang wanita hamil semula amat tipis biarpun jalani prosedur buka semula salur fallopian dan IVF APAKAH pilihan yang ada sekiranya selepas mengikat salur peranakan secara Bilateral Tubal Ligation (BTL), anda mengubah fikiran untuk hamil semula? Pertama melakukan prosedur Reversal of Tubal Ligation (RTL) iaitu membuka semula tiub fallopian yang diikat atau teknik Permanian Berhadas yang lebih dikenali sebagai In-Vitro Fertilization (IVF). Apapun pilihan anda, dilemanya tetap ada. Pelbagai faktor harus diambil kira termasuk emosi, mental, fizikal, peratusan kejayaan kedua-dua teknik ini yang masih rendah selain kosnya yang agak tinggi. Isu berkaitan zuriat memang cukup menyentuh emosi kerana zuriat bukan saja mampu mengukuhkan ikatan perkahwinan malah berkemungkinan menjadi penyebab keruntuhan rumah tangga. Pakar Perunding Obstetrik, Ginekologi dan Perubatan Reproduktif, Pusat Perubatan Darul Ehsa...

Cat Mesra Alam, Rendah Bau, Baik Untuk Kesihatan

Oleh Rohana Mustaffa KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Bagi mereka yang gemar menghidu bau dinding baru disapu cat, mereka tidak menyedari aroma yang agak 'mengasyikkan' ini ialah wap cat yang sebenarnya antara bahan alergi yang biasa didapati di rumah selain hama debu, bulu binatang peliharaan dan kulat. Walaupun sapuan cat baru cara paling mudah memberikan kesegaran pada suasana bilik, wap atau gas dikeluarkan dari dinding yang baru disapu cat, sebenarnya membawa risiko kepada kesihatan. Memang ada yang rasa teruja bila berada di dalam bilik yang baru menerima sapuan lapisan cat. Tetapi bagi yang lain termasuk mereka yang melakukan kerja mengecat itu sendiri, boleh mengalami pedih mata, sakit kepala selain semput nafas. Kajian menunjukkan pendedahan berlebihan terhadap 'wap' yang dihasilkan dari cat boleh menyebabkan iritasi mata dan juga masalah pernafasan. Ada juga laporan tentang risiko keguguran yang lebih tinggi, peningkatan risiko asma kanak-kanak serta ...

Hidung berdarah

Oleh Hafizah Iszahanid Masalah kerap berlaku ketika cuaca panas akibat alahan atau disebabkan sinus HIDUNG berdarah adalah masalah yang biasa dan kerap ditemui khususnya ketika cuaca kering seperti yang berlaku sekarang. Bagaimanapun, ia turut berkait rapat dengan sifat hidung itu sendiri yang memiliki banyak salur darah kecil yang menyebabkannya mudah berdarah. Udara yang keluar masuk dari dan melalui hidung pula berpotensi mengeringkan atau menjejaskan membran dalam hidung yang menyebabkannya berkeruping. Keruping ini boleh berdarah apabila digosok atau ditarik. Hidung berdarah disebabkan salur darah kecil pecah. Ada dua jenis pendarahan pada hidung, pendarahan di bahagian atas hidung atau bahagian bawah hidung. Kedudukan hidung juga mendedahkannya kepada trauma jika berlaku kecederaan pada wajah. Walaupun ada kala pendarahan itu sedikit atau hanya komplikasi kecil ada juga kes hidung berdarah sebenarnya simptom kepada masalah kesihatan lain. Pakar...