Skip to main content

Minda Pengarang: Kerajaan perlu ambil langkah lebih drastik tangani selesema babi

MENINGKATAN berterusan angka korban akibat selesema babi atau Influenza A (H1N1) di negara ini mencetuskan keresahan rakyat. Semalam, tujuh lagi kematian dicatatkan menjadikan jumlahnya kini 51 orang. Lebih membimbangkan, jika bulan lalu angka korban H1N1 hanya satu atau dua sehari, puratanya kini meningkat sehingga lima atau lebih setiap hari. Malaysia mencatat kes pertama H1N1 pada 15 Mei lalu, manakala kematian pertama pada 23 Julai.

Melihat jumlah pesakit itu yang kini melebihi 2,000 orang dan angka korban berjumlah 51, kegelisahan orang ramai mengenai wabak itu memang ada asasnya. Kempen membendung penularan wabak itu kelihatan seperti 'sekadar melepas batok di tangga' sedangkan rakyat berpendapat langkah drastik sepatutnya sudah lama dilaksanakan.

Rata-rata kini mahu kerajaan segera mengambil tindakan berani untuk berdepan ancaman H1N1 sebelum lebih banyak jiwa menjadi korban dan keadaan bertambah rumit. Sekali pun jika tindakan itu mungkin membawa sedikit kesulitan kepada kehidupan harian, mereka sanggup asalkan ia mampu membendung H1N1 dan menimbulkan kesedaran di kalangan kelompok masyarakat yang sebelum ini tidak ambil peduli mengenainya.

Ini sesuatu yang menarik kerana jika sebelum ini kerajaan sering terpaksa bersusah payah melaksanakan kempen kesedaran, kini rakyat meminta ia dilakukan secara lebih agresif.

Dalam menangani ancaman seperti wabak penyakit, kita akui kerajaan sentiasa mengamalkan pendekatan berhemah. Dalam kes H1N1 contohnya, orang ramai saban hari diminta jangan panik kerana keadaan masih terkawal.

Namun, jika kenyataan sama terus diulang sejak sebelum ada kes H1N1, sehingga selepas wujud kes dan sejak kematian pertama disahkan, hinggalah ia meragut mangsa ke-51, rakyat berhak mempersoalkan sampai bila? Hal sama berlaku terhadap langkah menutup sekolah atau institusi diamalkan bagi membendung H1N1 sebelum ini.

Jika dulu ia dikatakan perlu, kini kita diberitahu 'ia bukan cara mengurus wabak itu kerana ia tidak hanya merebak di sekolah sebaliknya di kawasan komuniti, pasar malam atau pasar raya'. Pada masa sama, rakyat juga dimaklumkan 'situasi H1N1 di negara ini belum memerlukan kerajaan mengeluarkan perintah darurat kesihatan, walaupun ia sudah pada peringkat serius berikutan peningkatan kadar kematian'.

Kenyataan seperti ini, yang dilihat sebagai mengiyakan sambil menafikan, menyebabkan orang ramai keliru dan akhirnya menimbulkan kekecewaan. Memang tindakan drastik seperti mengisytiharkan darurat kesihatan boleh membawa implikasi meluas, tetapi ia tetap perlu jika itulah jalan terbaik.

Dalam menangani ancaman seperti H1N1, pertimbangan sama ada ia akan menjejas kedatangan pelancong, ekonomi atau imej Malaysia tidak harus didahulukan daripada nyawa rakyat yang mungkin terancam. Semua pihak menghargai keprihatinan kerajaan dalam hal itu, tetapi jangan sampai orang ramai berasa seolah-olah pihak berkuasa terlalu mementingkan isu lain berbanding keselamatan.

Sekarang mungkin paling sesuai untuk kerajaan bertindak, iaitu ketika orang ramai mendesak langkah drastik segera diambil menangani H1N1. Kegagalan berbuat demikian bukan saja mungkin menyebabkan wabak semakin berleluasa, malah boleh menjejaskan kredibiliti pihak berwajib. - Berita Harian.

Comments

Popular posts from this blog

Risiko ikat peranakan

KEADAAN mengikat peranakan (dari kiri) dilecuhkan, ikat, potong dan klip. Peluang wanita hamil semula amat tipis biarpun jalani prosedur buka semula salur fallopian dan IVF APAKAH pilihan yang ada sekiranya selepas mengikat salur peranakan secara Bilateral Tubal Ligation (BTL), anda mengubah fikiran untuk hamil semula? Pertama melakukan prosedur Reversal of Tubal Ligation (RTL) iaitu membuka semula tiub fallopian yang diikat atau teknik Permanian Berhadas yang lebih dikenali sebagai In-Vitro Fertilization (IVF). Apapun pilihan anda, dilemanya tetap ada. Pelbagai faktor harus diambil kira termasuk emosi, mental, fizikal, peratusan kejayaan kedua-dua teknik ini yang masih rendah selain kosnya yang agak tinggi. Isu berkaitan zuriat memang cukup menyentuh emosi kerana zuriat bukan saja mampu mengukuhkan ikatan perkahwinan malah berkemungkinan menjadi penyebab keruntuhan rumah tangga. Pakar Perunding Obstetrik, Ginekologi dan Perubatan Reproduktif, Pusat Perubatan Darul Ehsa...

Cat Mesra Alam, Rendah Bau, Baik Untuk Kesihatan

Oleh Rohana Mustaffa KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Bagi mereka yang gemar menghidu bau dinding baru disapu cat, mereka tidak menyedari aroma yang agak 'mengasyikkan' ini ialah wap cat yang sebenarnya antara bahan alergi yang biasa didapati di rumah selain hama debu, bulu binatang peliharaan dan kulat. Walaupun sapuan cat baru cara paling mudah memberikan kesegaran pada suasana bilik, wap atau gas dikeluarkan dari dinding yang baru disapu cat, sebenarnya membawa risiko kepada kesihatan. Memang ada yang rasa teruja bila berada di dalam bilik yang baru menerima sapuan lapisan cat. Tetapi bagi yang lain termasuk mereka yang melakukan kerja mengecat itu sendiri, boleh mengalami pedih mata, sakit kepala selain semput nafas. Kajian menunjukkan pendedahan berlebihan terhadap 'wap' yang dihasilkan dari cat boleh menyebabkan iritasi mata dan juga masalah pernafasan. Ada juga laporan tentang risiko keguguran yang lebih tinggi, peningkatan risiko asma kanak-kanak serta ...

Hidung berdarah

Oleh Hafizah Iszahanid Masalah kerap berlaku ketika cuaca panas akibat alahan atau disebabkan sinus HIDUNG berdarah adalah masalah yang biasa dan kerap ditemui khususnya ketika cuaca kering seperti yang berlaku sekarang. Bagaimanapun, ia turut berkait rapat dengan sifat hidung itu sendiri yang memiliki banyak salur darah kecil yang menyebabkannya mudah berdarah. Udara yang keluar masuk dari dan melalui hidung pula berpotensi mengeringkan atau menjejaskan membran dalam hidung yang menyebabkannya berkeruping. Keruping ini boleh berdarah apabila digosok atau ditarik. Hidung berdarah disebabkan salur darah kecil pecah. Ada dua jenis pendarahan pada hidung, pendarahan di bahagian atas hidung atau bahagian bawah hidung. Kedudukan hidung juga mendedahkannya kepada trauma jika berlaku kecederaan pada wajah. Walaupun ada kala pendarahan itu sedikit atau hanya komplikasi kecil ada juga kes hidung berdarah sebenarnya simptom kepada masalah kesihatan lain. Pakar...