Skip to main content

Tengku Puan Pahang, lima anakanda syukur kesihatan semakin baik

KUANTAN 12 Ogos - Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan lima anakanda baginda yang dijangkiti selesema babi atau virus influenza A (H1N1), melahirkan rasa syukur hari ini apabila kesihatan mereka menunjukkan perkembangan positif selepas empat hari dirawat di Hospital Tengku Ampuan Azfan (HTAA) di sini.

Baginda bertitah, keadaan demam kelima-lima anakandanya beransur pulih, tetapi mereka masih dalam keadaan lemah dan perlu berehat dengan sentiasa diawasi oleh doktor.

"Kami sentiasa diawasi oleh doktor, tetapi apa yang lebih saya bimbangkan ialah keadaan orang ramai dan dua doktor yang merawat saya dan anak-anak," titah baginda ketika dihubungi di sini hari ini.

Jumaat lalu, lima anakanda baginda, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, 14, Tengku Muhammad Iskandar Riayatuddin Shah, 12, pasangan kembar Tengku Ahmad Ismail Muadzam Shah dan Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah, 9, serta Tengku Puteri Jihan Khalsom Athiyatullah, 7, dimasukkan ke Wad Diraja HTAA setelah disahkan positif H1N1.

Sementara itu, Tunku Azizah pula dimasukkan ke wad yang sama sehari kemudian kerana dijangkiti virus berkenaan semasa menjaga kelima-lima anakanda baginda.

Titah baginda, dua doktor yang merawat mereka juga sudah menunjukkan tanda-tanda jangkitan wabak tersebut.

''Saya lihat doktor yang jaga kami pun sudah mula makan ubat," jelas baginda yang masih mengalami sakit tekak dan selesema.

Sementara itu, Tunku Azizah turut memberitahu bahawa adinda iparnya, Tunku Mariam Sultan Ahmad Shah telah ditahan di wad yang sama setelah dilaporkan demam sejak beberapa hari.

''Semasa saya berada di Sandhurst, London kerana menyaksikan perbarisan tamat latihan anak sulung, Tengku Amir Nasser Ibrahim, Tunku Mariam yang tolong tengokkan anak-anak.

''Selepas itu, adinda ipar saya turut mengalami demam dengan suhu badan yang tinggi," jelasnya.

Sementara itu, Tunku Azizah memberitahu seolah-olah terpinggir dari dunia luar kerana tidak dapat menerima sebarang tetamu termasuk suami, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan baginda juga terasa seperti 'dibungkus-bungkus'.

''Terasa diri seperti allien atau makhluk asing kerana selain tidak berdaya berhubungan dengan dunia luar, saya juga perlu memakai penutup mulut dan hidung sepanjang masa termasuk semasa tidur.

''Saya rasa bagaikan 'terpinggir' dan seolah-olah dipulaukan," titah Tunku Azizah. - Utusan.

Comments

Popular posts from this blog

Risiko ikat peranakan

KEADAAN mengikat peranakan (dari kiri) dilecuhkan, ikat, potong dan klip. Peluang wanita hamil semula amat tipis biarpun jalani prosedur buka semula salur fallopian dan IVF APAKAH pilihan yang ada sekiranya selepas mengikat salur peranakan secara Bilateral Tubal Ligation (BTL), anda mengubah fikiran untuk hamil semula? Pertama melakukan prosedur Reversal of Tubal Ligation (RTL) iaitu membuka semula tiub fallopian yang diikat atau teknik Permanian Berhadas yang lebih dikenali sebagai In-Vitro Fertilization (IVF). Apapun pilihan anda, dilemanya tetap ada. Pelbagai faktor harus diambil kira termasuk emosi, mental, fizikal, peratusan kejayaan kedua-dua teknik ini yang masih rendah selain kosnya yang agak tinggi. Isu berkaitan zuriat memang cukup menyentuh emosi kerana zuriat bukan saja mampu mengukuhkan ikatan perkahwinan malah berkemungkinan menjadi penyebab keruntuhan rumah tangga. Pakar Perunding Obstetrik, Ginekologi dan Perubatan Reproduktif, Pusat Perubatan Darul Ehsa...

Cat Mesra Alam, Rendah Bau, Baik Untuk Kesihatan

Oleh Rohana Mustaffa KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Bagi mereka yang gemar menghidu bau dinding baru disapu cat, mereka tidak menyedari aroma yang agak 'mengasyikkan' ini ialah wap cat yang sebenarnya antara bahan alergi yang biasa didapati di rumah selain hama debu, bulu binatang peliharaan dan kulat. Walaupun sapuan cat baru cara paling mudah memberikan kesegaran pada suasana bilik, wap atau gas dikeluarkan dari dinding yang baru disapu cat, sebenarnya membawa risiko kepada kesihatan. Memang ada yang rasa teruja bila berada di dalam bilik yang baru menerima sapuan lapisan cat. Tetapi bagi yang lain termasuk mereka yang melakukan kerja mengecat itu sendiri, boleh mengalami pedih mata, sakit kepala selain semput nafas. Kajian menunjukkan pendedahan berlebihan terhadap 'wap' yang dihasilkan dari cat boleh menyebabkan iritasi mata dan juga masalah pernafasan. Ada juga laporan tentang risiko keguguran yang lebih tinggi, peningkatan risiko asma kanak-kanak serta ...

Hidung berdarah

Oleh Hafizah Iszahanid Masalah kerap berlaku ketika cuaca panas akibat alahan atau disebabkan sinus HIDUNG berdarah adalah masalah yang biasa dan kerap ditemui khususnya ketika cuaca kering seperti yang berlaku sekarang. Bagaimanapun, ia turut berkait rapat dengan sifat hidung itu sendiri yang memiliki banyak salur darah kecil yang menyebabkannya mudah berdarah. Udara yang keluar masuk dari dan melalui hidung pula berpotensi mengeringkan atau menjejaskan membran dalam hidung yang menyebabkannya berkeruping. Keruping ini boleh berdarah apabila digosok atau ditarik. Hidung berdarah disebabkan salur darah kecil pecah. Ada dua jenis pendarahan pada hidung, pendarahan di bahagian atas hidung atau bahagian bawah hidung. Kedudukan hidung juga mendedahkannya kepada trauma jika berlaku kecederaan pada wajah. Walaupun ada kala pendarahan itu sedikit atau hanya komplikasi kecil ada juga kes hidung berdarah sebenarnya simptom kepada masalah kesihatan lain. Pakar...