Skip to main content

Garis panduan baru mungkin tidak relevan dilaksana IPT

KUALA LUMPUR 12 Ogos - Garis panduan baru berkaitan arahan penutupan sekolah ekoran penularan wabak selesema babi atau influenza A (H1N1) yang akan dikeluarkan nanti mungkin tidak relevan untuk dilaksanakan di institusi pengajian tinggi (IPT).

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ini kerana situasi pengajaran dan pembelajaran di sekolah berbeza dengan IPT.

Menurutnya, buat masa ini Kementerian Kesihatan belum berunding dengan Kementerian Pengajian Tinggi berhubung garis panduan berkaitan arahan penutupan IPT.

"Bagaimanapun, kami akan terus menjalinkan kerjasama erat dengan Kementerian Kesihatan dalam usaha mencegah penularan wabak H1N1 dalam negara," ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Maklumat Antarabangsa Kesembilan (ICI9) anjuran Universiti Terbuka Malaysia (OUM) di sini hari ini.

Hadir sama Presiden yang juga Naib Canselor OUM, Tan Sri Anuwar Ali dan Naib Presiden Kanan OUM, Prof. Dr. Mansor Fadzil.

Semalam, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai memberitahu, pihaknya akan mengumumkan garis panduan baru berkaitan arahan penutupan sekolah-sekolah dan IPT ekoran penularan wabak H1N1.

Menurutnya, usaha itu perlu memandangkan terdapat sekolah-sekolah yang mengambil langkah berbeza-beza dalam perkara tersebut.

Mohamed Khaled berkata, program-program yang telah dirancang di universiti akan berjalan seperti biasa melainkan ia difikirkan tidak perlu oleh pihak universiti.

"Saya hendak menegaskan bahawa Kabinet berpendirian virus H1N1 itu sendiri tidak akan membawa kepada kematian kecuali ia menjangkiti seseorang individu yang berkomplikasi seperti mereka yang mempunyai masalah obesiti dan sakit jantung.

"Justeru, golongan tersebut perlu lebih berhati-hati dalam hal ini dan segera mendapatkan rawatan jika mempunyai simptom H1N1 sebelum ia mendatangkan kesan yang lebih memudaratkan," ujarnya. - Utusan.

Comments

Popular posts from this blog

Risiko ikat peranakan

KEADAAN mengikat peranakan (dari kiri) dilecuhkan, ikat, potong dan klip. Peluang wanita hamil semula amat tipis biarpun jalani prosedur buka semula salur fallopian dan IVF APAKAH pilihan yang ada sekiranya selepas mengikat salur peranakan secara Bilateral Tubal Ligation (BTL), anda mengubah fikiran untuk hamil semula? Pertama melakukan prosedur Reversal of Tubal Ligation (RTL) iaitu membuka semula tiub fallopian yang diikat atau teknik Permanian Berhadas yang lebih dikenali sebagai In-Vitro Fertilization (IVF). Apapun pilihan anda, dilemanya tetap ada. Pelbagai faktor harus diambil kira termasuk emosi, mental, fizikal, peratusan kejayaan kedua-dua teknik ini yang masih rendah selain kosnya yang agak tinggi. Isu berkaitan zuriat memang cukup menyentuh emosi kerana zuriat bukan saja mampu mengukuhkan ikatan perkahwinan malah berkemungkinan menjadi penyebab keruntuhan rumah tangga. Pakar Perunding Obstetrik, Ginekologi dan Perubatan Reproduktif, Pusat Perubatan Darul Ehsa...

Yang Antah perlu bantuan rawat mata

Oleh Siti Haliza Yusop shyusop@bharian.com.my Yang Antah Afiqa bersama ibunya, Mislizam Dzulkifli. Bapa terpaksa jual kereta biayai perubatan KUALA LUMPUR: Seorang bapa merayu simpati orang ramai bagi membolehkan anaknya Yang Antah Afiqah, 5, yang menghidap masalah kornea mata sejak kecil menjalani rawatan segera agar dapat melihat dengan lebih jelas seperti kanak-kanak lain. Mohd Kamarulzaman Ismail, 48, berkata sejak anaknya itu dimasukkan ke hospital, beliau terpaksa menjual kereta jenis Nissan Sunny miliknya untuk digunakan bagi menanggung pembiayaan mengubati penyakit anaknya itu. “Penjualan kereta Nissan Sunny berjumlah lebih RM2,000 itu, digunakan sebagai pembiayaan pembedahan serta pembelian lensa mata kanan dan kiri selain menanggung perbelanjaan berulang-alik dari hospital supaya anaknya itu dapat menjalani rawatan susulan. “Saya juga turut berharap sumbangan dari kenalan yang turut bersimpati dengan nasib saya yang perlu menangg...

Cat Mesra Alam, Rendah Bau, Baik Untuk Kesihatan

Oleh Rohana Mustaffa KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Bagi mereka yang gemar menghidu bau dinding baru disapu cat, mereka tidak menyedari aroma yang agak 'mengasyikkan' ini ialah wap cat yang sebenarnya antara bahan alergi yang biasa didapati di rumah selain hama debu, bulu binatang peliharaan dan kulat. Walaupun sapuan cat baru cara paling mudah memberikan kesegaran pada suasana bilik, wap atau gas dikeluarkan dari dinding yang baru disapu cat, sebenarnya membawa risiko kepada kesihatan. Memang ada yang rasa teruja bila berada di dalam bilik yang baru menerima sapuan lapisan cat. Tetapi bagi yang lain termasuk mereka yang melakukan kerja mengecat itu sendiri, boleh mengalami pedih mata, sakit kepala selain semput nafas. Kajian menunjukkan pendedahan berlebihan terhadap 'wap' yang dihasilkan dari cat boleh menyebabkan iritasi mata dan juga masalah pernafasan. Ada juga laporan tentang risiko keguguran yang lebih tinggi, peningkatan risiko asma kanak-kanak serta ...