Skip to main content

Pesakit kanser diminta berwaspada


Zuraidah Atan (kanan) bersama Penny Williams dan pesakit-pesakit kanser memegang cawan teh pada majlis Jamuan Teh Malaysia di Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia, Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 13 Ogos - Pesakit dan bekas pesakit kanser di seluruh negara perlu sentiasa berwaspada terhadap jangkitan wabak selesema babi atau influenza A (H1N1) kerana tahap imuniti mereka rendah.

Penasihat Kehormat Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia (NCSM), Datuk Zuraidah Atan berkata, para pesakit dan bekas pesakit kanser perlu mengurangkan aktiviti di luar rumah selain menjaga kebersihan diri mengikut saranan Kementerian Kesihatan.

''Tidak kiralah kanser apa pun yang dihidapi oleh seseorang itu, ia menyebabkan imuniti pesakit berkenaan menjadi rendah.

''Oleh itu, mereka perlu menjaga kebersihan diri dan mengamalkan langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan diri daripada dijangkiti H1N1,'' katanya.

Zuraidah berkata demikian ketika ditemui pada majlis Jamuan Teh Malaysia di bangunan NCSM di Jalan Raja Muda Abdul Aziz di sini hari ini.

Jamuan berkenaan adalah anjuran NCSM, Persatuan Kebajikan Payu Dara (BCWA) dan pejabat Pesuruhjaya Tinggi Australia di Malaysia.

Jelas beliau, setiap tahun, lebih 40,000 kes baru kanser dikesan di negara ini dan ia merangkumi pelbagai jenis kanser.

''Malah, wanita semuda 20-an juga boleh mendapat kanser payu dara berbanding pada zaman dulu yang mana hanya wanita berumur yang diserang kanser tersebut.

''Justeru, kesedaran mengenai penyakit kanser adalah penting di kalangan masyarakat dan ia merupakan salah satu daripada matlamat jamuan teh hari ini,'' katanya.

Mengulas mengenai sasaran dana yang akan dikumpulkan menerusi penganjuran pertama jamuan teh itu, Zuraidah berkata, tidak ada sebarang jumlah sasaran ditetapkan.

''Namun, jika boleh kami ingin mengumpulkan seberapa banyak dana yang boleh. Wang yang dikumpulkan akan disalurkan kepada dua badan iaitu NCSM dan BCWA,'' katanya.

Turut hadir pada majlis itu ialah personaliti terkenal Chef Wan yang menderma RM10,000 untuk NCSM selain menyumbangkan 200 buah buku masakan beliau untuk dijual pada harga RM60 sebuah. - Utusan.

Comments

Popular posts from this blog

Risiko ikat peranakan

KEADAAN mengikat peranakan (dari kiri) dilecuhkan, ikat, potong dan klip. Peluang wanita hamil semula amat tipis biarpun jalani prosedur buka semula salur fallopian dan IVF APAKAH pilihan yang ada sekiranya selepas mengikat salur peranakan secara Bilateral Tubal Ligation (BTL), anda mengubah fikiran untuk hamil semula? Pertama melakukan prosedur Reversal of Tubal Ligation (RTL) iaitu membuka semula tiub fallopian yang diikat atau teknik Permanian Berhadas yang lebih dikenali sebagai In-Vitro Fertilization (IVF). Apapun pilihan anda, dilemanya tetap ada. Pelbagai faktor harus diambil kira termasuk emosi, mental, fizikal, peratusan kejayaan kedua-dua teknik ini yang masih rendah selain kosnya yang agak tinggi. Isu berkaitan zuriat memang cukup menyentuh emosi kerana zuriat bukan saja mampu mengukuhkan ikatan perkahwinan malah berkemungkinan menjadi penyebab keruntuhan rumah tangga. Pakar Perunding Obstetrik, Ginekologi dan Perubatan Reproduktif, Pusat Perubatan Darul Ehsa...

Cat Mesra Alam, Rendah Bau, Baik Untuk Kesihatan

Oleh Rohana Mustaffa KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Bagi mereka yang gemar menghidu bau dinding baru disapu cat, mereka tidak menyedari aroma yang agak 'mengasyikkan' ini ialah wap cat yang sebenarnya antara bahan alergi yang biasa didapati di rumah selain hama debu, bulu binatang peliharaan dan kulat. Walaupun sapuan cat baru cara paling mudah memberikan kesegaran pada suasana bilik, wap atau gas dikeluarkan dari dinding yang baru disapu cat, sebenarnya membawa risiko kepada kesihatan. Memang ada yang rasa teruja bila berada di dalam bilik yang baru menerima sapuan lapisan cat. Tetapi bagi yang lain termasuk mereka yang melakukan kerja mengecat itu sendiri, boleh mengalami pedih mata, sakit kepala selain semput nafas. Kajian menunjukkan pendedahan berlebihan terhadap 'wap' yang dihasilkan dari cat boleh menyebabkan iritasi mata dan juga masalah pernafasan. Ada juga laporan tentang risiko keguguran yang lebih tinggi, peningkatan risiko asma kanak-kanak serta ...

Hidung berdarah

Oleh Hafizah Iszahanid Masalah kerap berlaku ketika cuaca panas akibat alahan atau disebabkan sinus HIDUNG berdarah adalah masalah yang biasa dan kerap ditemui khususnya ketika cuaca kering seperti yang berlaku sekarang. Bagaimanapun, ia turut berkait rapat dengan sifat hidung itu sendiri yang memiliki banyak salur darah kecil yang menyebabkannya mudah berdarah. Udara yang keluar masuk dari dan melalui hidung pula berpotensi mengeringkan atau menjejaskan membran dalam hidung yang menyebabkannya berkeruping. Keruping ini boleh berdarah apabila digosok atau ditarik. Hidung berdarah disebabkan salur darah kecil pecah. Ada dua jenis pendarahan pada hidung, pendarahan di bahagian atas hidung atau bahagian bawah hidung. Kedudukan hidung juga mendedahkannya kepada trauma jika berlaku kecederaan pada wajah. Walaupun ada kala pendarahan itu sedikit atau hanya komplikasi kecil ada juga kes hidung berdarah sebenarnya simptom kepada masalah kesihatan lain. Pakar...