TASEK GELUGOR: Kerajaan bercadang menambah Klinik 1Malaysia jika 50 klinik sedia ada di seluruh negara tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan pesakit.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, berkata ini berikutan sambutan menggalakkan selain bagi meningkatkan kualiti kehidupan rakyat di negara ini.
“Klinik 1Malaysia mendapat sambutan baik kerana menyediakan perkhidmatan terbaik dengan harga murah, sesuai bagi penduduk berpendapatan rendah,” katanya selepas melawat Klinik 1Malaysia Teluk Air Tawar di sini, semalam.
Nor Mohamed berkata, Klinik 1Malaysia Teluk Air Tawar yang dibuka sejak awal bulan lalu adalah klinik keenam di Pulau Pinang.
“Ia mengendalikan 60 pesakit setiap hari dengan tiga kakitangan yang bertugas secara bergilir mulai jam 9 pagi hingga 10 malam,” katanya. - Berita Harian

Comments
Post a Comment